f Secubit Garam: Jom Breakfast..

Saturday, November 7, 2009

Jom Breakfast..

Salam buat semua...


Dah lama tak show menu breakfast kan. Hari ni kita cuci mata dgn menu breakfast yg simple dan mudah disediakan nih.. Nugget ayam dan wedges tu readymade punya bukan homemade ya.. hehe Sos pencicah dan coleslaw tu baru la homemade punya. Sos lada hitam tu resipi by Acik Yarn @ MyR dan Creamy Coleslaw tu by Yani the mem besar of MyR.

Jom makan... Ish..... lupa la tuan rumah nak buat air. Tak per la ek.. dah makan tu p balik rumah masing2 dan minum air kat rumah sendiri k... ^____^




SOS LADA HITAM by Acik Yarn MyR
  • 2 sudu butter
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • sebiji bawang besar(potong dadu)
  • sebiji tomato (potong dadu)
  • seketul kiub ayam knors
  • 2 cawan air
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit sos cili/sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
  • tepung jagung(standby)
  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..


CREAMY COLESLAW by Yani MyR
  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
sori ek.. lupa nak shoot gambar creamy coleslaw secara solo td..