f Secubit Garam: Strawberry Chocochips Muffin

N3 Terkini

Sunday, November 1, 2009

Strawberry Chocochips Muffin

Ni siaran tertunda ya... Sebenarnya buat muffin ni 3 minggu yg lepas, selepas balik dr Cameron. Lupa nak post masa tu disebabkan PC wat hal dan kena warded jd gambar terperap dlm hard disk. Soo....... tak yah nak ngendeng2 la ek.. semua dah lama jadi baja ^____^

Resipi asal oleh Yani, puan tanah MyR. K.Nor tak potong2 strawberry tu tp K.Nor lecek2 separuh lumat. Bila kita buat camni, hasilnya muffin ni lembut dan moist. Makin bertambah sedap! Maaf ya Yani bukan saja2 nak memandai2 ngejas resipi Yani. Dan mintak izin nak C&P resipi kat sini supaya dpt dijadikan rujukan di lain waktu. TQ..

STRAWBERRY CHOCOCHIPS MUFFIN by Yani MyR
  • 120g butter
  • 140g brown sugar
  • 20g gula halus
  • 2 biji telur - L size ( pukul dgn garfu tapi tak perlu kembang)
  • 300g tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 120ml susu segar
  • 10-12 biji strawberry
  • 100g chocochips

  1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim.
  2. Masukkan pula gula sikit demi sedikit. Pukul sehingga jadi putih.
  3. Lepas tu masukkan telur, sedikit demi sedikit sambil dipukul.
  4. Kemudian masukkan 1/3 tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau.
  5. Masukkan pula 1/2 susu segar, kacau. Ulang lagi dengan 1/3 tepung. Kemudian susu sampai habis.
  6. Akhir sekali masukkan strawberi yg telah dibelah 4 dengan chocochips. Kacau biar semuanya bergaul rata.
  7. Lepas tu bolehlah ceduk ke dalam acuan muffin. Isikan penuh acuan muffin. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180C.
** sebenarnya K.Nor terlupa nak letak strawberi emulco. Tu yg muffin nampak cam pucat jer. Tambah lagi stok chocchips dah abis jadi K.Nor tukar dgn letak choc rice. Choc rice dah take over kaler pink muffin ni. Tak ada niat nak derhaka kat resipi tp sekadar memanafaatkan bahan yg ada. Apapun mmg sedap muffin ni.

8 comments:

  1. mak ai kak norrrrr!!!! cantik betul muffin akak! memang membuka seleralah!! pas ni saya plan nk try buat muffin pulak lah. nk pi cari stoberi dulu.hihihi

    ReplyDelete
  2. sedapnya muffin tu nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. Goodness...terasa lapar plak karang. Dahlah Love tak makan dinner tadi. hik hik! Nak muffin pls! ;)

    ReplyDelete
  4. Amboi2...naik gebu tembun tul... siap dlm cup merah menyala lagi... emmmh... ingat datang nak exchange muffin dgn mangkuk Ricardo tadi tapi dah jadi baja kita cancel lah ya...hehehe!

    ReplyDelete
  5. Salaam Nor...

    Mama baru je cuba resepi yang Nor tepek ni, tapi mama pun terpaksa menderhaka sedikit kepada resepi yang telah terlebih dahulu Nor derhakakan. Gamaknya, terlalu menderhakalah resepi ni yek... hehehe... Mama pun bukan sengaja nak derhaka tapi sama kes dengan Nor la, nak perabis apa yang boleh diperabiskan. Outcomenya... sedap! Thanks Nor dan Yani...

    ReplyDelete
  6. ain >> ain, akak tunggu show muffin stoberi ain lak k!

    ena >> mmg sedap, cuba la..

    love >> ooo love on diet ya...

    alongroz >> huhu along!! nak mangkuk tu.. nak gak!! hihi

    mamafami >> betul kan mama, kita tak niat nak derhaka cuma sekadar nak perhabiskan apa yg ada.. (takut gak tau derhaka ni, kang kena buang negeri hehe)

    ReplyDelete
  7. waaah,...bestnyer...
    mesti try ni..
    [baru 1st time bertandang ke blog ni, kwn yg fwd link..hehe.. best2 :p ]

    ReplyDelete
  8. someone >> try la.. mmg rekomen sgt2.. sedap tu.. tq dr k.nor ya, sudi berkunjung blog yg tak seberapa ni..

    ReplyDelete