f Secubit Garam: Ayam Rendang Goreng

N3 Terkini

Monday, November 16, 2009

Ayam Rendang Goreng

Pantang nampak resipi ayam goreng terutamanya yg jenis berempah ni, mesti masuk list. Selain dr mudah nak buat, anak2 K.Nor mmg suka makan ayam goreng berempah. So kali ni try Ayam Rendang Goreng by Love pulak. Memang enak rasa ayam goreng ni, nak2 bila makan panas2 dgn kerak dia yg rangup tu.

Love, tq atas resipi yg sedap nih & mintak izin nak share resipi tu kat sini..



AYAM RENDANG GORENG by Love2ccok

  • 6-8 ketul ayam ~ dipotong saiz sederhana (love guna bahagian ribs shj)
  • 5 ulas bawang putih ~ dikisar
  • 1 inci halia ~ dikisar
  • 2 batang serai ~ dikisar
  • 1/2 inci lengkuas ~ dikisar
  • 2-3 sb cili kering kisar/ cili boh
  • 1 pek Pes Rendang Maggi 60gm (boleh guna jenama lain klu ada)
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur ~ dipukul
  • 4 sb tepung goreng serbaguna Kentucky ~ K.Nor guna brand Nona
  • 1 sb tepung beras
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit ~ dipotong besar2 (ramas2 sekali dgn rempah)
  • minyak untuk menggoreng
  1. Bersihkan ayam dan toskan airnya. Pastikan ayam betul2 kering.
  2. Dlm mangkuk yang besar, masukkan ayam dan diikuti dgn semua bahan di atas (ikut turutan) kecuali minyak sambil menggaul. Biarkan perapan selama 1 jam. Lagi lama lagi bes!
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Keluarkan daun limau purut dan daun kunyit dari perapan. Apabila minyak dah panas, masukkan ayam satu persatu dan goreng hingga masak.(K.Nor goreng sekali daun2 ni supaya lebih terasa aroma daun kunyit dn daun limau)
  4. Dah goreng, angkat..toskan minyak dan sedia dihidang!
# rempah rendang tu K.Nor guna rempah rendang serbuk aje, tak guna yg paste rendang maggi

5 comments:

  1. hehehe..tengok tajuk je, dh teringat kat love. love pun ada buat gak kan..??? mesti sedap ni.

    ReplyDelete
  2. salam k.Nor wooo aym grg rdg..leh try ni ..nak buat lah time raya haji nnt sure sdp mkn gan nasi kapit....pastu kuah awah tu lebih kan sure sdpkan....

    ReplyDelete
  3. Tu la, kita pun nampak kat umah love. Macam sedap aje ek. Cepatnyeer kak Nor dah buat. Caya laa.

    ReplyDelete
  4. ain >> laa tak tau ke, kan ke ni resipi love.. k.nor try resipi dia jer :)

    shiela >> oo menu utk raya haji la ni ya.. ikut la shila.. kita buat dia kan.. makan jer dgn apa yg kita nak makan hehe

    gerau >> mmg sedap la gerau.. tak caya cuba la ya

    e-na >>mmg sedap, rangup jer

    ReplyDelete