f Secubit Garam: Ikan Tongkol Goreng Kicap

N3 Terkini

Wednesday, November 18, 2009

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Hari ni menu yg simple aje. Bagi K.Nor cukup menyelerakan tambah lg bila pekena dgn nasi panas2. Tak payah lauk lain lagi dah, cuma perlu ulam aje. Sedaaaaaaaaap sgt, nak2 bila makan dlm suasana hujan yg berterusan dr pagi hingga ke malam ni.

Bagi penggemar ikan aya@tongkol, try la buat. Memang sedap. Kalau yg dah pernah buat tu, jgn lupa buat la lagi.. hehe

IKAN TONGKOL GORENG KICAP by Makyong MyR
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
  1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  2. Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
  3. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

# kalau nak lagi sedap, rebus dulu ikan tu semalaman. Keesokkan harinya baru la dimasak lauk kicap tu.




7 comments:

  1. lamanya tak mkn ikan msk kicap. plan hari ni nk buat telur masak kicap!!

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nor,
    lama tak singgah sini. saya suka masak-masak kicap ni. ;)
    nak tukar pinggan ngan nasi goreng bole kak? hihi

    ReplyDelete
  3. akakk..berapa sekilo ikan tongkol kat sana kak?kalo sedap nak rasa sepinggan bleh tak?heheee

    ReplyDelete
  4. salam k.nor...lamanya liana x jenguk dapo k.nor nih...

    semlm liana pon msk tongkol kicap gak...tp msk sempoi2 je...x de rebus2 pon ikannya..hek2..
    ntahlah since pegnan nih suka beno mkn ikan tongkol...:-)

    ReplyDelete
  5. tgk tajuk dah tau mmgt sedap kak nor ooiiii...terliur niiii

    ReplyDelete
  6. salam k.nor,

    ish ikan tongkol my feberet kak,suker sekali
    kalo dpt meratah...terliur betul tengok
    lauk kicap akak tu...lebih2 lagi si tongkol
    yg jadi hidangan...slurppp....nur amik resipi
    erk k.nor?Minta halal ya...hihi.

    ReplyDelete
  7. ain >> kalau lauk telur masak kicap dgn ikan tongkol masak kicap ni, rasanya kalah telur masak kicap kut.. sbb rasa ikan ni lagi syok.. dgn masam2 dia tu dan pedas dr lada.. best tau!

    nurindah >> w'salam nur, nak tukar pinggan sj ke (yg kosong) dgn nasi goreng? hehe

    sue >> ish.. tak ingat lak pulak nak tanya berapa harga sekilo ikan tongkol ni sue.. kalau sue suka ikan tongkol yg diperam dgn asam jawa tu, cuba la lauk ni pulak.. lagi mengancam tau

    liana >> w'salam liana.. apa kabar adik yung ni.. sihat? mudah2an hendaknya ya..

    k.nor mmg suka dgn ikan aya ni liana nak2 yg org panggil aya hitam. isi dia lebih lembut dr aya kurik atau aya selasih..

    e-na >> memang sedap!!

    nuridah >> w'salam nur.. hoho penggemar ikan aya gak ya.. ikan aya ni yg dah kita rebus dgn asam dan garam (org ganu panggil mati air) kita peram semalaman. pastu esok tu goreng jer garing2... sedap! sila la nur, lagi pun resipi ni milik org lain gak, k.nor cuma kongsikan aje kat sini

    ReplyDelete