f Secubit Garam: Daging Kandar

N3 Terkini

Sunday, November 15, 2009

Daging Kandar

Lama tak masak Daging Kandar KakAsma ni.. ermm tuan punya resipi pun dah lama menyepi. Yer la, bukan senang nk mengharungi hari2 menjadi makyung dlm usia 40an.. Sudah pastinya tak secergas masa muda belia dulu, kan KakAsma. Yang pastinya tenaga dah makin berkurangan, mula la cepat penat. Semoga KakAsma diberi kekuatan dlm sepanjang tempoh kehamilan dan selamat bersalin bila tiba waktunya nanti. Semoga bb juga selamat dilahirkan.. amiin...

KakAsma, halalkan ya.. nak letak resipi kat sini..


DAGING KANDAR by KakAsma
  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
  • 1 inci halia (tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas (1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • Kulit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  1. daging dibersihkan hiris dan direbus (simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

2 comments:

  1. rasanya popular daging kandar kak asma ni. ramai bloggers dh mencuba. sedap la mkn ngan ns tomato tu!!

    ReplyDelete
  2. ain >> mmg sedap! biasa sgt dah kan org makan ayam masak merah dgn nasi tomato ni.. so kita tukar2 la kan..

    ReplyDelete