f Secubit Garam: Rendang Pedas Harum

N3 Terkini

Sunday, November 1, 2009

Rendang Pedas Harum

Meh kita makan rendang.. Ni menu semalam. K.Nor mmg masak 1 ekor ayam utk rendang ni yg resipi asalnya dr Che Mat Gebu. Saja masak lebih sbb dah target utk makan dgn ketupat/lemang (yg ni beli kat pasar jer ya..) utk breakfast pagi ni.

Che Mat, mintak izin ya nak letak resipi ni kat sini.. tq

RENDANG PEDAS HARUM by Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 16
700 ml santan pekat
300 ml air kelapa
2 helai daun limau purut
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap kuntum
4 helai daun kunyit, mayang halus
2 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
Garam dan sedikit gula
80 g cili padi hijau (boleh kurang kalau tak tahan pedas)*
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5 batang serai, hiris halus*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam kuali, satukan bahan kisar halus, air kelapa, santan, daun limau purut dan asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ayam tadi dan masak hingga pekat.
  2. Tambah kerisik dan bunga kantan, perisakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau sekali sekala dan tambah hirisan daun kunyit bila rendang hampir kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, kutupat dan lemang.
CATATAN MET GEBU :- Jika guna ayam "pencen" atau ayam "kampung", tambah air panas dan terus memasak hingga ayam lembut....



3 comments:

  1. Nampak sedap sangat ni Kak Nor...

    ReplyDelete
  2. Rendang memang sedap. Cuma... mesti lemak gerau kan tambah 3 kg. he he he

    ReplyDelete
  3. ijan >> mmg sedap, tambah lg kalau makan dgn ketupat, lemang.. mmg syok!

    gerau >> hehe.. lepas makan rendang gerau kena la excercise banyak2, baru la lemak tu tak berkumpul :)

    ReplyDelete