f Secubit Garam: UDANG GORENG TELUR MASIN

N3 Terkini

Monday, July 22, 2013

UDANG GORENG TELUR MASIN

ASSALAMUALAIKUM...

Setiap kali kalau dapat rembat udang besar sket kat pasar mesti nak buat Butter Prawn. Tapi kali ni, K.Nor ubah haluan sket, K.Nor nak try resipi yg dari Zila4ever ni yg asalnya merupakan KETAM GORENG TELUR MASIN. Dah lama simpan resipi Zila ni tp mmg tak aim pun nak buat guna ketam, almaklum ler, nak makan/perisi ketam tu amik masa dan leceh sket. Tambah lagi time berbuka tak leh nak main2 dgn masa.. Jadi K.Nor ubahsuai atau nama lainnya olah resipi Zila yg menggunakan ketam ni kepada udang. Maaf  Zila.. Jgn marah ya.. apapun, mmg best masakan ni. Bahan2 yg digunakan dan kaedah memasaknya seakan Butter Prawn cuma part jurai2 telur tu digantikan dgn telur masin yg dihancurkan.. Memang yummy sungguh bila dimakan dgn nasi panas2..  Mekasih Zila, mmg sedap ! 


Jom sapa2 yg belum menerai resipi Zila ni, bagi yg nak guna resipi asal boleh klik link kat atas atau bawah ni ya.. Bagi yg nak guna udang boleh try resipi yg K.Nor dah olah dibawah..


UDANG GORENG TELUR MASIN
resipi asal  : Zila4ever (Ketam Goreng Telur Masin)
diubahsuai : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
350 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
~~~~~
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur ~ direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

Cara:
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan.
Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.
Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak)
Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.
Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sbb dah ada rasa masin dr telur masin)
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi.
Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


23 comments:

  1. Nampak sdap la k.nor,dlm freezer tu ada lg udang besar.bleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ngam dgn udang besar jer menu gini kan atie :)

      Delete
  2. puasa2 ni mmng sedap makan menu simple mcm ni..leh cuba bila jumpa udang besar mcm ni..he3..tq K.Nor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sgt sedap yatie.. try la ya :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. udang perlu dibuang kulit dulu atau tidak? TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang pd fauzana, tp sesetengah org tak buang, kulit dan kepala .. k.nor lebih suka buang kepala dan tinggalkan 1/2 dr bahagian kulit dan part ekor juga supaya udang tak terlalu kecut bila dimasak

      Delete
  5. kite pun gantikan ngan udang gak ari tu...sbb suami x berapa suka ketam

    ReplyDelete
  6. alahaiii.. sedapnyaaaaa.. terliur tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila la buat, insyaallah tak mengecewakan :)

      Delete
  7. Nanti bolelah cuba simple dan menyelerakan k.nor

    ReplyDelete
  8. mudah je rupanya ye..hmm..nnt nak try..tq kak nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mudah jer.. jauh lebih mudah dr buat butter prawn yg sesetengah org tak pandai buat jurai2 telur tu.. try la :)

      Delete
  9. salam k.nor...nampak menyelerakan resepi nie..nak cuber la nanti esok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. jgn tak try.. insyaallah menjilat piring hehehe

      Delete
  10. Salam k nor.. sy nk tnya... yg 1bj kuning telur kt resepi tu telur aym ke? Guna time bila ye kak? Dh2 1bj telur masin dihancurkn tu sekali ngn putih ke?
    Sori kak byk tnya.. br nk blaja buat.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. sori lambat reply ya.. :)

      maksud resipi : 1 bj telur masin (whole egg) + 1 kuning telur (telur masin jugak, hanya amik kuning sahaja)

      "Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi."

      tu ada tertera, masukkan telur masin yg dihancurkan :)

      Delete
  11. Replies
    1. Salam K.Nor,

      Kat resepi nya letak telor di rebus.
      Boleh confirm tak telur tu direbus atau tak perlu

      Delete
    2. Yer.. Yer.. Direbus dulu.. Sori saya tersilap pandang.. Dh lupa sbb dh lama buat resipi ni..sori ya..

      Delete