f Secubit Garam: BUBUR PULUT HITAM SPECIAL

N3 Terkini

Wednesday, July 31, 2013

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL

ASSALAMUALAIKUM...

Mekasih buat pengunjung SGNor67 yg sentiasa berkunjung utk mencari idea memasak di bulan Ramadhan juga diwaktu2 atau bulan2 yg lain.. Semoga perkongsian di blog tak seberapa ni dapat memberi manafaat sesama kita semua.. Insyaallah..


Meh la layan mata, dessert kegemaran Cik Abg ni. Memang minat sungguh dia kalau dgn Bubur Pulut Hitam ni, mengatasi Bubur Kacang walaupun diletakkan durian, buah pebretnya tu. Anak dara pun dah terikut sama, sukakan Bubur Pulut Hitam. Kebetulan dlm freezer ada aiskrim, jadi K.Nor letak jer la dlm Bubur Pulut Hitam ni. Makin bertambah sedap ler, bila ngap Bubur Pulut Hitam yg disulami dgn aiskrim ni. Sebab tu K.Nor bagi nama BUBUR PULUT HITAM SPECIAL Dah ada yg try buat gini tak sebelum ni? Idea letak aiskrim ni datang spontan jer ya.. Rasanya tak pernah tengok lg kat mana2 blog atau page di fb yg buat gini. Kalau ada, sori la.. mmg secara kebetulan la ni.. 


Kalau nak buat Bubur Pulut Hitam menggunakan resipi sendiri atau resipi yg dah biasa cuba pun tak ada masalah.. Cuma letakkan 1 -2 scoop aiskrim dlm mangkuk bubur yg nak dihidangkan tu... Lepas tu, nikmatilah keenakkan dessert tradisional yg di upgradekan sket ni hehe

BUBUR PULUT HITAM SPECIAL 
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
aiskrim secukupnya

Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Biarkan bubur suam2 sedikit, kemudian isikan ke dalam mangkuk hidangan.
Letakkan 1 - 2 sudu/scoop aiskrim diatasnya.
Sedia utk dinikmati...


9 comments:

  1. Alololo memang special tu k.nor... menggoda sungguh ;)

    ReplyDelete
  2. Pos semangkuk! bersama aiskrim sekali yer... ermmm...yummy!!

    ReplyDelete
  3. special sangat tue kak nor....elok sangat la nak buat nie, alang2 pulut hitam ada kat rumah nie

    ReplyDelete
  4. Assalam kak..salam perkenalan..
    Sambil2 tggu bubur pulut itam masak, godek2 tenet...tgk bubur pulut hitam akak ni mcm menawan..heheeh ada eskrim...selalu sy letak ais je :-)

    http://mamadasuki.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Thnks bg resipi.. nk try wt jgk lh nnti.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Thnks bg resipi.. nk try wt jgk lh nnti.. ^_^

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. http://fruitydodol.blogspot.com/2013/09/process-to-make-gula-nisan.html

      Delete