f Secubit Garam: AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

N3 Terkini

Monday, July 15, 2013

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih pd Cida@Denuanza yg banyak membantu K.Nor dlm menghasilkan menu kali ni, AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN. Ni la kali pertama K.Nor bakar ayam panggang  secara sekor yg duk pusing2 dlm oven hehee...  Selama ni guna oven yg tak ada fungsi rotisserie, jd K.Nor selalunya potong dua ayam atau guna part2 yg tertentu jer. Bila dah ada oven yg ada function rotisserie ni, mesti la nak mencuba kan.. Memang totally blurr bila nak bakar ayam guna function ni. Jadi jalan paling baik, bertanya pd org yg biasa guna. org kata 'tak bertanya, nanti sesat jalan' kan.. Kebetulan masa nak rembat oven aritu, Cida ada cakap dia suka guna oven tu utk panggang ayam, jd K.Nor inbox dia dan bertanya kaedah menggunakannya.. Alhamdulillah.. dpt ilmu yg diperlukan, dpt menghasilkan menu ayam panggang yg enak, juicy dan disukai suami dan anak2. Itu adalah satu kepuasan bg sorang ibu/isteri kan.. Cuma yg K.Nor tertanya sket, masa proses memanggang tu, perlu atau tidak utk on kipas? Ada sapa2 yg boleh bantu? TQ in advance ^__^



Seronok tengok ayam tu duk berpusing2 dlm oven. Utk menghasilkan ayam panggang yg sopan, jgn lupa ikat kaki dan kepaknya dgn tali, supaya tak terkangkang masa proses memanggang.. Huduh sgt wehh kalau kaki ayam tu terkangkang.. Tak senonoh kan.. hihihi  


Di bawah ni K.Nor letak sekali lg resipi AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN (yg dah diolah sedikit dr resipi yg sebelum ni). Kali ni K.Nor guna daun rosemary fresh (akhirnya, setelah pokok yg 3 baru la rosemary K.Nor hidup. pokok yg dibeli Along masa ke CH baru2 ni. dah 2 pokok menjadi arwah, lepas seminggu dibawa balik dr CH.. sayang betul.. nak buat camana... tak kena cara penjagaan dan tempat meletak pokok tu sebelum ni.. kali ni K.Nor letak dlm rumah, jauh dr kawawan cahaya matahari yg kuat dan penyiraman pun sekali sehari jer.. ALHAMDULILLAH.. senang hati bila tengok rosemary dan parsley hidup dgn baik.. ) Bagi yg tak ada rosemary fresh boleh guna rosemary kering ya.. Dan utk yg nak panggang ayam cara biasa (bukan rotisserie) boleh refer pd entri INI.

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam 
2 tangkai daun rosemary fresh ~ boleh guna rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/limau nipis/kasturi
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti cajun, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam. 
Panaskan oven 200 - 220C.
Cucuk ayam pd rotisserie fork dan ikat kaki dan kepak ayam dgn tali dgn kemas.
Masukkan ayam dlm oven dan bakar (menggunakan function rotisserie) selama 1 jam atau sehingga masak (bergantung pd saiz ayam)
Sementara menunggu ayam masak, masukkan kentang, carrot, bawang besar dan lebihan bahan perapan serta sedikit air dlm periuk kecil dan masak sehingga kentang empuk.
Apabila ayam masak, hidangkan bersama kentang dan carrot.


# kentang, carrot dan bawang besar boleh juga dibakar bersama ayam semasa proses memanggang ayam. 
letakkan bahan2 ni atas tray/dulang yg telah dilapik dgn 2 keping aluminium foil (dibawah ayam)

## lg lama ayam ni diperap lg baik. k.nor perap ayam waktu paginya dan bakar sebelah petang (utk berbuka).. dgn ni bahan perapan lebih mesra dan menyerap dgn elok pada ayam.. 

### kalau oven tak ada function rotisserie boleh bakar spt biasa, alas dulang dgn aluminium foil dan bakar dgn suhu yg sama sehingga masak.. sesekali keluarkan ayam dan curah2 atas ayam dgn minyak yg keluar dr ayam masa dlm proses memanggang..


16 comments:

  1. dushh!! dushhh!!! tumbuk diri sendiri tgk ayam ni...
    alahai..nk golek2 gak, tp sape nk mkn sampai sekor... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit ke cida duk tumbuk diri sendiri tu.. tak baekk tau hehehe

      golek sekor, potong separuh masuk freezer.. esok2 preheat balik.. mudah kerja kan.. amacam idea akak, bernas tak? hehehe

      Delete
  2. ya Allah, cepat2 baca entry , komen and tekan pangkah, kurang pahala pose ai...heheheh

    kulit dia crispy x kak nor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. sabo shida.. sabooo, kuatkan iman.. hehehe

      crispy sket2 la.. kalau shida nak bg more crispy, sapu body ayam dgn butter sebelum bakar.. insyaallah crispy :)

      Delete
  3. oven sy ada gak kaedah rotisserie... tp tak pernah guna punnn.. dok menganggur je penyucuk dia tuh.. hehe.. padahal masa beli dulu penjual tu dah ajar cara2 nak gunanya.. nampak ngancam ayam tu kak nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena guna tu.. manafaatkan benda yg ada.. kang kena tanya esok2.. dah beli kenapa tak guna.. haa... apa mau jawab hehehe

      Delete
  4. Assalam Nor,
    salam ramadan buat Nor & famliy..
    ayam panggang nampak sedap pandai Nor bakar cantik warnanya..
    kita kalau panggang ayam banyk terlepas..sebab suka buang kulit itu yang tak 'hold' ayam tu jadi cantik aje..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam ayu.. slmt berpuasa buat ayu dan famili ya..

      nor tak bakar, tp over yg bakar hehehehe
      rasanya kalau bakar sekor gini stail pusing2 gini ok jer tak buang kulit sbb minyak ayam tu akan jatuh atas tray kan.. :)

      Delete
  5. assalamualaikum kak noor...
    sedapnya.. tergolek ayam nye.. nampak ayam ni terus teringat ayam naik harga.. huhhh.. sakit jiwa.. makan ikan sardin dlm tin je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. ehh kita pakat makan ikang keringggggg jer la.. hehe

      Delete
  6. Hee..hee...PH tergelak sebab PH dah lama teringinkan oven yang boleh buat ayam pusing-pusing. Tu lah kalau buat ayam golek mesti terangkat sebab ayam tu betul-betul bergolek-golek. PH pun pernah tanam rosemary tapi dah lama rest-in-peace sebab terlalu banyak air masa siram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nor beli oven baru ni sbb aritu oven lama buat hal.. sekali ada offer kat TTC, rembat jer la.. kebetulan pulak ada function golek2 ni.. mmg dah plan gak nak wat ayam golek.. lama tak makan ayam golek homemade hehe

      tu la.. ni pokok yg ke 3 tau PH.. org kata tak kenal makan tak cinta.. dah 2 pokok RIP gak baru nak bercinta2an :)

      Delete
  7. kak..siries..melelh air liur di bulam ramadhan ni kak..hehe..nampak sedap sngat!!

    http://eidaidris.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. adehhh ... buruk rupa tu.. sila lap ya.. hehehehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak nor. boleh cite ckit macam mana cara nk pasang besi nk grill ayam
    tu bagi busing. k nor suruh tanya.. ni nk tanya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mula2 cucuk/rodok batang besi dr bahagian atas/leher tembus ke bawah ayam (atau vice versa). pastu masukkan cangkuk V tu dr hujung btg besi dan ketatkan/cucuk ke bahagian atas/bahu ayam dan ketatkan dgn skru. patikan ayam duk ditengah2 rod/btg besi. pastu masukkan satu lg cangkuk V melalui hujung rod/btg besi yg bawah dan cucuk bahagian bawah/montot ayam. ketatkan supaya nanti bila dah halfway bakar, ayam tak loose/longgar sbb proses membakar/panggang tu akan buat ayam berpusing dan isi ayam sedikit mengecut.

      Delete