f Secubit Garam: IKAN MASAK CUKA

N3 Terkini

Tuesday, July 16, 2013

IKAN MASAK CUKA

ASSALAMUALAIKUM...

Di bulan puasa ni kalau pekena luak yg masam2 pedas memang menyelerakan dan laju menyuap nasi kan.. Tapi sesekali kena gak menggulai, masak kari sbb sedap gak bila kena dgn gandingannya tu.. Apapun, menu kali ni cukup ringkas, mudah disediakan dan insyaallah menyelerakan..

Lintas langsung dr dlm kuali ^____^

IKAN MASAK CUKA ni, K.Nor buat menggunakan ikan tongkol atau ikan aya.. Memang pebret K.Nor dan Cik Abe kalau ikan ni. Kalau yg nak tukar guna ikan lain pun boleh spt ikan tenggiri, ikan kembung, ikan kerisi pun sedap. K.Nor buat versi berkuah sket ni ya, kalau yg tak suka berkuah sgt boleh kurangkan sukatan air dan kurangkan juga sukatan cuka yg digunakan supaya tak terlalu masam.. Selamat mencuba ya..

IKAN MASAK CUKA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 keping ikan tongkok @ boleh guna ikan tenggiri/kembung
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong baji/wedges
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili merah  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
1/2 batang lobak merah ~ dipotong
1/2 batang timun ~ dipotong (buang bahagian empulur)
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.
Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.
Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.
Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.
Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) dan masukkan timun.
Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.


34 comments:

  1. Replies
    1. betul2.. ikan bawal hitam pun sedap buat menu ni kan

      Delete
  2. Replies
    1. ooo dian biasa guna ikan haruan ek.. pestaim dengar org buat guna haruan :)

      Delete
  3. assalamualaikum kak noor..
    nani pun suka buat ikan masak cuka.. selalu nani wat boh ikan duri.. sedappp.. nani suka sangat ikan duri masak cuka.. kalau dapat yang baru naik dari laut.. abah nani bawa balik kan.. lagi sedap.. manis2 je isi dia.. ishhh sedap gak la wat masak ni petang ni.. nak cari ikan duri ar.. tq kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nani.. ni ikan duri lak.. td ikan haruan.. ermmm... baru tau ni.. mekasih share infonya ya nani :)

      Delete
  4. kak nor....
    mas mas selalu masak ikan cuka gini...
    sedappppp la...
    teringat air tangan mak la pulak..meh semangkukk kak..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer la.. org ada emak lg kan.. mesti masakan emak yg lebih sedap.. kan :)

      Delete
  5. Semalam berbuka lauk ikan cuka ni.. tapi beli jerk kat kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakata cuba buat sendiri, tak susah mana pun.. try la ya ija :)

      Delete
  6. Salah satu lauk kegemaran saya..tapi sejak perut saya taknak bertoleransi dengan saya jadi dah lama tak masak..demi kesihatan terpaksa turutkan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. murs smile baru lepas opp. ya.. mmg kena berpantang tu.. take care ya.. smoga cpt sembuh :)

      Delete
  7. Saya suka ikan tinggiri k.nor, nanti Cuba resepi ni lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer .. ikan tenggiri mmg sedap buat menu ni.. tp biasa la org ganu suka ikan aya.. heeeee

      Delete
  8. Assalam kak nor sedapnya rasa msm2 sikit tu, oh guna ikan aya rupanya, tak pernah cuba lagi msk mcm ni, nnt nak try gak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. yer.. k.nor guna ikan aya.. lewat reply kat fb .. sori ya..

      ikan aya ni, versatile.. mmg sedap buat lauk apa aje.. panggang bodo pun sedap cicah budu hehe

      Delete
  9. sedap lauk ni mkn ngan nasi panas..kalau takde cuka ganti ngan air asam jawa pon sedap tapi name menu kna tukar laa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg, sedap sgt kan.. tak perlu lauk lain..

      betul tu, cuka boleh digantikan dgn air asam jawa.. dan kena tukar la nama menu, ikan masak asam (jawa) :)

      Delete
  10. nampak sedap...yang masam2 ni boleh membangkitkan selera...makan time sahur sedap ni:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. masam2, ada manis sket, masin sket.. pastu pedas2 dr cili api tu.. perghhh mmg laju suap ke mulut :)

      Delete
  11. lauk2 kering masam macam ni memang mengundang selera bila berpuasa ni, Kak Nor. Untung kalau sama selera.. macam saya memang tak cerewet, lauk telur mata lembu ngan kicap pun saya bedal jer, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni simple jer kan.. menu yg simple mmg cukup dah utk kita tp anak2 la nak ayam sokmo kalau boleh.. dah la ayam naik harga.. kena ajar anak2 makan ikan kering la pulok dok.. heheheee

      Delete
  12. Waaa... sedapnyaa lauk... kami panggil acar ikan... mmg best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer.. mmg setengah tempat panggil acar ikan kan gee :)

      Delete
  13. Salam ramadhan Kak Nor.
    Lauk mcm ni pembuka selera...tak payah ada lauk lain pun tak pa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam azian.. betul tu.. k.nor cukup dgn lauk ni jer masa berbuka.. tenyeh cili api tu kat nasi.. perghh sedap :)

      Delete
  14. salam kak nor,ni kadang2 ada org panggil acar ikan kan, nmpk terliur la tgk kak nor buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. betul tu.. tu panggilan utk menu ni gak kan.. :)

      Delete
  15. Salam
    Klu tukar ikan bawal pun sdp kan kak Nor.

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. biji sawi tu yg selalu org letak dlm kari ikan.. yg biji kecik2 tu

      Delete