f Secubit Garam: STRAWBERRY TIRAMISU.. again...

N3 Terkini

Wednesday, July 24, 2013

STRAWBERRY TIRAMISU.. again...

ASSALAMUALAIKUM..

Sesekali lari dari kebiasaan, tak salah kan.. Kalau selalunya time berbuka nak berbuka dgn menu/dessert tradisional, apa kata kita tukar ke versi omputih.. hehehe.. Menu atau selera jer bertukar, mata tak bertukar pun dari coklat/perang ke hijau atau biru kan.. 


Kalau bab Tiramisu, mmg tak perlu ckp banyak.. memang nyamannnnn :)



STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan untuk syrup: 
150 g strawberi filling
80 ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ k.nor gantikan dgn kiwi utk hiasan
1 bekas kecik (135gm) natural yogurt ~ k.nor tambah

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese (masukkan sekali yogurt) Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.


* K.Nor guna 250 gm non dairy whipping cream
** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

10 comments:

  1. kak nor....
    simpan tuk mas 2 gelas tu....
    sajerk menggoda tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. beres mas.. gelas jer tau .. isi dah abesss hehehee

      Delete
  2. Tak salah pon kalau panjang2kan rezeki tu smpi ke Kuantan ni Nor... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangan ku tak cukup panjang ler nak hulurkan ke kuantan gee hehe

      Delete
  3. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. you have a great blog ^ ^
    you want to follow each other?
    follow me and let me know with a comment
    and follow you too :))


    kisses
    http://lemonchicbeautyfashion.blogspot.it/

    ReplyDelete
  5. Strawberry filing tu boleh buat sendiri x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak guna strawberi filling, k.nor suggest guna puri strawberi (blend buah strawberi + gula sket) atau boleh juga guna jem strawberi readymade dlm botol (jem strawberi + air panas sket dan masak hingga cair) tu tp rasa dia kurang sket la..

      Delete
  6. Assalamualaikum....tok..tok..tok...malu nyer jenguk kat dapur akk ni..lama tak menyapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. masuk la tun.. apa nak malunya.. k.nor pun jarang tinggal jejak kat rumah org lain :)

      Delete