f Secubit Garam: TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT

N3 Terkini

Friday, July 19, 2013

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama betul tak buat menu ni.. Kebetulan smlm ke pasar tani, sempat merembat 3 ekor ikan talapia, ikan kegemaran hero bongsu. Bulan Ramadhan ni, insyaalllah tiap2 weekend dia dan Aisyah balik cuti utk berbuka. Biasalah di bulan Ramadhan, kelonggaran sket utk balik hujung minggu bagi pelajar asrama. 


Selalunya kalau beli talapia, K.Nor suka goreng garam kunyit jer selain dr dibuat 3 rasa. Memang sedap, insyaallah berselera Luqman makan, siap meratah2 ikan. Tiada yg menggembirakan hati sorang ibu bila melihat anak2 makan dgn penuh selera kan.. tambah lagi kalau duk asrama, balik sesekali mesti nak makan menu kegemaran dia org kan..


K.Nor tukar sket nama tajuk menu yg asalnya IKAN GORENG DLM SOS DAUN LIMAU PURUT. Resipi dari buku Masakan Thai yg pernah K.Nor kongsikan beberapa kali sebelum ni.. Senang cakap, rasanya sangat sedap, menyelerakan... Ada rasa masam2, pedas dan sedikit manis, dgn aroma daun limau purut.. Cuba la.. tak cuba mana nak tau kan.. Bagi yg dah pernah cuba dulu2 tu, pasti masih teringat keenakkan masakan ni kan.. :)

TALAPIA GORENG DGN SOS DAUN LIMAU PURUT
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
2 ekor ikan talapia ~ boleh guna ikan bawal, tenggiri, siakap, kerapu
1/4 cawan tepung serbaguna ~ jika tiada boleh gantikan dgn sedikit garam dan serbuk kunyit
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara:
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung (kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


9 comments:

  1. assalamualaikum kak nor..
    wow.. talapia kalau goreng garing, letak sos masam2 dan bau yg kuat, mmg sedap.. tak ingat bau ikan tu dah kan.. :) terbaik lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. kalau tak mau bagi berbau, lumur tepung gandum pd ikan dan perah limau nipis. perap sekejap pastu bila bersih2.. insyaallah tak berbau ikan talapia tu :)

      Delete
  2. kite suka juga talapia...tp selalu mkn kat kafe ja...
    sbb en garpil mcm x suka talapia
    x tau nape...bergaduh agaknya dgn talapia masa kecik2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee... mcm2 cida ni.. ajak la dia berdamai dgn talapia.. tak baik gaduh lama2.. heheeee

      Delete
  3. suka2 ikan talapia..
    masak apa pun sedappp...

    ReplyDelete
  4. Talapia layak goreng mcm nor buat je.. ilah try kukus eeee x leh laa semacam jee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...suka sgt ikan talapia selalu wat panggang pastu masak ciliapi dgn pucuk ubi jer....nnti leh cuba resepi k.nor pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam UJ.. mcm2 boleh buat dgn talapia ni selain goreng, boleh buat 3 rasa, asam pedas pun sedap :)

      Delete