f Secubit Garam: PUDING KARAMEL IDAMAN

N3 Terkini

Friday, July 12, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM...

Ramadhan tak lengkap rasanya jika tak buat Puding Karamel, puding kesukaan anak2. Memang dah jd kemestian tiap kali Ramadhan mesti buat puding ni. Takper la.. bukan susah mana pun, kebiasaannya bahan2 yg digunakan sememangnya ada di dapur. Tapi kena buat belah pagi la, baru best bila dah disejukkan dlm peti ais sebelum makan, kan.. Kalau tak sejuk tak syok :)


Resipi hasil olahan, hasil godekkan berpandukan pada beberapa resipi yg dah dicuba selama ni. Alhamdulillah.. hasilnya tak mengecewakan.. sangat menepati citarasa anak tekak seisi keluarga terutamanya si tukang buat. Dan utk membezakan resipi Puding Karamel yg terdapat banyak di laman2 web juga yg dah pernah dicuba di dalam SecubitGaram ni, K.Nor tambah sket nama surat beranak dia ya.. ^____^


PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:
Panaskan oven kpd suhu 180C dan sediakan air panas mendidih (utk kaedah waterbath)

Utk membuat karamel/gula hangus:
Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus.
Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.
Kisar roti yg dicarik2kan bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.
Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yg dikisar tadi.
Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi dan juga vanila.
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.
Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.
Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dgn cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam)
Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
Kemudian terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dlm peti ais sebelum dihidangkan.

# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak.
tp utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.
## bg yg nak tau kaedah waterbath tu camana boleh tengok kat blog kakwan ni ya..

21 comments:

  1. assalamualaikum kak noor..
    cantek nampak puding ni.. rata elok je.. :) nani pun suka wat.. anak2 suka makan.. :) bulan posa gini sure lah ramai yg buat caramel ni kan.. sbb nak sejukkan anak tekak.. :D desert yg best..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mmg puding ni menjadi idaman di bulan puasa kan nani :)

      tujuan tutup dgn foil tu salah satunya adalah utk bagi rata bahagian atas puding tu, tak la berombak.. insyaallah

      Delete
  2. Salam...kaedah waterbath tu nk wat cmane ek tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      cuba refer kat link ni ya.. http://citarasawan.blogspot.com/2010/11/kaedah-memasak-secara-bain-marie.html

      Delete
  3. melelih air liur bila tgk puding karamel ni...

    ReplyDelete
  4. Wah sedapnya... elok cantek kejadiannya k.nor ;)

    ReplyDelete
  5. Hari ni mmg ai try this menu kaka
    Fav anak bujang ai

    ReplyDelete
  6. Assalam kak nor, cantik n mulus sangat puding karamel tu, terrgyda nengoknya,

    ReplyDelete
  7. K.Nor,,sebut kata sejuk..mcm betul2 terasa kt mulut..huhu..semalam tgk k.rosa buat..ni k.nor pula..asuyai..seb baik tak preggy..kalau tak..sah berair mulut baby...amik resipinye kak

    ReplyDelete
  8. peberet ni kak...
    makan sejukkk2...nyamann

    ReplyDelete
  9. salam kak nor...
    nak cedok sikit bole???? teringin ni..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..K.nor wah sedap ni dah lama tak memuding...nampak k.nor tayang rasa nak buat lah pulak....

    ReplyDelete
  11. esok jugak nak wat...ececeh semangat membara ni...^0^

    ReplyDelete
  12. Skarang juga kita buat... em mesti sdap..

    ReplyDelete
  13. Kalau takde oven boleh kukus je kew kak?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aje.. kat atas tu k.nor dah mention kat bawah pd resipi yg puding ni juga boleh dikukus.. slmt mencuba :)

      Delete
  14. Ooopps.....yelah.. Tak perasan pulak....tq akak....:)

    ReplyDelete
  15. Kak mohon copy resepi yer..nmpk best sgt..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah.. Sedapnya.. Mintak sikit.

    ReplyDelete
  17. auuummm...sedapnyaaa...tgk gambar dan baca resepi pun dah terliur...kak, mtk resepi ni yer...jemput baca entry di blog saya juga (www.ihhi.my)

    ReplyDelete