f Secubit Garam: AYAM SAMBAL CILI PADI

N3 Terkini

Thursday, July 25, 2013

AYAM SAMBAL CILI PADI

ASSALAMUALAIKUM....

Menu yg agak simple jer kali ni, bahan2 simple dan penyediaannya pun simple. Tapi... Insyaallah sedap! Idea nak buat menu ni datangnya dari K.Noor Saffone bila tengok dia tayang masakan ayamnya kat fb beberapa hari lepas. K.Nor cuba selongkar dapur K.Noor utk cari resipi tu tp tak jumpa. Jadi K.Nor mintak K.Noor 'pm'kan resipi tp kata K.Noor dia main campak2 jer. K.Noor cuma bagi bahan2 apa yg dia gunakan dan cara memasaknya secara ringkas. So K.Nor kena pandai2 la ejjas sukatan bahan dan cara masak yg lebih detail utk dijadikan satu resipi lengkap utk panduan org lain lak kan.. Tak adalah susah sgt pun sbb masakan tu mmg simple jer pun... Alhamdulillah.. ptg semalam K.Nor pun godek la masakan ni sbb dah kebuntuan idea nak masak utk berbuka. Bila pekena dgn nasi panas2, mmg sedap la.. sendiri punya bakul, sendiri mau angkat la kan.. kalau tak sapa mau tulun angkat .. heeeeee......


Bila nak taip tajuk resipi, teringat yg pernah buat dulu satu resipi dgn nama yg sama AYAM GORENG CILI PADI. Jadi kena la ubah sket nama masakan ni kan, untuk membezakan antara keduanya. Jadi K.Nor bagi nama AYAM SAMBAL CILI PADI. Harap K.Noor Saffone tak keberatan sebab dah Nor tukar nama resipi ni ya.. Mekasih banyak2 K.Noor, atas pengongsian resipi ayam tu, walaupun secara ringkas. Semoga ia dapat memberi manafaat buat semua.. insyaallah...

AYAM SAMBAL CILI PADI
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : K.Noor Saffone

Bahan2:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

~ Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng hingga masak (jgn terlalu garing).
Angkat dan ketepikan.

Bahan utk sambal:
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/2 in kunyit hidup *
7 - 10 bj cii padi (jenis panjang)  *
1 biji cili merah *
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 sudu kicap manis
3 sudu besar cili sos
1 sudu kecil sos ikan ~ optional
garam dan gula
minyak

Cara:
Kisar kasar/tumbuk bahan bertanda *.
Tinggalkan lebih kurang 4 - 5 sudu besar minyak lebihan goreng ayam dlm kuali dan panaskan.
Tumiskan bahan2 yg dikisar tadi hingga wangi.
Masukkan bawang besar, kicap manis, sos cili dan sos ikan. Kacau.
Masak seketika dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam dan kacau rata.
Masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
Bolehlah diangkat dah dihidangkan bersama nasi putih.


8 comments:

  1. tudia kak nor.. pekat melekat.. likatt.. hmmm sedapnya...

    done klik klik duit raya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nani, kut2 kena dgn selera :)

      alhamdulillah.. mekasih.. dpt gak duit raya tua2 dah ni ya.. nak bagi lebih2 pun takper.. heheehe

      Delete
  2. salam puan... agak2 kalau makan dengan nasi impit / ketupat sedap tak. Saya biasa buat ayam masak kicap untuk hidangan raya... kalau ok, boleh lah ubah rasa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. rasanya boleh kut.. cuma kurangkan sket cili padi tukar ke cili merah utk tak pedas sgt.. dan lebihkan bahan2 utk dptkan gravy yg lebih :)

      Delete
  3. sedapnya.. boleh masak tuk bbuka satgi ni =)

    ReplyDelete
  4. pergh! kecur dah air liur nie..arini x sempat la kut sb kje..esok cuti maybe blh try resepi nie K.Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try jgn tak try.. insyaallah sedap :)

      Delete