f Secubit Garam: NASI KAROT & AYAM TAMBATAN HATI

N3 Terkini

Tuesday, July 23, 2013

NASI KAROT & AYAM TAMBATAN HATI

ASSALAMUALAIKUM...

Menu minggu lepas ni ya.. masa anak2 ada kat rumah, wiken baru2 ni. Memang dah plan nak buat nasi ni dr pagi tu lagi.. dah siap turunkan ayam dr freezer. Tengahari tu duk buat dessert jadi tak prepare awal2 la bahan nak masak menu ni. Lepas Asar bila nak start masak, ada tetamu dtg ke rumah. Duk layan sembang, hampir pukul 6ptg baru beransur pulang. Apa lagi, kelam kabut ler nak masak masa tu. Kalau nasi putih aje, mudah sgt kerja, masukkan dlm rice cooker, tinggalkan dan boleh masak lauk. Tapi bila dah setkan awal2 nak masak nasi berperisa, kena la buat jugak. TIme anak2 ada ni boleh la buat menu spesel sket kan :)


Pastu mula la tak baca betul2 resipi. Nasi yg perlukan daging cincang, dah tak letak la pulak (daging kisar ada jer dlm freezer tp lambat lak nak defrost kan). Dah la skip part daging cincang, keadah masak pun jd cincai jer. Main tumis mcm masak nasi berperisa lain. Dah taksempat nk ikut step by step yg diperlukan dlm resipi. Cili hijau K.Nor pulak tak sempat nak tumbuk, main hiris2 jer hehehe.. Adehhh.. mmg bersilat betul masa tu kat dapur, takut tak sempat nasi/lauk masak sebelum masuk waktu berbuka. Kesian kat anak2 yg lapar kan.. Tak perlah.. teknik jer lain, tp Alhamdulillah.. rasa nasi tu tetap sedap (walaupun terlembik sedikit sbb nasi masak dh dekat waktu berbuka, nasi pun panas2 lagi, tak sempat nak berderai) Tengok gambar tu, nasi ku posing bersahaja jer, tak ada hiasan langsung.. haha.. nak cpt punya pasal.. Ampun Kak Nah deh.. hilang seri NASI KAROT  Kak Nah ni.. :)


Bagi lauk gandingan dgn Nasi Karot ni, K.Nor buat AYAM TAMBATAN HATI, resipi dari dapur IBUNDO@K.PAH... K.Nor ada tambah sket bahan2 dlm tu (biasa ler, kalau tak derhaka tak sah namanya kan.. hehe), ikut selera si tukang masak. Maaf ya K.Pah.. apapun, mmg sedap ayam tu, anak2 duk meratah jer.. Kiranya mmg gandingan yg mantop ler dua menu ni.. Oppss.. tak lupa K.Nor buatkan Acar Mentah utk digandingkan bersama 2 menu ni.. ehh silap.. Anak dara yg buat, sementara mak dara duk memasak nasi dan lauk ayam hehehhe

NASI KAROT & DAGING CINCANG
resipi : Kak CManggis
Bahan-bahannya:
4 cawan beras basmathi-(rendam selama 1/2 jam atau paling lama 1 jam dengan sedikit serbuk kunyit.)
1/2 tin susu cair.
1 inci halia-tumbuk halus.
2 ulas bawang putih.-tumbuk halus
1/2 labu bawang besar.-dadu
1 batang kecil kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1/2 tbsp garam.
Sedikit minyak jagung untuk menumis
2 tangkai cili hijau.-tumbuk kasar
150 gm daging cincang.
1 tangkai daun ketmbar.
1/2 biji karot -parut kasar
1 ketul kiub ayam maggi(optional)

Cara-caranya:
Panaskan 6 cawan air hingga mendidih.Masukkan 1/2 tbsp garam dan 2 tbsp minyak jagung..
Masukkan beras yang direndam tadi dan biarkan mendidih hingga beras 3/4 masak.
Toskan beras dan ketepikan.
Panaskan minyak jagung dan tumis kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bawang besar ,cili hijau dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi .Tumis hingga naik baunya.Masukkan daging cincang.Masak sehingga daging empuk.
Masukkan beras dan gaul perlahan lahan agar sebati rempah rempahnya.Kemudian masukkan kiub ayam.
Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sekejap atas api kemudian masukkan daun ketumbar dan parutan karot.
Pindah beras kedalam pengukus dan kukus hingga nasi masak dan lembut.
Sedap dimakan bersama kari ayam atau daging, telur rebus dan acar rampai.Selamat mencuba:)


AYAM TAMBATAN HATI
resipi : Ibundo
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1 biji bawang besar dipotong bulat

1 sudu besar cili mesin ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu kecil serbuk lada sulah ~ k.nor skip sbb dah letak cili mesin
10 biji cili api diketuk-pecah
6 helai daun limau purut dibuang tulang dan dikoyak
2 sudu besar kicap pekat manis
1 cawan susu cair ~ k.nor letak 1/2 cawan jer
1 cawan air
1 sudu besar jus lemon ~ k.nor gantikan dgn 3 sudu besar sos tomato

Cara:
1. Ayam dilumur sedikit kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga masak.
4. Masukkan air, susu, ayam dan bahan-bahan lain. Tambah garam secukup rasa.


5. Masak sehingga kuah agak pekat.



18 comments:

  1. walaupun derhaka n tak ikut resepi tu betul2, tp nasi karot n ayam tu mmg membuka selera la kak nor, best sgt nmpak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak derhaka pasti lg sedap tu liza.. hehe

      Delete
  2. assalam kak nor..
    nampak sodap sangat haihhh.. nasi karot tu nampak berseri2 dengan ayam tambatan hati tu.. alahaii.. sedapnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nani.. mmg sedap.. tak caya tanya anak2 k.nor hehehee

      Delete
  3. Ahai...sedapnya nama ayam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambat menambat menambah kecintaan hihihi

      Delete
  4. Assalam kak nor, sedap buka posa dgn nasi berperisa mcm ni, tambahan pulak ada lauk ayam dan acar tu, sungguh sedap, derhaka pun tak apa janji sedap n nasi pun msk heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam liza.. mmg kan.. sbb tu time wiken, bila anak2 balik dr asrama, k.nor akan masakkan nasi berperisa.. biar berselera dia org makan :)

      Delete
  5. Replies
    1. bukan nampak jer, tp mmg menyelerakan :)

      Delete
  6. Memang menambat hati betul ayam tu k.nor, boleh cuba resepi ni nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku menambat, hati mu tertambat.. heheheeeee

      Delete
  7. Nor ...knah berkenan kt ayam tambatan hati tu.Mengancam mkn dgn nasi karot.Silap haribulan tk larat nk pi teraweh :)....pak aji marah nnt hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba la k.nah.. insyaallah finger lickin goog :)

      time berbuka makan sket jer la dulu, lps tarawih pulun balik kak :)

      Delete
  8. set berbuka yang mabelessss...
    suka3....

    ReplyDelete
  9. Assalamaulaikum...wah spesel menu berbuka k.nor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. biasa la UJ, wiken anak2 balik, kena buat yg spesel sket :)

      Delete