f Secubit Garam: PUDING COKLAT SOS KASTARD

N3 Terkini

Sunday, July 14, 2013

PUDING COKLAT SOS KASTARD

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. cuaca yg dingin walau dah tengahari, disebabkan semalan hujan turun dgn agak lebat disertai dgn ribut yg boleh tahan kuatnya.. Selamat satu tugas rutin pagi2, iaitu siram pokok.. hehe.. Hujan berkat kan, turun pula di bulan Ramadhan, bulan yg penuh baraqah... Alhamdulillah..

Menu kali ni, masih lagi mengenai dessert, PUDING COKLAT SOS KASTARD. Puding kegemaran Aisyah dan Luqman. Sempat la K.Nor buat masa dia org berbuka dua hari lepas kat rumah sebelum pulang semua ke asrama smlm. Insyaallah bulan Ramadhan ni, dia org berdua akan sentiasa pulang pd hujung minggu. Rindu masakan si emak, kata Luqman :)


Memang dah acapkali K.Nor buat puding yg sedap dari dapur Dayang Jack ni. Ni pun dtg idea bila tengok Dayang post awal puasa baru2 ni. K.Nor sharekan sekali lg resipinya kat bawah utk mudahkan bg yg nak mencuba buat ya..

PUDING COKLAT SOS KASTARD 
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : 8-10 orang makan

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
200 ml air
3/4 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :
2 1/2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

11 comments:

  1. Salam nor. Ditempat bundo pun sejuk nyaman. Alhamdulillah. Masak apa petang ni.
    Sedap nampak puding tu. Bundo nanti nak datang lagi ambil resepi ..tkl

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam k.pah.. mmg nyaman cuaca gini kan.. rahmat Allah semuanya..

      masak apa ek... syhhh biarlah rahsia.. tp mana boleh lari dr ayam.. ahli dlm rumah ni antu ayam (tak termasuk si tukang masak la.. hehe)

      Delete
  2. nyaman je nampak puding ni kak Nor...
    kite jarang buat puding2 ni sbb en garpil x suka...
    kalo buat, 3-4 hari le dok dlm peti..jenuh nk abiskan sorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat rumah ni semua suka puding cida.. sbb tu k.nor suka buat, tp kalau time ber3 tu, kurang la sket mood nak buat :)

      Delete
  3. Sedapnya k.Nor..bolh la nak try nnti...
    TQ sharing..

    ReplyDelete
  4. Sodap eh kak Nor ku sayang...meleleh-leleh dah ni..hikks!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sodaaaaaap.. try la leen :)

      ishh nah tisu.. lap mulut tu :)

      Delete
  5. salam knor,

    hanim copy resepi ni yer.
    kalau letak dalam gelas kecil mcm knor buat ni, berapa gelas boleh dapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam hanim..

      antara 7 - 8 gelas ya..

      Delete
  6. Salam,
    Kak Nor..suka nya dengan rasa puding ni...coklat & kastard.

    ReplyDelete