f Secubit Garam: STRAWBERRY CHIFFON CAKE with DRIED CRANBERRY

N3 Terkini

Tuesday, July 9, 2013

STRAWBERRY CHIFFON CAKE with DRIED CRANBERRY

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi kek chiffon ni hasil dari olahan resipi BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE. Sengaja diolahkan dr resipi asal tu utk menghasilkan satu resipi kek chiffon lain.. Insyaallah sedap sbb resipi asalnya mmg sgt sedap. Tak dapat membedah siasat kek ni sbb ianya merupakan salah satu kek yg ditempah ..



STRAWBERRY CHIFFON CAKE with DRIED CRANBERRY
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
sumber resipi asal : Rima

Bahan2:
A:
6 biji kuning telur
100gm strawberry yogurt
150 gm tepung kek
50gm gula castor
secubit garam
100gm minyak sayuran/masak

B:
6 bj putih telur
1 sudu besar perahan lemon/limau ~ atau boleh gantikan dgn 1/2 sudu kecil cream of tartar
100gm gula castor
sedikit pewarna merah & strawberry emulco
1/3 cawan dried cranberry ~ hiris


Cara:
Panaskan oven dgn suhu 150C.
Ambil sedikit hirisan cranberry dan tabur pada dasar loyang (saiz 22 - 25 tube / angel cake pan)
Masukkan lebihan cranberry pd tepung dan ayak bersama. Ketepikan.
Pukul kuning telur hingga kembang/pucat warnanya dan masukkan yogurt dan minyak. Kacau.
Masukkan tepung yg diayak tadi dan juga garam.
Masukkan juga pewarna dan emulco. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama jus lemon hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
Pukul lagi hingga betul2 kembang (menjadi meringue).
Ambil 1/3 dr meringue dan masukkan ke dalam adunan A (kuning telur). Kacau sebati dgn cara kaup balik.
Kemudian masukkan lebihan meringue dan kacau lagi dgn perlahan2.
Akhir sekali masukkan cranberry yg diayak bersama tepung td dan gaul hingga sebati. (jgn terlalu lama)
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentak2kan 2 - 3 kali ke meja utk menghilangkan udara (air bubble) yg terperangkap dlm adunan kek.
Bakar lebih kurang 50 min.
Keluarkan dr oven dan terus terlangkupkan (utk mengelakkan kek mendap) hingga kek sejuk.
Sisipkan tepi loyang dan keluarkan kek.


* tujuan mengayak cranberry bersama tepung utk meringankan cranberry dan tidap mendap didasar kek. 



Sebelum terlupa.. Di kesempatan ini K.Nor mengambil peluang utk mengucapkan SELAMAT BERPUASA pada semua pengunjung SecubitGaram yg K.Nor hargai.. Insyaallah kita semua akan mula berpuasa esok kan.. Andai ada salah silap K.Nor selama bersiaran di alam maya ni, bagi yg pernah bersua muka, pernah berlaga pipi ke.. pernah bergurau senda, bergelak ketawa tak kira lah secara alam maya maupun alam nyata , yg terkasar bahasa ke.. antara yg sedar dan tak disedari.. maafkan K.Nor ya.. maafkan atas segala khilaf K.Nor dan kekurangan diri K.Nor.. yg baik2 tu semuanya dari ALLAH juga.. 


10 comments:

  1. Assalamualaikum...Salam Ramadhan buat Kak Nor sekeluarga..Selamat menjalani ibadah puasa dan mendirikan solat Tarawih pada malam harinya...InsyaAllah..Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam nenie.. amiin...

      slmt berpuasa buat nenie sekeluarga ya..

      Delete
  2. As-Salam....Selamat berpuasa & beribadah di bulan Ramadan ini...Smoga setiap amalan kita di terima oleh-Nya...
    p/s: Tq kak Nor bnyk share resepi yg best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. aminn.. mekasih.. slmt berpuasa gak buat jumria dan keluarga

      yw.. slmt mencuba resipi2 yg kongsikan ya..

      Delete
  3. Selamat berpuasa dari saya juga..terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat kak Noor dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan juga dr k.nor.. slmt berpuasa buat ita sekeluarga ya.. mekasih sudi berkunjung lg :)

      Delete
  5. Salam Ramadhan buat Nor sekeluarga, salam seribu kemaafan dihulur atas sebarang kesilapan yang pastinya ada sepanjang tempoh di alam maya ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan membawa kebahagiaan buat kita semua. Allahumma Ameen.

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan juga buat ummi sekeluarga.. aminnn.. mudah2an hendaknya.. :)

    ReplyDelete