f Secubit Garam: ROTI SARANG LEBAH

N3 Terkini

Friday, June 13, 2014

ROTI SARANG LEBAH

ASSALAMUALAIKUM...

Warning awal2 ya.. Ni entri tertunggak, bermakna masakan yg dibuat dah lama, bukan yg arini atau semalam punya. Memang dah lama sangat ni, masa tuan blog duk berhibanate sepanjang 6 purnama yg lalu hehe.

Seperti yg ramai maklum, fenomena Roti Sarang Lebah ni bermula di facebook oleh Lydia Honey. Memang cukup pantas virus roti ni menular. Masa baru2 heboh tu K.Nor masih buat derk jer.. Tak terasa sgt nak ikut terjangkit virus roti ni.. Tapi akhirnya tumpas bila Mek Siam yg dah tak lg Siam, dah bertukar menjadi Mek Jepun sejak pindah menetap di Jepun bersama familinya. Roti Sarang Lebah yg dihasilkan Ika/Ijah mmg cantik sgt.. sampai ada yg kata, Roti Ratu Lebah.. hehe.. mmg tak leh nak buat derk lagi.. selang beberapa hari, K.Nor pun turut sama terjangkit virus Roti Sarang Lebah.. 


Alhamdulillah.. mmg patut sangat ler roti ni menjadi fenomena di alam maya, dan dah ramai yg menjadikannya hasil jualan. Memang sedap, bila dimakan dgn Sos Butterscotchnya tu. Tapi kan.. hehe.. rasanya dah ramai yg maklum, K.Nor mmg suka sket menderhaka pd resipi. K.Nor tak guna resipi doh Lydia guna tu sebaliknya K.Nor guna resipi doh roti lain iaitu resipi Sponge Dough yg juga femes di fb. Resipi ni K.Nor amik kat dapur Izah. Memang dah acapkali K.Nor guna resipi doh roti ni. Memang sgt puas hati dgn kegebuan dan kelembutan roti yg dihasilkan. Doh yg dihasilkan agak lembik/sticky, tp bila kena kaedah atau cara membentuknya, insyaallah tak jadi masalah.

Jadi terpulanglah pd selera masing2, nak guna resipi doh yg asal dr Lydia atau mana2 resipi basic dough yg biasa digunakan. Cuma kalau boleh doh tersebut jgn terlalu manis sbb nanti kita nak curahkan sos butterscotch di atasnya. Sos butterscotch ni mmg manis sket sbb tu K.Nor tak curah banyak atas roti. Ikut la selera anak tekak masing2 ya.. suka manis, curah jer la berladung/melimpah ruah.. hehe


MINI BUN SARANG LEBAH
resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
Di bawah ini adalah resipi yg K.Nor gunakan utk membuat roti/bun bg ROTI SARANG LEBAH.

ROTI DOH SPONGE
resepi: Puan Zarina
sumber : Izahdaut & K.Nor


Doh span (A)
420gm tpg highprotien
250gm air5gm yis

Campurkan semua bhn (A), gaul sebati dan uli sikit2 pun ok.
Pastu biarkan dlm bekas tertutup 3 -4 jam

Doh (B)
180gm tpg gandum
100gm gula kastor
6gm yis
3sudu besar susu tepung
Garam
40gm mentega
30gm shortening
1biji telur
50gm air

Campur semua bahan kecuali mentega dan shortening. Mix perlahan dan masukkan doh (A)..mix n masukkan mentega dan shortening. Mix sampai jd doh yg licin dan elastik. Rehatkan 10min pastu bentukkan.


19 comments:

  1. Assalamualaikum kaknor, apa khabar?
    Roti sponge ni mmg gebu gebas, saya pun suka. Nak membentuk pun senang.
    Roti Lydia tu pun gebu jugak. Tapi skrg duk suka guna roti resepi anie japri sebab lepas uli terus boleh bentukkan, tapi sangat gebu walau guna bahan basic je. Kalau akak lom cube yg tu recommended, eh terlebih sudah mengomen. :-)
    Selamat mengupdate!

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. alhamdulillah.. sihat dan makin gebus :)

      ok.. nnti nk g skodeng resipi tu.. tq ya.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum knor lama tul duk menyepi ek tetiba jerk duk tayang roti sarang lebah...mmg terpesona sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam UJ... hehe.. ni pun ingatkan dah tak timbul lg dah.. tp atas izin Dia.. kembali berblogging :)

      Delete
  3. hai k nor. aida lom try roti srg lebah ni... sebab masih prektis meroti :-)
    kalau k nor buat semuanya mesti jadik sedap hi hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi aida... try la... insyaallah sedap.. :)

      Delete
  4. salam kak nor..baru jumpa blog ni..bestlah..saya follow...

    ReplyDelete
  5. salam kak nor...

    lame saya tunggu k nor menyambung aktiviti bloggering kak nor ....caiyyokk....

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Famous sgt bee hives bun ni kt fb. Nk buat xde alat. Huhu..

    ReplyDelete
  7. InshaALLAH pasti akan buat. Mak dah suggest untuk buat untuk di jamu raya haji nanti. Heee.
    Jemput ke blog saya:
    qcutehealthy.blogspot.com
    Tq

    ReplyDelete
  8. Salam kak....nak tanye minyak aun flower kalau takde bole tak pakai minyak masak biaalsa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. insyaallah boleh aje.. tp lebih sedap guna minyak sun flower.. atau boleh try tukar ke minyak jagung

      Delete
  9. Saya dah try buat roti ni tapi tgn lom cukup kuat nak mengedoh so roti tak gebu mana...nanti nak cuba lagi...tak puas hati..

    ReplyDelete
  10. Saya selalu try resepi kt blog k nor ni... terima kasih... tpi x pernh lgi buat roti... mix tu pki mixer ker pki tgn jer... sy bdk bru belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. mekasih sudi menerai resipi2 dlm SG..

      bab roti, k.nor guna breadmaker

      Delete
  11. Terima kasih sudi berkongsi resepi, nak minta pendapat, sy dah buat sos butterscotch mengikut resepi akak tapi sy gunakan fresh milk. Sos butterscotch sy xbegitu licin dan sedikit kasar. Adakah sebab sy pkai fresh milk? Dan bukan fresh cream?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..

      pd pendapat k.nor tak ada masalah kalau guna susu fresh atau fresh cream sbb sifat keduanya sama.. cecair.. maybe masa kacau tu, tak cukup sebati.. cuba kacau dgn hand wisk, ianya lebih cpt menyebatikan adunan kita dan cuba masukkan susu/cream sedikit demi sedikit.. guna api slow jer ya..

      slmt mencuba

      Delete