f Secubit Garam: APAM KAMPUNG PERISA PANDAN

N3 Terkini

Tuesday, June 10, 2014

APAM KAMPUNG PERISA PANDAN

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pembuka bicara.. setelah menyepi lebih dr 6 purnama, kini kembali bersua muka di dapur alam maya yg telah kusam dan suram.. Kalau rumah yg tak berpenghuni tu, dah banyak sarang labah2, penuh dgn debu kekotoran.. dan pastinya semak samun beraja di halaman rumah juga kan.. Nak buat camana, perancangan ALLAH mengatasi dr perancangan hambaNYA..

Nak memulakan bicara ni pun banyak halangannya.. Dah lama tak mengarang, otak jd kehilangan idea.. Lebih banyak termenung mengadap skrin pc dr jari2 menari mengetuk keyboard hehee... Harap memahami ya.. Bukan senang nak kembali blogging, kembali menghapdet, kembali mengedit gambar setelah 6 bulan tak melakukannya.. Tambah lg kalau dulu hanya guna photoshop CS3 skrg, terpaksa guna yg lebih advance CS6.. adeehhh... merangkak2 K.Nor nak guna.. almaklum ler.. umur dah masuk senja nih.. :) Kalau gambar tak sama kecerahan, tak seelok gambar dolu2.. harap maaf ya.. Memang kena amik masa nak mahirkan diri dgn CS6 ni, walau dikatakan lebih mudah, lebih hebat.. 

Kita ke resipi pertama, setelah sekian lama bercuti.. Pot pet seterusnya akan disusuli dibawah resipi bagi entri kali ni ya.. ^___^


Resipi APAM KAMPUNG PERISA PANDAN ni K.Nor ambil dr dapur YatieMemories, yg terkenal dgn kuih2 tradisional, terutamanya kuih2 yg dikukus. Tak rugi mencuba resipi dari Yati kali ni, mmg sedap. Lembut jer apam yg dihasilkan dan enak dimakan gitu aje tanpa kelapa sepertimana kebiasaan apam yg lain kan. Memang rekomended la resipi apam ni. Mekasih pd Yati yg sudi berkongsi resipi APAM KAMPUNG ni. Kalau nak tukar pd perisa lain spt rose pun boleh juga, cuma tukarkan paste pandan ke perisa/sirap rose.. Selamat mencuba.


APAM KAMPUNG PERISA PANDAN
resipi : YatieMemories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
2 sudu kecil rata yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus

Bahan B
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir
1 1/4 cawan air
secubit garam
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-Cara :
Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
Lenserkan loyang 9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.

**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.
** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni.
**Kalau guna acuan spt di atas, kukus selama 20 minit. Sebelum tuang adunan, sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.


~~~~~ *** ~~~~~

Saja la tak nak kacau entri/resipi dgn pot pet yg panjang2..  Sebab tu K.Nor taip kat bawah ni ^___^

Ada yg rindu dgn entri dari SecubitGaram tak? Ke lebih rindu pada tuan dapur SecubitGaram... hehehe.. Kat fb pun dah jarang K.Nor lepak.. Sesekali jer masuk dan lepak pun kejap2 jer. Sejak buat keputusan nak bercuti dulu tu (plan asal nak amik annual leave dlm sebulan jer huhu) mmg K.Nor jarang online. Asalnya bercuti tu sbb nak buat persiapan perkahwinan Along pd awal Disember tahun lepas (iyer.. ai dah dapat menantu pun.. hehe.. Alhamdulillah..), terus bersambung dgn oven K.Nor rosak. Tak lama lepas tu, pc pulak KO terus.. Bertimpa2 ujian.. Tempahan kek pun terpaksa ditolak memandangkan oven rosak.. Mood nak blogging lagi la merudum. Nak mengupdate menggunakan ipad cukup tak selesa. Nak mengedit gambar bukannya reti guna ipad nih. Nak guna imac Cik Abe pun tak boleh sbb imac dia pun rosak.. bertimpa2 ujian menimpa..

Lepas tu sibuk lak dgn persiapan majlis sambut menantu di rumah K.Nor pada Mac lepas.. Pastu dah settle yg tu, ada dua tiga kes lg yg tak boleh nak dielakkan.. Tu la yg buatkan cuti bersambung2.. mood blogging pun dah jd suam2 kepala lutut.. hehehe..

Kalau ikutkan mmg dah agak berat hati nak menyambung blogging.. Dah agak selesa dgn kehidupan seharian yg tak perlu nak pikir apa entri nak buat esok.. apa nak masak/baking utk dijadikan entri. Masa dan idea nak mengarang.. (tambah lg, kes ciplak gambar yg tak abis2, buatkan mood blogging bertambah hambar) Bg blogger masakan, mmg sedia maklum banyak yg perlu dilakukan utk menghasilkan satu entri. Memang menuntut banyak masa yg khusus jika nak menjadi blogger masakan. Tak boleh main tangkap muat jer, tak boleh main cincai aje. Tapi bila ada yg hantar email, ada yg bertanyakan kat fb dan wassap.. Bila K.Nor nak kembali blogging?... huhu.. kesian la pulak kan.. Kalau ikutkan dah banyak resipi2 yg K.Nor letakkan dlm blog ni utk dijadikan panduan mencari resipi dan memasak (yg simple dan mudah aje la.. yg leceh2, rumit2 tu.. mmg K.Nor pun tak minat sgt nak buat hehe) Tak per la.. K.Nor akan cuba utk update, walau tak sekencang dulu2 (pernah sampai 2 -3 entri sehari) cukup la sekadar 2 - 3 entri seminggu ya.. Insyaallah...

Kepada pengunjung setia SECUBITGARAMNOR67, K.Nor ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjengah mencari resipi2.. Kepada yg meninggalkan komen di mana2 entri tu, harap maaf sbb tak terjawap komen dan pertanyaan yg diutarakan.. Yg baik2 tu semuanya dari ALLAH juga.. yg tak elok tu dr kelemahan K.Nor semata2..  TERIMA KASIH...


21 comments:

  1. Selamat kembali membloging k.nor.
    Cantik apam tu....
    Kat mana la boleh cari mould camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih zar.. k.nor beli kat bake with yen, puchong

      Delete
  2. Ni nah ucapkan Welcome Back! Nor dah lama menyepi, of course lah PH dan ramai peminat-peminat Secubit Garam rindu...kan? PH cukup faham apa yang Nor utarakan berkenaan blogger masakan. PH pun kekadang camtu gak. Padahal kita masak untuk keluarga bukan masak untuk blog, kan? hee..hee..Tapi blogging dah macam jadi kerja kita pulak. Nak terai resipi baru, nak ambik gambar, nak edit, nak mengarang, etc, etc. Kerja rumah pulak nak settle. Eh, cerita panjang pulak hee..hee....Anyway my friend, selamat kembali!

    ReplyDelete
  3. Mek..! cantik bekas lilin tu...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak Nor dah kembali berkarya... rindu dgn kak Nor & rindu juga dengan update kak Nor yg jadi sumber inspirasi untuk rajin ke dapur... moga ujian demi ujian berlalu pergi... tiap ujian tu ada hikmahnya org kata & juga kerana Allah tu sayang kat kita... syukurlah segalanya dah berlalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun masih tak berapa nak rajin nak reply komen dan duk ngadap pc lama2 ratna.. hehe kalau bab ujian tu mmg tak abis sokmo kan.. tkper.. kita redha dan sabo jer.. :)

      Delete
  5. Welcome back, Kak Nor... Miss you:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq shereen.. miss talking to u too :)

      Delete
  6. Alhamdulillah.. kembali lagi k.nor berblog.. saya selalu juga rujuk disini walaupun k.nor menyepi .. cantik acuan kuih tu k.nor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. mekasih yati.. insyaallah pintu dapur sentiasa tak berkunci :)

      Delete
  7. Sedapapam kampung ni.... n welcome back Noor, nnti bulan puasa mesti ramai yang skodeng SG cari resepi termasuk la kak rose ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih k.rose sentiasa bertandang ke dapur alam maya nor ni.. buat cam rumah sendiri ya.. hehe

      Delete
  8. Assalam puan Nor,
    welcome back dear....
    hope everything has settled and here you are to brighten up the blogging world..
    (apasal speaking pulak ni..heheh)
    kesian kita lonely tau..teman2 seangkatan..ramai yang senyap aje..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam cik puan ayu.. wahh lama tak sembang kan.. alhamdulillah.. semua dah settle tp mcm biasa la.. kerja tak pernah abis hehe

      tkper.. ramai lg blogger lama yg masih on tu :)

      Delete
  9. Alhamdulillah, slmt kembali berblogging K.Nor...moga terus berkongsi resepi2 yg best...nak bln ramadhan ni..mesti blog akak antara ramai pengunjungnya cari resepi istimewa...mekasih sudi cuba resepi apam kampung tu....yatie mmng peminat setia kuih2 mcm ni....hi3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih kembali buat yatie ya.. mmg sedap.. akak makan tanpa kelapa parut hehe

      Delete
  10. alhamdulillah kak nor... welcome back...takpelah 2 atau3 n3 dlm seminggu lieza redha jer... janji kelibat Dapur kak nor tak senyap sunyi...
    psstttt kak nor apam2 kampung camni mmg feberet lieza...dgn lieza sekali dah jd cam apam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ni nak masukkan 2nd entri pun, main duduk bangun jer dpn pc.. bercinta sungguh hehe

      try la buat lieza.. mmg rekomended! :)

      Delete
  11. yeaaa.. kak nor dah kembali.. alhamdulilah.. patutlah sunyi sepi je secubit garam... Apepun selamat kembali kak nor dan jangan lupa sharekan resepi yang best-best.. lagi lagi dh ekata bulan puasa ni.. boleh dapat idea nak masak apa :)

    ReplyDelete