f Secubit Garam: Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

N3 Terkini

Sunday, January 24, 2010

Ikan Goreng Dlm Sos Daun Limau Purut

Menu repeat aje hari ni. Walaupun repeat, sgt2 sedap. Masakan Thai yg cukup dgn rasa masam, masin, manis dan pedas. Cukup menyelerakan. Kalau tak caya tanya Ummi Kuantan, dia pernah masak lauk ni.. kan Ummi kan.. hehe Kali ni K.Nor gunakan ikan tenggiri pulak. Rasa tetap mabeles! Seisi keluarga suka lauk ni. Cuba la..


K.Nor letak sekali lagi resipi yg diambil dr buku masakan Thai ni.. Slmt mencuba..


IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.



Ini pula ayam goreng tandori. Ayam yg digoreng dengan rempah tandori keluaran Maggi. Cukup mudah membuatnya sekadar membancuhkan rempah tandori dgn sedikit air utk menjadikannya paste dan gaul aje dgn ayam yg dah dipotong dan dibersihkan. Perap dan goreng hingga masak. Siap! Mudah aje kan. Sudah cukup dgn rasa rempah, pedas dan masam. Makan panas2 mmg best.



Lama tak tayang set lunch rasanya. So kali ni layan menu lunch K.Nor sekeluarga. Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut, Ayam Goreng Tandori dan Tumis Air Cendawan Bersayur. Alhamdulillah... kenyang dgn rezeki Allah kurniakan...

7 comments:

  1. Salam kak!!misss uuuu
    Tengok ikan tu kak,telan air liuq dibuatnya..leh imagine rasa nih..perhhh... mana nak carik limau purut ni...huk..

    Ayayaiii..cendawan tuu peberet sue tau kak...jangan susah2 tapaukan,sue bawak balik ngan pinggan skali yek..eheee

    Opps..nak ayam seketui...tak penah lak goreng guna rempah tandoori megi tu..kalo bakar mesti sedap gak ler agaknya ek..nak tumpang mkn umah akak ler...

    ReplyDelete
  2. Aaahhh Nor, memaaaangggg sedap ikan dlm sos limau purut tuh...perggghhh!! Leh bertambah2 nasi dibuatnya...hehe...lupakan diet sebentar pada sape2 yang berdiet...ekekee

    ReplyDelete
  3. sue >> miss U 3!! ^___*

    ish kejap nk tapau, kejap nk makan sini.. apa2 aje la sue ya.. :D

    ummi >> betul3... mmg syok abis kan....

    ReplyDelete
  4. salam akak...

    waahhh!! dah banyak ketinggalan pic2 akak yg comel lagi meyelerakan...3 lauk niii memang best leh buat makan lebih dr 1 pinggan ^_^

    ReplyDelete
  5. k nor nak resepi sayur cendawan.. hahaha

    ReplyDelete
  6. syud >> resipi camna ni, cendawan yg dimasak sayur ke? ada dah resipi sup cendawan kat label tu dan kalau nak resipi cendawan atau nak buat cendawan, k.nor hanya buat cendawan tu kat pasar hehe.. tunjuk2 pilih2 dan bayar.. hehe

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete