f Secubit Garam: Daging (Kijang) Samudera

N3 Terkini

Tuesday, January 5, 2010

Daging (Kijang) Samudera


Yep, mmg K.Nor masak daging kijang arini. Bukannya hasil buruan Cik Abg kat hutan ya.. tp hasil pemberian jiran sebelah rumah yg baik hati ni. Tak banyak mana pun dlm 200gm jer cukup la utk sekali makan kami 4 beranak. Alhamdulillah.. dpt merasa daging kijang. Sebenarnya tak berbeza mana daging lembu dgn daging kijang. Cuma tang urat2 dia tu lebih halus dr daging lembu. Lebih kurang cam daging kuda dan daging rusa. ermm daging unta pun sedap.. Semua dah K.Nor rasa, alhamdulillah..

K.Nor masak daging kijang tu dgn menggunakan resipi Daging Samudera by Lelayong. Mudah sgt2 nak masak lauk ni, sedap pulak tu. Thanks Lela, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini.

DAGING SAMUDERA by Lelayong MyR

  • Daging batang pinang-lela buat utk 2 orang makan
  • @ Kicap
  • @ Cuka
  • @ Sedikit gula
  1. Perap daging bersama bahan yg bertanda @ selama setengah jam
  2. Kemudian goreng daging yg diperap sehingga kering, guna api sederhana besar (lela tak gua minyak utk daging ni)
Simple jer kan! Kalau guna daging bahagian lain, boleh la letak air sket utk melembutkan daging tu. oopss!! lupa nk cakap, K.Nor letak 1 sudu besar cili mesin utk menambahkan lagi keenakkan masakan ni. Biasalah kan, K.Nor kan suka ngedit resipi org hehehe

6 comments:

  1. Waaaahhh sedapnya dia dpt makan rusa hari ni..alahaiii sikit eh, xleh la nk tumpang meja..mesti dah licin dah tu..hehe

    ReplyDelete
  2. Wah macam2 daging ada!Hebatlah dah rasa semua...mama dah link blog ni,tk

    ReplyDelete
  3. daging kijang mmg sedap!!! pernah makan gak dulu2!!

    ReplyDelete
  4. Rindunya nak makan daging2 hutan...daging kijang ni paling sedap n manis dalam semua jenis daging penah sue rasa..unta n kuda lum sanggup rasa lagi.eheee.. arnab akak dah rasa ke?sue lum sanggup lagik..tp pelanduk kira puas gak laa merasa..tp dah lama tak mkn..huhu..terliuq lak nih kak..

    ReplyDelete
  5. ummi >> mmg cikit jer tu, cukup ler sekali makan.. sowi tak leh nak offer kat ummi :)

    frodo >> mmg sedap tp tak sampai tahap giler lg bila lepas makan hihihi

    mama ju >> alhamdulillah, rezeki yg tuhan bg.. tq ya sudi linkkan

    ain >> betul2 mmg sedap

    sue >> unta dan kuda pun sedap sue. masa makan daging kuda ingatkan liat, tp lembut jek.. urat2 dia lagi halus. sedap dn manis daging dia.. mmg best. rasanya lagi sedap dr dgg kijang. kalau arnab, sori la, tak tertelan rasanya.. tak sanggup!

    ReplyDelete