f Secubit Garam: Ayam Madras

N3 Terkini

Wednesday, January 6, 2010

Ayam Madras

Dayang, dah siap pun Ayam Madras ni ha... Tapi K.Nor buat terkering sket.. hehe kes duk ralit tang ke lain :) Apapun rasa Ayam Madras ni mmg sedap. Nampak jer bahan2 berderet tp mudah jer membuatnya. Try la menu ni.. Thanks Dayang berkongsi resipi dr buku tu ya.. Nak kopipes resipi kat sini, boleh kan :)

Resepi Ayam Madras

bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam
  • 100 g ubi kentang (dipotong wedges)
  • 10 g bawang putih (dihiris halus) ~ lebih kurang 3 ulas
  • 20 g bawang merah (dihiris halus) ~ lebih kurang 2 bj
  • 15 g halia (dihiris) ~ lebih kurang 1in
  • 4 sb minyak sapi
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 5 sb rempah kari daging
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 biji jus limau nipis
  • 4 biji buah keras (rendam dan kisar) ~ K.Nor tumbuk jer
  • 1 cawan yogurt ( DJ guna 3/4 cawan buttermilk)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair (DJ guna 1/2 cawan shj) ~ K.Nor pun
  • 1 sk serbuk pati ayam
  • 1 tangkai daun kari (DJ added) ~ K.Nor letak gak
  • garam dan gula secukup rasa
  • bahan tumis : 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & 2 cm kulit kayu manis
Cara-cara :
  1. Bancuh serbuk kari daging, jintan manis dan jintan putih dgn secawan air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, daun pandan, ubi kentang, pati ayam lalu dikacau selama 4 minit. Tuangkan sedikit air, buah keras dan susu cair. Masak hingga ubi kentang empuk.
  5. Masukkan yogurt, air limau nipis dan perasakan dgn garam dan gula.


4 comments:

  1. kakkkkk!...nak mintakkkk!!!...aduss...cam tepanggil je ke mari...patutlah nk wat keje pun x tentu arah...hehe...kak, cantik gambar ayam tu...teliuk dibuatnya...mehla anto sket kat umh dyg nun... hehe...

    ReplyDelete
  2. phewwwwwwww ~
    lazat berlemak!


    >>_________<<

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Kak Nor, mintak ayam sepinggan..nak masak sendiri malas lah pulaaaa..

    ReplyDelete
  4. dayang >> laa dayang tak sedar ke td akak duk seru dayang.. dayang... hihihi..

    frodo >> mmg lazat, part berlemak tu boleh kita tukar penggunaan minyak sapi ke minyak sayuran. mungkin rasa lari skeeeet jer kut

    nenie >> w'salam ... apasal malas2 ni.. dh p masak nun, yg akak punya ni dah abis.. :)

    ReplyDelete