f Secubit Garam: Colek Ikan Selar

N3 Terkini

Monday, January 25, 2010

Colek Ikan Selar

Ermmm... lauk ikan lagi hari ni. Tak kisah lah, bagi K.Nor lauk ikan yg stail gini mmg tak puas makan (K.Nor mmg lebih suka lauk ikan dr lauk ayam). Kena pulak dgn nasi panas2 dan ulam. Lagi pun menu ni cik abe yg request, so cik adik kena la layan kan.. Kalau bukan cik adik yg layan, sapo lg nak layan. Kang org lain tulun layan kan.. naya! :)

Kalau ikut resipi asal, Za guna ikan tenggiri sbb tu nama resipi ni Colek Ike Tenggiri. Kebetulan beli ikan selar yg besar dan segar ni smlm so K.Nor guna aje ikan selar ni. Sedap! Hari tu Za pernah suruh try letak daun limau purut menggantikan daun ketumbar. Kali ni K.Nor try dgn daun limau purut, rasanya tetap sedap. Wangi jer bau daun limau tu tp bg K.Nor penggunaan daun ketumbar lagi ummph! hehe terpulang la pada citarasa masing2 kan Za :D

K.Nor mintak izin nk share sekali lg resipi tu kat sini ya Za.. tq!



COLEK IKE TENGGIRI by Zaliana MyR

4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar/ daun limau purut/daun saderi (hiris)

Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)

Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.

Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

3 comments:

  1. betullah kak nor. lauk mcm ni lah yg menambah selera. mkn ngan nasi panas pulak tu!! klu ada ulam, lagi le kawww!!!!

    ReplyDelete
  2. salam k.nor..
    sy pun lbih suka mkn ikn drp ayam/daging. tmbahan pula klu menu bakar2 cmni mmg x cukup nasi dibuatnya.
    re: sup makaroni tu mmg sdap, t.kasih k.nor.

    ReplyDelete
  3. ain >> mmg ada ulam sekali tu masa k.nor makan, ulam daun selom.. best!

    zaiy >> w'salam zaiy.. mmg best kan makan lauk ikan2 ni.. kena pulak ada air asam gitu..

    psst.. resipi sup makaroni tu milik akak nun di Kajang.. :)

    ReplyDelete