f Secubit Garam: Mihun Goreng Tomyam

Saturday, January 30, 2010

Mihun Goreng Tomyam


Ermm.... pucatnyer kaler mihun arini padahal yg real tak la sepucat ni. Ni kes guna kamera tecik la ni.. Kamera gedabak ikut tuan dia g outing dan gader2 dgn geng photog dia kat Dungun. Tak per la ya, pucat2 pun licin gak sbb rupa jer pucat tp tetap pedas. Sesekali layan mihun goreng pun best gak tambah lagi ada keropok lekor goreng yg digoreng garing2. Pastu layan pulak air kopi O.. lagi laaa mengancam!..


Resipi Mihun Goreng Tomyam ni antara resipi terawal yg K.Nor post kat MyR. Alhamdulillah, setakat ni feedback org yg membuatnya berpuas hati dgn mihun yg dihasilkan.. Terima kasih jugak buat mereka yg telah sudi mencuba resipi ni.


MIHUN GORENG TOMYAM
  • 1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
  • 300gm udang
  • 200gm isi ayam
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk sedikit
  • 2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
  • cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut - dicarik2kan
  • sayur kobis - di potong pjg (halus)
  • carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
  • 2 biji tomato - dihiris nipis2
  • 1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
  • daun saderi
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus