f Secubit Garam: Puding Karamel

N3 Terkini

Thursday, January 7, 2010

Puding Karamel

Puding Karamel a.k.a Puding Gula Hangus, antara dessert yg sangat2 sedap kan. Tambah lak dimakan sejuk2, lebih2 lagi kalau utk berbuka puasa. Memang enak. Kali ni K.Nor mencuba resipi Alia MyR yg dah ramai benor duk try dan hasilnya cukup memuaskan hati. Cuma tak la sehalus semulus yg dibuat HaSue. Memang jeles benor tengok puding yg Sue ni buat. Cantik sungguh! Tapi kalau tak sehalus semulus tu pun bila masuk perut hancur gak kan. Ehh silap.. masuk mulut pun dah start hancur.. hehhe. Sue, ayat nyedap hati nih...

Biasanya kalau dikukus mmg selalu dpt puding yg berlubang2. Jadi K.Nor try dgn cara water bath. Alhamdulillah hasilnya lebih memuaskan. Walau ada bintik2 halus namun tak la berlubang2 cam yg kena kukus.Padahal masa mengukus tu tak guna api yg besar dah tu, guna api sedang2 jer. Ikut la ek, nak jadi camna pun. Tak kisah lah sbb hasilnya mmg mabeles!

Alia, mintak izin nak share resipi tu kat sini ya..

PUDING KARAMEL by Alia MyR
  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

Ni spesel utk Gerau yg suka bergebang.. :)
sori la ya akak dah cari yg lebih besor gambo tu tp tak jumpa. Kalau tak nampak g cari kanta pembesar jap ek.. hihi

Ni kalau menggunakan ramekin. Letak ramekin tu dlm loyang besar yg boleh diisikan air. Pastikan guna air mendidih. Dan pastikan oven kita dah cukup panas baru dimasukkan loyang tu dlm oven dan dibakar hingga masak.

Ni kalau guna satu loyang bulat springform. Nampak tak loyang empat segi yg lebih besar tu. Diletakkan air kat dalam tu kan. Dan ada dibalut dgn aluminium foil kat bahagian bawah springform tu utk mengelakkan air masuk ke dlm adunan kek.

Agak2 faham tak adek Gerau
Nanti kalau dah menjadi puding ni, jgn lupa hantar ke K.Nor satu loyang ya.. :)

9 comments:

  1. Salam,
    Kak, Water Bath bagaimana kekdahnya.Kita tak geti sangat term masak-masak yang canggih ni. Tapi memang terhingin sangat nak buat puding ni.

    ReplyDelete
  2. gerau >> w'salam..
    waterbath ni mudah jer.. biasanya org wat ciskek pun guna cara ni
    1. letak loyang puding/kek dlm satu loyang lain yg lebih besar
    2. letakkan air panas didih dlm loyang yg lebih besar tu lebih kurang 1/2 atau 3/4 suku loyang besar
    3. pastu masukkan dlm oven dan bakar la hingga puding/ciskek kita masak
    4. kalau guna spring foam utk bakar ciskek (loyang yg boleh dibukak tepi tu) kena la balut bahagian bawah loyang tu dgn aluminium foil tak nak kasi air masuk.
    jap ek akak cari link tunjuk kaedah waterbath ni

    ReplyDelete
  3. OOoooooooo,(nak buat panjang lagi sebenornya) gitu rupanya. Memang la kita ni buta term macam ni. Gerau rasa macam payah jer buatnya. Orang cam gerau ni la. Bukan boleh harap sangat gerau ni kalau bab buat kuih canggih-canggih ni. Tapi terima kasih banyak-banyak la akak ya terangkan apa tu water bath. Kalau orang cakap lain kali, faham ler kita.
    Tapi kan, tapi kan, memanglah gambor tu tersangatlah keciknya, he he he.

    ReplyDelete
  4. KakNor, gimme some pudding plsssssss! ;)

    I really like ur attitude in sharing tips! Keep it up kak! :)

    ReplyDelete
  5. Aishh..apa plak tak halus kak..tu nampak halus jek tu.sue nyer puding belah tepi luar tu ader lubang2 sket..akak nyer licin jek ek.. tak kesampaian nak tengok yg kena potong..macam taknak bagi kite merasa jek nih..
    Haaa,nih mesti nak bagi seloyang tu terus kannnn kak kannnnn...ngeeee

    ReplyDelete
  6. salam,kak nor..saya nak tanya maknanya aluminium foil tu kena balut lebih tinggi dari air la? nak kena bakar berapa lama? selalu saya kukus tapi belah atas tu selalu tak cantik,jadi kawah..igt nak cuba pulak kaedah yang nih..

    ReplyDelete
  7. gerau >> laa pendek sgt oooo dia ya.. mulut tutup tak tu? masuk lalat kang hihi

    try la dulu tak payah mana pun. guna aje loyang biasa, tak perlu cover bawah dia dgn aluminium foil. cuma tutup kat atas jer dgn foil tu.. try laa. bg k.nor guna cara waterbath ni puding kita lagi cantik dr kukus

    sori ler gerau, akak dah cari bermuka2 surat kat uncle google tu smlm nak cari gambo yg lebih besor, lebih menampakkan kaedah waterbath tu tp yillek ler..

    love >> here u're love.. makan elok2 ya.. hehe

    sue >> tau tak per.. kalau akak potong mmg sue yg sambar dulu kan.. mesti tak cukup.. amik ler yg seloyang tu.. baru puas hati kan.. hehe

    noraasmah >> w'salam..

    kalau kita nak guna springform mmg kena balut dgn foil. kena lebih tinggi dr sukatan air yg nk kita letak. kalau tak air akan masuk. tapi kalau kita guna ramekin, loyang biasa, tak perlu balut bawah tu dgn foil. gerenti tak masuk air dah kan. cuma cover kemas2 kat atas ramekin/loyang biasa tu.

    bakar tu depend pd oven kita gak la. cam oven akak smlm akak bakar 1jam. dgn suhu 150C.

    biasanya kalau kukus kena guna api sedang2 jer. jgn api besar. kalau kuat sangat, tu yg sebabkan puding kita bergelombang rupa dia. cuba la kaedah waterbath ni pulak.. mudah2an menjadi dgn elok ya..

    ReplyDelete
  8. kak nor... kekadang (ikut kerajinan) saya tapis dulu adunan tuh before kukus or bakar.. maka takde ler banyak lubang2 tuh. smooth jer puding tuh jdnyer

    ReplyDelete
  9. rimbun >> selalunya mmg saya tapis dulu adunan. buat yg ni pun saya tapis gak walau tak disuruh dlm kehendak resipi. utk asingkan lendir atau tali pusat telur ayam tu

    ReplyDelete