f Secubit Garam: Yogurt Fried Chicken

N3 Terkini

Tuesday, January 26, 2010

Yogurt Fried Chicken

Akhirnya terlaksana gak nak buat ayam yogurt Love ni. Dah lama peram nak buat tp tak jadi2 gak. Bila dah buat ermmmm...... enak dan rangup jer.. TQ Love, mmg best ayam ni. Boleh buat lagi dan lagi nanti. So K.Nor nak share resipi tu kat sini gak ya.. Tapi K.Nor tak amik kat rumah Love sbb yg Love versi omputis. K.Nor amik kat rumah Mama 3D nun kat Jepun. TQ ya adik2..


YOGURT FRIED CHICKEN by Love

Bahan-bahan
  • Bahan (A)
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
  • 1 cwn/250ml plain yogurt
  • 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
  • 2 inci halia ~ ditumbuk halus
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
  • garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan (B)
  • 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
  • secubit garam
  • -------------------------
  • jus lemon (optional)
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
  2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
  3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
  4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
  5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
  6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang! ;)
  7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

5 comments:

  1. Cuba bayangkan makan ayam ni, dengan coselow dan kentang putar... perhhhhh mesti sedap la! Kak Nor ni bikin naya la, dahlah perut memang tengah nyanyi lagu rock and roll ni, dia tayang pulak ayam malatops dia ni... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. ain >> mmg sedap!!! crunchy jer .. krup krap krup krap! hehe

    mama fami >> hahahahah..nor gelak dulu deh.. siap nyanyi rock & roll tuh.. ingatkan wat tarian gelek inul hihihihi

    ReplyDelete
  3. KakNor...ur YFC looking really tasty lor! Pls pass me some! huaaaaaa!

    Tks for trying it kak! Sorry kak, Love posted the recipe in English in my blog...but the Malay version can be found in MyR. :) Tks to KakHana for promoting it...kekeke ;)

    ReplyDelete
  4. love >> sorry love, tak perasan love ada hantar resipi ni kat myr.. rupanya ina amik kat sana, ingatkan dia translatekan balik.. hehe.. apapun tq ya.. mmg best ayam ni. luqman suka sgt..

    ReplyDelete