f Secubit Garam: Langkawi .. Part 5 ~ The Finale

N3 Terkini

Friday, January 1, 2010

Langkawi .. Part 5 ~ The Finale

DAY 4 @ LANGKAWI ISLAND ~the last day

Dah masuk tahun baru tp citer cuti2 Langkawi tak abis2 gak lagi ya. Nak buat camna, tugas harian membataskan K.Nor utk bercerita sebelum masuk tahun baru. Kalau ikutkan nak settle semua sebelum 2010 menjelang tp tak kesampaian. Tak apa la ya.. kita continue aje. Sila terus menonton bg sesiapa yg sudi. Terima kasih K.Nor ucapkan buat semua yg sudi menonton wayang percuma ni, siap dgn hidangan free gak tuh.. hehehe


Tiba la masa utk berangkat pulang. Tapi tak terus pulang ke rumah, sebaliknya ke Sg Petani pulak lepas ni utk 2 hari. Ada majlis menyambut menantu pada 26 Dec baru2 ni. Sebenarnya secara lebih tepat, menghantar SIL K.Nor yg kawin baru2 ni ke rumah pengantin lelaki di Kg Merbuk, Sg Petani.

Ish.. terlupa pulak. Sila la menjamu selera dgn Big Apple Donut ni ya.. Kudapan kita org kat Jeti Kuah sebelum bertolak balik menaiki feri ke Kuala Perlis.

Ni ada sket lagi... sila2... :)

Amboi anak dara ni, ralit nyer tengok citer G.I. Joe..

Kita org naik feri LADA yg amat selesa ni. Dapat lak tiket duk kat bahagian atas. Special sungguh kita org hari tu sbb tak ada org lain yg duk kat atas tu. Semua duk bahagian bawah jer kecuali kawan suami K.Nor sekeluarga yg turut sama bercuti kat Langkawi.

Tengok tu.. lengang jer kan. Hanya kita org dua famili jer yg ada kat atas tu. Bebas nak duduk kat mana2 pun.

Part yg paling special, kita org dpt masuk kat kokpit dan siap leh posing2 lagi. Bukan main lg dapat lesen besar, shooting masa dia org duk bawak feri tu. Yer la bawak kamera gedabak kan.. lesen pun gedabak gak la.. hehe

Akak nak posing gak!! ^____^


Okey berakhirlah sudah citer2 Cuti2 @ Langkawi. Di harap tuan dan puan berpuas hati dgn cerita dan gambar2 yg ditayangkan.. eh.. eh... jap... ada yg missing ni. ermmmm......Haaaaa.... betul pun. Ada yg missing, kisah kita org kat Taman Buaya!! Ok2 kita pusing balik kejap ya, tengok sket adegan kat Taman Buaya yg kita org lawati pd hari ke 3. Sila duduk balik, kita sambung sket jer lagi. hehehe

Jom ke Taman Buaya....





Kebetulan masa tu ada pertunjukkan bg makan kat buaya2 ni. Memang berani mamat tu.. Dia main lontar2 gitu jer ikan2 yg kat dlm baldi hijau tu. Tapi sebelum tu dia tiup wisel dulu panggil buaya2. Sekali tiup utk panggil makan. Dua kali tiup utk beritau sesi makan dh abis.

Kejap jer bg makan, buaya2 masih belum kenyang. Bukan semua yg dpt makan masa tu. Cuma sebahagian jer. Yer la nama lagi pertunjukkan aje bukan betul2 time makan.


~~~ THE END ~~~


Okey semua.. dah abis. Betul2 dah tamat ni. TQ sudi meluangkan masa menonton ya.. saaaaaayang semua... Jumpa Lagi.. ^___^

2 comments:

  1. salam kak nor...
    seronok baca citer p'cutian akak ^_^ jelessszz pun ada coz liza tak dpt becuti lagi...


    ***suka nengok pic tepi laut...kat 'umah' suami akak tuuu canteeq...ciptaanNYA...akak takut naik kete kebel eeeeaaa ^_^***

    ReplyDelete
  2. liza >> mana ada akak takut, kalau takut tak sampai ler kat atas puncak nun hehe

    ReplyDelete