f Secubit Garam: jom jalan2..
Showing posts with label jom jalan2... Show all posts
Showing posts with label jom jalan2... Show all posts

Monday, June 25, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 5

ASSALAMUALAIKUM...

Salam di pagi Isnin yg terang benderang.. Baru jer abis bergurau senda dgn teman2 kat fb, kisah lelongan hero2 kesayangan.. Memang menghiburkan.. hehe.. Jom kita sambung episod jalan2 ke Jordan, kali ni kita ke Gua Ashabul Kahfi,  lebih kurang 7km dr Amman.




Lawatan ke Gua Ashabul Kahfi ni diteruskan setelah keluar dari Laut Mati (dlm part 4). Ketika ahli rombongan yg menaiki 4 buah mpv sampai ke perkarangan Masjid Kahf Ahlil Kahf, dah hampir waktu Asar, tp matahari masih terik memancar.. mmg panas sungguh! Sementara menantikan org yg akan menceritakan sedikit perihal Gua Ashabul Kahfi, ahli2 rombongan ke masjid dulu utk sama2 berjemaah solat Asar. Yg sedang 'bercuti' tu duk la melepak kat taman di hadapan perkarangan masjid sambil 'tembak' bunga2 yg sedang mekar yg menghiasi sekitar taman kecil tu.. Antara bunga2 yg ada adalah bunga ros dgn pelbagai warna (tak leh nak shoot sgt sbb matahari yg terik, gambar tak cantik ler) dan juga satu bunga yg buat K.Nor sangat teruja, bunga lavender! Bukan senang weh nak tengok lavender dpn mata ni, dapat hidu keharumannya lagi.. Mana ada kat Malaysia, kan! Yg artificial tu banyak ler hehe..

LAVENDER!! ^__^





 Ok lah.. dah layan intro sket tu, jom kita layang Gua Ashabul Kahfi..  Gua di mana 7 org pemuda telah tidur selama 307 tahun dan ditemani oleh seekor anjing yg menjadi penjaga pintu gua,bernama Qitmir. Kisah ni terdapat dlm Al Quran dlm surah Al Kahfi (adalah sangat digalakkan membaca surah Al Kahfi pd malam Jumaat). Kalau nak tau citer lebih lanjut tentang Gua Ashabul Kahfi ni sila ke BLOG NI, sbb empunya blog ni telah menceritakan secara detail kisah tentang 7 pemuda bersama anjing dan juga gua tempat di mana mereka telah tidur selama 309 tahun lamanya.. terima kasih kepada empunya blog.. 


Pemandangan gua dr jauh
Boleh nampak binaan yg terdapat di atas gua tu kan.. tu lah tapak masjid yg telah dibina di zaman dahulu
Pintu masuk ke gua
Ukiran bintang lapan segi yg dikatakan bukti zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke 3 M
Di sebelah kiri pintu gua terdapat 3 keranda batu
Terdapat 4 keranda batu di sebelah kanan pintu gua, salah satunya terdapat lubang (spt yg nampak dlm gambar seorang lelaki sdg mengambil gambar melalui lubang tersebut)
Tulang2 yg dapat dilihat melalui lubang pd keranda batu tu (tak pasti  dr mana asal usul tulang2 tu)
Artifak yg terdapat di dalam gua
Pemandangan  kawasan sekitar dr tapak runtuhan masjid di atas gua
Tapak masjid yg masih ada membuktikan wujudnya bangunan/masjid yg pernah didirikan spt yg terdapat dlm Surah Al Kahfi yg membuktikan situlah letak sebenar Gua Ashabul Kahfi
Lubang yg terdapat di atas gua, yg dikatakan memberikan udara dan cahaya kepada  pemuda2 yg tidur di dlm gua  dulu
Group photo yg cukup kesemua ahlinya ^__^

* Maaf lah, tak dapat nak shoot bahagian dalam gua dgn lebih baik sbb ruang dlm gua tu tak luas mana pun dan pengunjung pulak agak ramai ketika tu (termasuk pengunjung2 lain selain group rombongan K.Nor)

Tuesday, June 19, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 3

ASSALAMUALAIKUM..

Kita teruskan tayangan pengembaraan ke Jordan Part 3 lak ya.. * kali ni semua gambar2 anakanda yg shoot ya.. :)


Awal pagi Sabtu, 2 Jun, K.Nor bersama rombongan parents dan anak2, dengan menaiki 4 buah MPV yg disewa khas oleh anak2 kita org menuju ke destinasi pertama, Makam Nabi Yusha' yg terletak di A Salt. Makam ni terletak di kawasan yg agak tinggi dan dalam satu kawasan dgn masjid. Kebetulan imam masjid ada di situ hari tu dan dialah yg memberikan penerangan tentang Nabi Yusha' AS. Katanya walaupun nama Nabi Yusha' tidak disebut dlm Al Quran tp ada diceritakan dlm surah Al Kahfi bersama Nabi Musa AS. Pak Imam yg memberikan penerangan tu bercakap dlm bahasa Arab dan salah sorang rakan Along (Tg Nadirah,mekasih Irah :) telah menterjemahkan/menceritakan  balik dlm Bahasa Melayu utk memudahkan parents yg tak reti bahasa Arab hehe.. Menurut Pak Imam ni, dia asalnya dr Palestin dan pernah keluar dlm rancangan Jejak Rasul. Orgnya sangat peramah dan baik hati... kiranya glamer gak la Pak Imam ni kan.. :)


Menurut Pak Imam ni, di Makam Nabi Yusha' ni mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' dikebumikan. Katanya tak dpt dipastikan samada jenazah itu sememangnya tinggi atau ditanam di bahagian mana, sama di bahagian atas, tengah atau bawah (mengikut panjang kuburnya tu).. wallahua'lam katanya.. Apa yg pastinya mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' AS disemadikan di situ.




Sehabis dia bercerita sedikit sebanyak tentang Nabi Yusha' AS, dia terus mengadap kiblat dan berdoa (katanya doa org2 musafir insyaallah dimakbulkan Allah.. lebih kurang gitu lah ayat dia ya... hhehe). Semasa duk mengaminkan doa Pak Iman, hati K.Nor terasa sayu sgt.. Tak sangka dapat menjejakkan kaki ke bumi Anbiya yg selama ni tak pernah pun diangan2kan.. Tambah lagi bila pergi ke sana tanpa Cik Abg yg K.Nor tau dia sangat2 nak ke sana, bersama2 menyaksikan sendiri apa yg telah K.Nor alami sepanjang percutian ke Jordan, melihat anak yg bakal menerima ijazah.. mmg buat air mata ku menitik.. Semoga satu hari nanti dia diberikan kesempatan (bersama dgn ai la kan.. heeee...) utk menikmati semua ni biarpun ditempat bersejarah lain pula..amin....


 Bergambar kenangan bersama sebahagian parents dan anak2 (rakan2 Along) yg turut sama pergi 




Keluar dr makam ni, kita org naik ke bahagian atas utk menikmati air yg mata air yg sangat sejuk spt air dlm esbok (sejuk tu rasa mcm letak ais jer). Nyaman sungguh anak tekak dpt minum air fresh dr bumi Allah ni.. Maklumlah kat sana cuaca mmg amat panas terik. Bila dpt minum air yg sejuk ni mmg satu nikmat yg tak terkata.. Alhamdulillah....


Siap ada yg tadah botol bawak balik naik MPV :)


Nampak tak sayup jer pemandangan dlm gambar ni. Kita org pergi ke hujung jalan bersebelahan masjid (ada tembok di sepanjang jalan tu) ukt melihat pemandangan yg terbentang. Disebabkan masjid ni terletak di tempat tinggi, jd mmg nampak jelas kawasan sekitar. Menurut Pak Imam, di seberang lembah (mcm alur kat tengah2 tu) adalah Palestin dan Jericho. Kalau tak silap dlm jarak 31 - 35km gitu la..Palestine di sebelah kanan dan Jericho di sebelah kiri.. Tak jauh sangat dah kalau menyeberangi kawasan tu utk terus ke Palestine kan.. :)

~ ~ ~ ~ ~ ~ X ~ ~ ~ ~ ~


Selepas bertolak dr Makam Nabi Yusha', kami menuju ke Lembah Syuaib utk menziarahi Makam Nabi Syuaib AS. Tak banyak dpt diceritakan tentang kisah Nabi Syuaib AS sbb pencerita yg bertugas aritu tak cerita banyak dan tak mesra sgt. Hanya Tg Nadirah yg memberikan sedikit sebanyak penjelasan tentang kisah Nabi Syuaib AS pd kita org. Masa berada di Makam Nabi Syuaib kami bertembung dgn satu rombongan umrah dr Malaysia yg dikelolakan oleh Andalusia kalau tak silap. Sebab tu tak leh berlama dlm makam tu, utk bg peluang rombongan tu pulak masuk.



Khusyuk kaum ibu (dan nenek) mendengar penceritaan oleh Tg Nadirah..

Seperti biasa, group photo mmg tak leh miss :)


Dah... tutup panggung utk kali ni.. To be continue dgn citer2 kat Laut Mati lak.. Esok2 la ya.. ^__^

Sunday, June 17, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 2

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yg dah dijanjikan sebelum ni, kita teruskan dengan tayangan gambar2 yg diambil sepanjang perjalanan K.Nor ke  bandar Amman pada hari ke dua tibanya K.Nor di bumi Jordan. Jgn komplen ya sbb banyak gambar2 yg blur sbb camerawoman tu shoot dr dlm kereta yg bergerak heee...  

Gambar2 yg diambil ni adalah selepas K.Nor keluar dr perkarangan JUST spt dlm entri INI. Kalau ikutkan tak ada cerita atau gambar yg menarik sgt pd entri kali ni tp sebagai memenuhi impian teman2 lain yg belum berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Jordan, jadi K.Nor tayang la sket gambar sepanjang perjalanan K.Nor ke Amman. 

Untuk pengetahuan semua, kat Jordan ni agak jarang2 ditemui rumah atau bangunan yg berwarna (berwarna terang terutamanya) Majoriti rumah dan bangunan di sana berwarna tanah spt yg dpt dilihat dlm gambar2 dibawah. Ni mungkin disebabkan persekitaran sana yg berdebu menyebabkan debu2 tu mudah melekat pada rumah/bangunan. Dinding2 binaan (rumah/bangunan) boleh dikatakan kesemuanya dipasang tiles yg senada warnanya. Dan disebabkan angin yg kuat dan menyebabkan pesekitaran yg berdebu, pokok2 pun dilitupi debu2 seakan salji kelabu hehe.. Kata Along, time winter atau selepas hujan turun baru lah nampak kehijauan pada pokok2 disana.. Masa tu baru lah nampak cantik persekitaran di sana.. 

Jom la layan sedikit gambar sepanjang jalan ke Amman sambil kita menyelami kehidupan penduduk di sana..  Insyaallah dlm part yg akan datang akan ditayangkan siri jelajah oleh para ibubapa bersama anak2 ke beberapa tempat bersejarah, selama 3 hari berturut dgn menaiki 4 buah mpv.. Bukan tak nak tayang sekaligus, tp tukang membebel ni tak larat nak pilih gambar yg hampir 2ribu tu.. sbb tu perlu dipilih sedikit2 dan dipecahkan kepada beberapa n3..



 3 gambar teratas ni adalah penempatan kaum Badwi yg hanya tinggal di padang, dlm khemah2 jer.

 Ni cantik kan, dia org jual air kopi. 
Mengikut kata Along, Permaisuri Rania  Al Abdullah pernah singgah minum air kopi kat situ.. :)

 Balai bomba ^__^

 Liku2 perjalanan, naik dan turun bukit...


Pemandangan sepanjang perjalanan ke Amman, di sana sini org duk jual kat bahu jalan.. Ada mcm2 yg dijual, tp yg dpt K.Nor pasti adalah kekacang..

 Tp yg paling best tengok dia org jual buah.. cara dia org susun tu, sangat menarik :)

 Empangan air..


 Sesuatu yg sangat menarik bila melihat lori pickup dia org yg kalerful ni.. 
Kebanyakkan lori pickup dia org mmg gini.. :)



ermmm.. dah order sebiji lamborghini kat sini tp dia org silap hantar ke alamat lain kut.. heeeeeeee.....

 Ingat citer NurKasih? Perasan tak ada adegan shopping ke apa ntah kat Mekah kununnya.. tp dlm adegan tu terpampang MECCA MALL ni. Dia org bukan buat shooting kat Mekah tp kat AMMAN! hehe.. Along dah perasan hal ni masa tibi3 duk tayang citer ni dulu lg.. Yg adegan kat padang pasir tu pun kalau tak silap dia org shoot kat WADI RUM (Wadi Rum pun merupakan salah satu tempat kita org lawati hari tu.. mmg syok gi situ, sangat adventure hehe) dan bukan kat Mekah gak .. ramai yg tertipu kan.. ^__^

Jumpa dlm part seterusnya... ^__^