f Secubit Garam: JALAN2 @ JORDAN, Part 4

N3 Terkini

Thursday, June 21, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 4


ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di malam Jumaat.. ermm dah hampir tengah malam baru boleh buat entri.. Siang hari mmg tak sempat, banyak keluar ke situ ke sini.. hanya mereka2 yg tertentu sahaja yg tahu kisah kesibukan K.Nor ni.. Bukan tak nak umumkan atau heboh2kan, biarlah dulu.. Belum sampai masanya lagi.. :)

Berbalik pada entri malam ni, kita sambung lagi kisah pengembaraan ke tanah Arab yg amat panas cuaca ni. Kalau di bandar Amman atau Irbid, pukul 8pg tu matahari dah memancar terik tp badan tak berpeluh, masih rasa dingin bila disapu bayu pagi. Memang selesa berada di sana, berjalan la jauh mana pun, insyaallah badan tak berpeluh. Kalau waktu malam tu, mmg sejuk, bg K.Nor tidur tanpa aircon maupun kipas sudah amat selesa sekali. Tp jgn ler mandi malam2 kalau tak ada water heater.. mmg menggigil badan tau. Tu lah salah satu keseronok dan pengalaman manis berada di Jordan selama 10 hari (2 hari dihabiskan dlm flight jer hehe)


Kalau pada entri Part 3, K.Nor cerita tentang pengalaman menziarahi Makam Nabi Yusha' AS dan Nabi Shuaib AS, entri kali ni adalah kesinambungan pd entri Part 3 tu. Setelah habis menziarahi Makam Nabi Shuaib AS, kami meneruskan perjalanan ke Dead Sea atau Laut Mati. Perjalanan dr Irbid ke Laut Mati ni sebenarnya kalau tak silap K.Nor mengambil masa 5 - 6jam gitu la. (kalau direct dr Irbid ke Laut Mati) maaflah, tak leh nak bg tau jarak yg tepat, nak tanya Along pun, dia skrg ni sedang mengerjakan Umrah di Mekah bersama 4 org kawan rapatnya. Memang cramp montot nak sampai ke sini tambah lagi dgn keadaan mpv yg dinaiki agak uzur seatnya, terasa dilambung2 mcm naik kuda jer hehee..  Laut Mati ni terletak lebih kurang 1300kaki di bawah aras laut, tu yg menyebabkan tempat ni teramat panas! Memang terasa sgt bahang kepanasan bila tingkap mpv tak ditutup bila bergerak.. Ya Rabbi... terasa panas mcm bahang dr oven jer menerpa muka. Dah la tingkap tak tutup sbb aircon tak berfungsi sgt, K.Nor yg duk kat tepi tingkap, nak tutup tingkap kesian kat org belakang takut kepanasan .. sabar jer la masa tu, tahan angin panas tu dgn kipas tangan jer.. 


Bila sampai ke tempat peranginan Laut Mati yg kita org bayar secara pakej tu, sempat la posing kejap utk kenang2an kan.. Bukan senang nak dtg ke mari kan.. Dan sebenarnya bukan seronok sgt dtg ke tempat laknat Allah ni, dlm hati kena ingat kisah2 yg pernah terjadi di situ. Semoga kita mengambil iktibar di atas kejadian yg menimpa Kaum Nabi Luth AS tu..

Kat sini pun ada swimming pool tp rasanya tak masin air kat sini.. biasa2 jer kut (tak mandi situ sbb tu tak tau hehe )



Nasi Kabsa/Kabsah yg sedap tp masinnn ... 

My lunch.. Salad jagung dan ubi kentang goreng tu sedap! 
Yg lain2 tu ... ermm boleh la... ^_^

Sesampai jer kat resort tu, kita org terus gi lunch (lunch mmg disertakan sekali dgn pakej masuk resort). Yer la.. dah jauh2 jalan dan memang time lunch pun masa tu. Alhamdulillah, bermacam2 juadah disediakan, terutamanya dr Arab la.. (makanan jer masuk dlm pakej, airnya kena beli asing) Banyak jenis salad yg disediakan, K.Nor suka salad yg diletakkan isi jagung manis tu. Memang best.. Selain dr tu ada gak makanan western yg disediakan sbb majoriti pengunjung adalah dr negara barat. psst!! sebab tu K.Nor tak leh nak tayang banyak gambar close up dgn Laut Mati sbb banyak sgt sotong kering, udang kering duk berenang2 kat laut mati tu.. Yg terdampar atas darat pun banyak! hehehe faham2 sendiri la ya.. :)



Kalau ikutkan kata Along, kawasan tu adalah kawasan mewah, sbb tu ramai omputih dan org Arab kat situ. Utk tempat awam yg tak berbayar, ada kawasan lain tp kat situ kata Along, banyak giler lalat. Tak tau kenapa kat kawasan mewah tu tak ada lalat padahal banyak jer sotong kering dan udang kering terdampar kat situ kan.. Macam lalat tu reti bahasa lak tak gi berkerumun kawasan tu.. hehe


Nilah rupa garam2 yg terbentuk di gigi air.. Jgn tanya la K.Nor rasa ke tidak tahap kemasinan garam tu ya.. tak sanggup ai tau.. Dah la tempat tu baunya busuk (mcm bau bangkai la lebih kurang.. mmg busuk la.. tak tipu punya..), panas lak tu.. Pasir yg dipijak mmg panas! Kena cepat2 pakai balik selipar kalau dah keluar dr gigi air.. Tak sanggup nak duk lama2 kat situ. K.Nor amik kesempatan gak turun utk rendamkan kaki dan rasa kehangatan air tu. Tak la panas sgt, suam2 jer. K.Nor ceduk sket air dan cuba cium bau air tu, sbb ingatkan bau busuk tu dtg dari air tp tak lah.. Air tak berbau pun. Rasanya pasir dan garam tu yg berbau kut, sbb ada sedikit lumpur dan ketulan kecil garam yg K.Nor bawa balik (letak dlm bekas) dan bila bukak kat rumah Along mmg berbau la mcm kat tempat td tu.. K.Nor buangkan aje sbb takut nanti makin busuk jadinya.

Disebabkan ketumpatan garam yg terdapat di Laut Mati ni yg menyebabkan bila kita mandi di dalamnya, kita akan sentiasa terapung. Tak kira lah org tu pandai berenang atau pun tidak. Tak leh nak letak gambar ya, sbb yg duk mandi manda tu semua tak tutup aurat :)



Dan abis main2 air kat bawah nun, masuk kedai yg menjual bahan2 dr lumpur dan garam Laut Mati. Aksesori, pakaian dan macam2 lagi ada dijual di sini.. Tp sebagai peringatan, harga di sini sedikit tinggi dari  sebuah kedai yg juga menjual bahan2 yg lebih kurang sama (kedai tu terletak dlm arah perjalanan pulang)

Setelah masing2 puas bershopping dan ada yg amik peluang mandi laut dan juga yg mandi kat kolam renang, kami meneruskan perjalanan pulang ke Irbid. Tp sebelum tu sempat singgah kat kedai yg menjual bahan2 spt  yg K.Nor katakan tadi. Kat kedai ni ada pelbagai bahan2 lain yg tak terdapat kat kedai di resort tu. Memang lebih banyak pilihan dan ada yg harganya lebih murah dr yg tadi. K.Nor tak beli apa2 kat sini, sekadar cuci mata jer. Tak berminat sgt dgn benda2 gini.. wat berat beg jer kang nak balik ^__^



Ada juga disedikan air kopi dan teh percuma utk pengunjung tp K.Nor lebih suka minum air kosong dari water cooler yg disediakan di tepi pintu masuk.. 
Syok jer meneguk air yg sejuk tu dgn Along sbb masa tu yg lain2 tak perasan ada air kat situ hehe

Ok lah.. dah nak tengahmalam ni.. kita tutup panggung dulu la ya.. Kang penjaga panggung claim overtime.. susah lak kang.. hehe Mata dah pedih.. tak larat dah nak mengarang lebih panjang lagi.. Ni pun dah berjela2..(Mokwo, popcorn ada lg ke? simpan utk episod seterusnya ya... :) Insyaallah, kita jumpa lagi di part seterusnya...


10 comments:

  1. Salamu aleikum ..

    Kalau mandi kat Laut Mati ni.. kulit terasa macam digidit semut.. "stinging".
    Dekat dgn Laut mati ni ada air terjun ..Ma'in Spring.. tapi airnya panas. Kak Nor masih di Jordan? Kalau sempat datang ziarah saya sekeluarga di Jabal Weibdeh, kurang 5 minit jalan kaki dari Masjid King Abdullah( Masjid yg kubah biru dlm filem NUR KASIH).

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak,pia nak tau boleh?hehehe

    btl kak,ambil pengajaran pergi tmpt ni,bkn nak suka2 sgt

    hehe

    mmg la heaven nya minum air kosong sejuk2 dikala cuaca terik

    ReplyDelete
  3. ai tunggu episod duit kaler pepel tu melayang satu persatu...bila tayangannya tu?

    ReplyDelete
  4. Bestnya la g travel nih...tp ada la sorg customer adda ni gtau kt tempat tu masa dia g sana org ckp tempat tu xbleh mandi sebab apa ntah lupa plk akak tu gtau kihkih..tp selamba jer org mandi tu..

    ReplyDelete
  5. assalam Nor..terima kasih..dah 4 siri akak ikuti ni..seronok tengok gambar2..kalau nak kesana memang tak sampai la kan..dapat tengok gambar yang nor kongsikan pun dah seronok sangat.

    ReplyDelete
  6. Kak Nor,
    Sotong kering and udang kering jer yang terdampar?Masa saya pergi dulu, ikan paus and dugong pun terdampar sama jugak...hehehe.Nice post,Kak Nor:)

    ReplyDelete
  7. Assalam Nor,
    wah seronokya tengok gambar2 diJordan.. .rasa nak pergi juga tapi bilalah tu ya..heheh..nasi kabsa, masin ya Nor, mak kita cakap kalau masak masin itu tandanya orang tu nak kahwin lagi..heheh ..agaknya tukang masak tu ada hajat lagi ke?..heheh..NASI KABSA or NASI KABSA, bilalah nak dapat rasa ya..hehehe

    ReplyDelete
  8. Bila baca entri kak nor ni mengimbau memori saya dulu lah pulak.. kak nor tak mandi ke di laut mati tu.. mak dan abah saya dulu beriya mandi sebab tak tenggelam , timbul jer.. lepas tu mak saya beriye-iye suruh mandi.. penyudahnya dengan jubah2 tu di tolak mak suruh mandi hehehe.. air nya tak panas dan seronok rasanya terapung dipermukaan... bila nak jejak kaki ketanah kena orang lain tolong pegang kaki utk jejak... ohhh rindunya saya..

    ReplyDelete
  9. tahniah cantik gambar2 & cerita yg menarik,

    ReplyDelete