f Secubit Garam: JALAN2 @ JORDAN, Part 3

N3 Terkini

Tuesday, June 19, 2012

JALAN2 @ JORDAN, Part 3

ASSALAMUALAIKUM..

Kita teruskan tayangan pengembaraan ke Jordan Part 3 lak ya.. * kali ni semua gambar2 anakanda yg shoot ya.. :)


Awal pagi Sabtu, 2 Jun, K.Nor bersama rombongan parents dan anak2, dengan menaiki 4 buah MPV yg disewa khas oleh anak2 kita org menuju ke destinasi pertama, Makam Nabi Yusha' yg terletak di A Salt. Makam ni terletak di kawasan yg agak tinggi dan dalam satu kawasan dgn masjid. Kebetulan imam masjid ada di situ hari tu dan dialah yg memberikan penerangan tentang Nabi Yusha' AS. Katanya walaupun nama Nabi Yusha' tidak disebut dlm Al Quran tp ada diceritakan dlm surah Al Kahfi bersama Nabi Musa AS. Pak Imam yg memberikan penerangan tu bercakap dlm bahasa Arab dan salah sorang rakan Along (Tg Nadirah,mekasih Irah :) telah menterjemahkan/menceritakan  balik dlm Bahasa Melayu utk memudahkan parents yg tak reti bahasa Arab hehe.. Menurut Pak Imam ni, dia asalnya dr Palestin dan pernah keluar dlm rancangan Jejak Rasul. Orgnya sangat peramah dan baik hati... kiranya glamer gak la Pak Imam ni kan.. :)


Menurut Pak Imam ni, di Makam Nabi Yusha' ni mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' dikebumikan. Katanya tak dpt dipastikan samada jenazah itu sememangnya tinggi atau ditanam di bahagian mana, sama di bahagian atas, tengah atau bawah (mengikut panjang kuburnya tu).. wallahua'lam katanya.. Apa yg pastinya mmg terdapat jenazah Nabi Yusha' AS disemadikan di situ.




Sehabis dia bercerita sedikit sebanyak tentang Nabi Yusha' AS, dia terus mengadap kiblat dan berdoa (katanya doa org2 musafir insyaallah dimakbulkan Allah.. lebih kurang gitu lah ayat dia ya... hhehe). Semasa duk mengaminkan doa Pak Iman, hati K.Nor terasa sayu sgt.. Tak sangka dapat menjejakkan kaki ke bumi Anbiya yg selama ni tak pernah pun diangan2kan.. Tambah lagi bila pergi ke sana tanpa Cik Abg yg K.Nor tau dia sangat2 nak ke sana, bersama2 menyaksikan sendiri apa yg telah K.Nor alami sepanjang percutian ke Jordan, melihat anak yg bakal menerima ijazah.. mmg buat air mata ku menitik.. Semoga satu hari nanti dia diberikan kesempatan (bersama dgn ai la kan.. heeee...) utk menikmati semua ni biarpun ditempat bersejarah lain pula..amin....


 Bergambar kenangan bersama sebahagian parents dan anak2 (rakan2 Along) yg turut sama pergi 




Keluar dr makam ni, kita org naik ke bahagian atas utk menikmati air yg mata air yg sangat sejuk spt air dlm esbok (sejuk tu rasa mcm letak ais jer). Nyaman sungguh anak tekak dpt minum air fresh dr bumi Allah ni.. Maklumlah kat sana cuaca mmg amat panas terik. Bila dpt minum air yg sejuk ni mmg satu nikmat yg tak terkata.. Alhamdulillah....


Siap ada yg tadah botol bawak balik naik MPV :)


Nampak tak sayup jer pemandangan dlm gambar ni. Kita org pergi ke hujung jalan bersebelahan masjid (ada tembok di sepanjang jalan tu) ukt melihat pemandangan yg terbentang. Disebabkan masjid ni terletak di tempat tinggi, jd mmg nampak jelas kawasan sekitar. Menurut Pak Imam, di seberang lembah (mcm alur kat tengah2 tu) adalah Palestin dan Jericho. Kalau tak silap dlm jarak 31 - 35km gitu la..Palestine di sebelah kanan dan Jericho di sebelah kiri.. Tak jauh sangat dah kalau menyeberangi kawasan tu utk terus ke Palestine kan.. :)

~ ~ ~ ~ ~ ~ X ~ ~ ~ ~ ~


Selepas bertolak dr Makam Nabi Yusha', kami menuju ke Lembah Syuaib utk menziarahi Makam Nabi Syuaib AS. Tak banyak dpt diceritakan tentang kisah Nabi Syuaib AS sbb pencerita yg bertugas aritu tak cerita banyak dan tak mesra sgt. Hanya Tg Nadirah yg memberikan sedikit sebanyak penjelasan tentang kisah Nabi Syuaib AS pd kita org. Masa berada di Makam Nabi Syuaib kami bertembung dgn satu rombongan umrah dr Malaysia yg dikelolakan oleh Andalusia kalau tak silap. Sebab tu tak leh berlama dlm makam tu, utk bg peluang rombongan tu pulak masuk.



Khusyuk kaum ibu (dan nenek) mendengar penceritaan oleh Tg Nadirah..

Seperti biasa, group photo mmg tak leh miss :)


Dah... tutup panggung utk kali ni.. To be continue dgn citer2 kat Laut Mati lak.. Esok2 la ya.. ^__^

16 comments:

  1. salam syg kak nor
    bestnya..insaallah jika diberi kesempatan ingin jugak zila kesana..nak tengok depan mata sendiri..gambar cantik2 kak:)

    ReplyDelete
  2. salam kaknor

    saya follow blog akak
    jemput singgah ke blog saya kak..

    seronoknye dpt pergi ke Jordan
    bl lah sy dpt sampai agaknyer

    ReplyDelete
  3. Terasa sayu hati mama mendengar ceramah Nor hari ini..Hati ini pun berkobar2 ingin melihat dan menghayati sendiri bumi2 ambiya ni..Insyaallah mungkin di suatu hari nanti..siapa tahu kan..rezeki....Part last sekali tu mama nak tergelak bila Nor kata nak tutup panggung buat kali ini..rasa macam dok tengok wayang pula..hahaha,,kelakar la Nor ni..

    ReplyDelete
  4. loor tutup panggung dah..pop corn lum abeh lagik...hihi
    SubhanaAllah...melopong sat!!

    ReplyDelete
  5. tahniah kak nor dan along... lambat sikit sampai bingkisan dari atas gunung neh...

    ReplyDelete
  6. kak Nor...

    Indahnya bumi Allah...best juga dapat tengok live tempat orang kan...episod seterusnya jgn ambik masa lama sgt nk edit etc yer...

    err kak nor, ai baru tengok jelita jun, tenkiu atas daya usaha mu itu...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah syukur kpdNYA kerana nor di beri kesempatan utk melihat bumi anbia dan melihat sendiri anak di ijazahkan..akak doakan semoga suatu hari nanti cik abe dan nor dpt menyaksikan pula anak2 yang lain menerima ijazah masing2 di bumi asing yg lain..^^

    ReplyDelete
  8. W'salam Kak Nor.. tq sudi bercerita kepada kami yang tak sampai lagi kesana.. sha tunggu Part yang seterusnya ya.. tq kak nor muahzz

    ReplyDelete
  9. Ahlan wa sahlan.. tumpang gembira lihat gambar-gambar ni... saya dah 6 tahun tinggal di Amman tapi belum sempat ke makam nabi Yusha a.s. .. cuma ke makam nabi Shuaib a.s.

    ReplyDelete
  10. menarik kisah nabi Yusha a.s ni. bestnyer tgk lawatan kak Nor kesana..banyak sejarah Islam disana kan.semoga saya juga diberikan peluang utk sampai kesana juga nanti..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. teruja utk ke sna jugak bile tgk gmbo2 ni semua...kne kmpl duit dr skrg ni...nk tgk sendiri jugak keindahan bumi di sana...InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Hi Kak Nor darling! Wahhhh baru sempat tgk all 3 entries of Jordan. Thanks for sharing kak..awesome pics! And also wanna grab the cake down here! :)

    Brought u some prawn potato fry...hihi jemput makan ye kak :)

    ReplyDelete
  13. Kak Nor!..Best..Tgk gambo akk..tumpang verangan ja la sampai sana...hehehhe

    ReplyDelete
  14. Turut terharu baca entri kak nor nih.. tumpang seronok jugak baca pengalaman2 kembara ke negara orang.. semoga doa kak nor dimakbulkanNya..aminn :)

    ReplyDelete
  15. Assalammualaikum kak
    jgn sedih ye kak,insyAllah nti dpt honeymoon lagi dgn hubby

    baru tau dekat dgn palestine :(


    sebut palestin,teringat permaisuri Rania

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..

    zila >> w'salam zila.. mmg seronok dpt saksikan sendiri gini zila.. satu pengalaman yg amat berharga buat k.nor :)

    pink lavender >> w'salam.. mudah2an satu hari nanti PL dpt jejakkan kaki kat sana ya..

    mama ann >> hehe.. mana ada ceramah ni ma.. :)

    sekadar berkongsi rasa jer ma :)

    mokwo >> simpan utk show lain lak ya.. :)

    nanti akan ditunjuk yg lebih hebat, pasti lagi indah :)

    sue >> mekasih.. takper.. ada bawak stoberi manis tak? :)

    chah >> takleh la chah, i'm beri2 bizi la dear.. mmg kena amik masa yg lama.. :(

    yw dear :)

    k.anim >> alhamdulillah.. peluang yg datang kan kak nim :)

    amin... mudah2an hendaknya :)

    sha >> salam sha.. k.nor tak leh nak citer cpt2 sha, kekangan masa tak mengizinkan k.nor sebenarnya..

    suad >> mekasih.. oo dah lama la duk amman ya.. kena gi tau makam nabi yushak a.s.. kalau dah gi nanti jgn lupa naik atas tu dan minum air yg nyaman tu ya.. :)

    nieza >> k.nor tak pandai gak nak citer secara tepat nieza... setakat yg dpt catch up aritu jer :)

    amin.. mudah2an nieza ya.. :)

    QH >> bagus niat tu. smoga termakbul hajat tu ya..

    love >> hi love :) ada banyak lg episod tp tak sempat nak teruskan, kena KIV dulu love :)

    thanks for coming & for the potato tu ya.. :)

    sue >> takper sue, verangan tak kena charge, mana tau satu hari nanti sue dpt gi sana kan :)

    sue >> amin.. mekasih sue :)

    pia >> w'salam pia.. dah tk sedih dah.. :)

    mmg dekat jer, seberang lembah jer pia :)

    ReplyDelete