f Secubit Garam: KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA

N3 Terkini

Monday, June 18, 2012

KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA

ASSALAMUALAIKUM..

Hajat di hati nak teruskan entri pengembaraan ke Jordan yg part 3 pulak hari ni tp seharian keluar rumah, balik utk lunch dan solat jer tengahari td pastu keluar lg.. Balik rumah pun dah maghrib, nak sediakan dinner lagi.. Bila dah ngadap pc.. dah amik external hard disc.. pastu start scroll gambar.. ermmm.. mata makin blurr.. makin kuyu.. mood nak pilih gambar pun dah terbang kemana .. last2 bukak folder gambar, edit jer la gambar masakan yg tertunggak ni.. 


Kek ni K.Nor buat sebelum ke Jordan hari tu.. Tak sempat nak post sbb 3 - 4 hari sebelum fly tu mmg amat2 sibuk.. Kalau tak caya tanya Shidah.. hehe.. jumpa dia pun lewat petang dah hari tu. Sorry Shidah ya.. next time kita jumpa lagi bila Shidah balik Tganu :)

Buat kek ni sbb nak clearkan esbok, ada seketul cheese duk syok bersantai dlm tu.. Teringat Mek Ampang tayang kek batik yg diberi nafas baru, eh rupa dan taste baru.. Kebetulan mmg dah ada 2 paket biskut marie perisa kopi kat dapur terus la godek KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA ni.. Alhamdulillah.. mmg sedap! Kek batik kan mmg sedap, ditambah lg dgn adunan dr Kek Lapis Cheese Pesona hero dr Miri nun.. bertambah2 la keenakkan kek hasil kederhakaan Mek Ampang ni..

Sedih betul, K.Nor simpan 1/2 dr kek ni nak bawak ke Jordan, tp lupa nak amik dlm esbok.. :(

Jah, ai copy paste bulat2 jer resipi dr MuffinLover ya.. Mekasih daun keladi ya Jah ..Mekasih pd owner resipi Kek Batik Coklat ~ Milia dan Kek Lapis Cheese Pesona ~ Ryo.. Dan terima kasih gak pd yg terlibat secara langsung dan tak langsung spt Noorsha dan Hasue.. Ramai wehh  pelakun2 tambahan dlm pilem nih.. ^__^ 

KEK BATIK COKLAT CHEESE PESONA
by: Izah IML
sumber : K.Nor@SecubitGaram

LAPISAN COKLAT
sumber: DI SINI

Resepi Asal: Mylla@myresipi.com
Idea :nOORHSA
Sumber : Hasue

Bahan-bahan
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 gm butter
125 gm milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat (tin 505g)-hampir 1/2 tin ikut kemanisan masing2
1 kampit biskut merie * tak habis 1 kampit

Cara-cara
Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya)
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar2. Kacau sehingga cair.*kacau hingga serbuk agar2 larut dan air mendidih.
Setelah itu masukkan butter dan gunakan api yang kecil sekali...
Apabila sudah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya sebati.
Seterusnya masukkan serbuk koko.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lagi....
*boleh rasa cicip kemanisan yang disukai.
Setelah pekat(adunan yang mengandungi agar2 ini tidak akan terlalu pekat seperti resepi asal),boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan...
*untuk kek batik coklat beragar2 ni tak perlu semalaman. Jika cukup sejuk dan set di dalam peti es, sudah boleh dinikmati dan dipotong.


LAPISAN CHEESE
sumber: DI SINI

KEK LAPIS CHEESE PESONA
*izah buat half

resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram & Mas & Zaliedana
Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
*ikut kak Nor guna perisa kopi
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

24 comments:

  1. salam kak nor..
    adoyai...hati tak tahan sungguh melihat menu2 tayangan free blogger masak...semuanya kretif dan menyelerakan...ni kak nor pulak tyg kek coklat cheese..jeles tau..insyaAllah ada masa ryo update blog hijau tu pulak.huuuuuu..tq kak nor

    ReplyDelete
  2. As'kum Kak Noor.. wahh sedap ni.. nak mintak dah selesai kan?? heee jamu mata jelah yaa..:))

    ReplyDelete
  3. Salam.. Wah sedapnya kek ni.. Dah ramai blogger masakan yang mencuba.. Diri sendiri tak tahu bila.. :(

    ReplyDelete
  4. salam kak Nor..

    cantiknya tekstur kek batik kak nor..
    jeles tengok, perfect..

    ReplyDelete
  5. As'salam Kak Nor,

    Cayalah kak! Pelakon tambahan akak semuanya comel molek belaka ;)

    Haishhh ..... bila lah Nina nak buat kek nie. Dah lama terperap resepi nie dlm list Nina.
    Tiup tiup sikit kak Nor.... kasi seru!!
    hehhee . . .

    ReplyDelete
  6. nak jugak laa buat..nmpak cam sdap je,,

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Mula taip panjabg x keluar taip pendek keluar plak.. Hihihi Kak nor cantik sgt.. Boleh la cuba lama dah dok pandang je

      Delete
  8. canteknyer k.norrrrrrrrrrr
    seriyesss terlioq ni
    x pernah try lagik kek batik jenis ni
    oishii sou

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Nor,cantiknya kek batik ni akak biasa tengok yg biasa tak bercheese tu ni rasa nya special dan mesti lebih sedap sbb ada cheese tu,nak try jugak tapi kena kumpulkan bahan2 dulu...

    ReplyDelete
  10. dah upgrade lagi nampaknya rupa kek batik dan cheese persona.. tp serius cantik la kak nor.

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Nor, mesti sedap gabungan antara coklat n cheese tu, mkn tak hingat nih. Sayang pulak kak nor tertinggal untuk di bawa ke jordan kek batik ni.

    Pelakon tambahan tu semua yg popular heheh

    ReplyDelete
  12. Adussss....tak tahan la K.nor.... mesti buat ni... dah terlior giler dah ni...

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum kak

    terpesona sgh dah ni :)

    ReplyDelete
  14. Cantikk jer tekstur keknya..
    Aritu sy try resepi inchik Ryo, mmg sedappp...
    Tapi time nk potong tu tekstur kek sy jd failed skett lerrr... ^_@

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah...lama tak buat kek batik dah lupe pun camne nak buat...jazakallah khair Nor

    ReplyDelete
  16. Kak Nor..
    dapat rasa satu slice kek batik coklat cheese persona pun jadi la..sedap banget kek tu..macam nak buet lagi la..

    ReplyDelete
  17. semputttt.. nk bca lagi story akak kat sini. kene hold kejap.. huhu.. kek dlm esbox tu dh habis ke kk. sejuring leh? bagi rasa sipi2 pun jadik la. kiki

    ReplyDelete
  18. mlm td dah nampak kat fb,mmg terus rasa nak buat jer kebetulan lia mmg dah lama x buat kek batik ni...

    insya'allah nxt week klu ada kesempatan lia akan cuba.. :)

    ReplyDelete
  19. dengan pelakon dan pengarah serta penerbit yg ramai memberikan idea utk hasilkan kek batik coklat dan bercheese ni nampak sgt sedapla..harus dicuba nanti.hehe

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum..

    ryo >> w'salam.. hehe.. dah beranak dah lapis cheese ryo yg sedap tu.. mmg bertambah2 sedap kek ni ryo :)

    jgn lupa update ya.. kang penuh dgn binatang liar :)

    sha >> mmg dah lama abis sha :)

    nur-nba >> w'salam.. try la.. mudah dan sedap

    balqis >> w'salam.. tak la perfect mana tu, sbb layer atas dan bawah tak sama bilangan :)

    nina >> w'salam nina.. tu la kan, mmg tumpang glamer pelakon tambahan yg come lote tu :)

    nak suruh k.nor tiup? k.nor skrg ni mmg mood masak/baking down betul sejak balik jalan2 nih :)

    faa >> slmt mencuba :)

    ita >> jgn lupa buat ya ita :)

    ayu >> akak cantik ya.. tq.. tq.. :) lain kali puji akak slim lak, kut2 masin mulut ayu, boleh akak slim kan.. hehe

    k.noor >> w'salam .. mmg special la k.noor, double kesedapan bila ada cheese tu.. :)

    yaya >> hehe.. makin tinggi la saham kek tu kan :)

    liza >> mmg sedap! try la liza.. psst.. pelakon tu FOC jer hehe

    gee >> dah buat belum?

    pia >> w'salam.. padan dgn nama kek tu kan :)

    sue >> kek ryo tu mmg tak leh lelama kat luar kalau belum dipotong, sbb hanya adunan cheese dan susu kan.. sbb tu mudah jd lembik. so lain kali bila keluarkan aje dr peti ais, terus potong.. baru cantik dan mudah dipotong.

    fidah >> slmt mencuba ya fidah..

    rahel >> nak bg 1/2 slice pun tak leh rahel.. semua dah sold out :)

    lia >> slmt menggodek ya lia :)

    nieza >> hehe. tu pasal ler kek ni jd sedap!! hehe

    ReplyDelete
  21. salam.. kak nor.. dh cuba resepi ni..ikut resepi yg asal tu.. sedap sgt...

    ReplyDelete
  22. wawwi..lapo..hahaha..seb pose,,
    wat ur suggestion if nak inc yogurt sis..
    add to bancuhan cheese,,
    or milo best...
    huhuhu...crazy cheese n yougurts

    ReplyDelete
    Replies
    1. nieazarul, rasanya boleh gak kut tp skip susu tu, kalau tak skip takut nanti jd lembik sgt pulak.. maybe boleh letak 2 - 3 sudu besar yogurt..

      slmt mencuba :)

      Delete