f Secubit Garam: NASI GORENG (IKAN)

N3 Terkini

Friday, June 1, 2012

NASI GORENG (IKAN)

ASSALAMUALAIKUM...


NASI GORENG (IKAN) mmg sinonim dgn org Tganu. Memang selalu dibuat oleh org2 tua dari dulu hingga kini. K.Nor pun mmg suka goreng nasi letak ikan pastu mesti ada pengiringnya iaitu keropok ikan (biasanya org Tganu panggil keropok keping jer) Kalau ada kacang panjang atau kacang botol, hiris2 dan masukkan dalam nasi goreng ni. Memang sedap! Boleh bertambah berpinggan2 tau... hehe.. 


Selain mengguakan ikan goreng boleh juga kalau nak guna ikan panggang atau pun boleh aje guna ikan goreng yg tak abis dimakan. Jadi tak la membazir kan.. :)

NASI GORENG (IKAN)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan beras* ~ tanak hingga masak dan sejukkan
3 ekor ikan selar/selayang/kembung
3 sudu besar cili mesin
1 bj bawang besar ~ dimesin
2 ulas bawang putih ~ dimesin
3 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj telur
kacang botol/kacang panjang ~ dihiris
garam
sedikit gula
minyak

Cara:
Goreng ikan yg dah disapu dgn sedikit garam hingga masak.
Perisi ikan dan ramas/tumbuk hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian tumis cili mesin hingga garing.
Masukkan bawang yg dah dimesin tadi, dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap, sos tiram, garam dan sedikit gula.
Pecahkan telur dan pukul sedikit dgn garfu dan masukkan ke dalam kuali.
Masukkan juga ikan yg dah dihancurkan.
Kacau sebati, kemudian masukkan nasi yg dah dilerai2kan.
Masukkan juga kacang botol ataupun kacang panjang yg dah dihiris.
Kacau goreng hingga rata dan biarkan masak masak seketika.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama keropok ikan dan hirisan timun.
Utk rasa yg lebih pedas bolehlah tambah hirisan cili padi

* cawan rice cooker

13 comments:

  1. lama dah tak makan nasi goreng ikan ni.. ini biasanya makan kat kampung.. mama buatkan.. biasanya guna ikan goreng yang semalam yang tak habis tu.. masih boleh makan.. dari membazir, baik buh dlam nasi goreng.. =)

    ReplyDelete
  2. asslm Kak Nor...wah nasi goreng ikan yer...blum penah mkn lg rasanye...teruja jugak nk tau ni...tp syg la pulak...xde ker gmbo utk resepi ni...hihi

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Kak Nor.
    Dulu kawan sue dari sana memang sllu bawa nasi goreng yg ada ikan dalamnya macam ni. Sedap tau. Emm...Lapooo la pulak..Heee

    ReplyDelete
  4. Assalam Nor
    Thanks for the recipe. Boleh tambah my koleksi :-)

    ReplyDelete
  5. memang best nasi goreng ikan... guna ikan aye goreng pun best jugak...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum akak nor...
    diana x pernah lagi makan nasi goreng ikan... ada bubuh kacang botol lg tu... Alahai!!!! fav diana tu kacang botol... mmg menarik resipi akak nie... kena try nnt... diana kalau kacang botol mmg boleh bertambah2 nasi d buatnya... sedaaappp!!!!

    ReplyDelete
  7. Assalam kak Nor.
    Sedapnya nasi goreng makan dgn keropok.Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  8. As'salam Nor

    hisss...buat terliur aje tengok nasi goreng ikan ni. macam malam ni nak masak nasi lebih2 esok boleh buat ni Nor hehehe.. Insya'Allah. sesekali makan nasi goreng ditengahari okey gak kan. Tapi bab ikan tu kena hancur2kan sikitlah, dan cakap kat anak2 bujangku tu daging salai hahaha

    terima kasih Nor..dalam diam dia duk simpan rahsia eh..hihi

    ReplyDelete
  9. Salam k.nor;)
    Yummy.Menyelerakan.Tak pernah lagi try resepi nasi goreng ikan.Nanti nak trylah..Hihi.Nasi goreng makan dengan keropok keping..waduhhhh! sedap tuh

    ReplyDelete
  10. Walaupun mak kita x pernah masak...mak jiran kita selalu masak, MasyaAllah..

    Terima Kasih kak nor for remind mak kawan saya :)

    ReplyDelete
  11. Assalam kak nor..Ya Allah sedpnya ni lama x makan..mak selau masak macam ni dari sy kecik sampai skrg..hehe..biasalah menu org kelantan n trgganu sama je kan. nak buat nak buat ! terbayang kesedapan nasi goreng ni.. nak2 kalau buh ikan rebus goreng,..

    ReplyDelete
  12. As'Kum Kak Nor waduhh sedap sangat ni.. teringinlah pulak! suapkan boleh tak hehehe

    ReplyDelete
  13. kella >> mmg menggamit memori kan.. :)

    mmg kaedah tak nak membazir yg menghasilkan nasi goreng ikan gini.. tp maintain sedap :)

    QH >> acu cuba try ya QH :)

    sori.. terlupa nak masukkan gambar mula2 tu :)

    sue >> w'salam sue.. mmg sedap nasi goreng gini kan.. nak2 bila ada kropok ikan :)

    CS >> w'salam.. mekasih kembali

    ratna >> tak kira lah ikan aya ke.. semua sedap :)

    diana >> w'salam.. nanti kalau tak jumpa kacang botol, D boleh letak kacang panjang.. pun sedap gak tu :)

    norzie >> w'salam norzie ... mmg sedap.. simple tp sedap.. insyaallah.. :)

    ct >> w'salam.. try la ct, kalau ada lebihan ikan goreng ke ikan panggang ke.. boleh la buat nasi ni, tak la membazir kan :)

    ooo yer kan, anak2 ct tak makan ikan.. kalau gitu, ct tumbuk jer dgn lesung sampai ikan tu lumat.. baru tak nampak ikan tu :)

    hehe.. mmg dah lama ku simpan rahsia itu.. hehe.. tahniah sekali lg ya.. :)

    laskar pelangi >> w'salam...cuba la .. selain dr sedap dan mengenyangkan.. boleh gak elak dr pembaziran ikan goreng yg kalau ada yg berlebihan :)

    CH >> oo yer ke.. dah biasa makan la ni ya.. :)

    mcm fc >> w'salam... alhamdulillah.. tak sia2 k.nor post nasi goreng ni kan.. :) slmt mencuba :)

    sha >> nak suapkan dah la jauh sha, dah abis lak tu.. :)

    ReplyDelete