f Secubit Garam: AYAM GORENG BERSOS BBQ

N3 Terkini

Thursday, March 8, 2012

AYAM GORENG BERSOS BBQ

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. bersua lagi di pagi Khamis yg dingin, hujan rahmat turun dari awal pagi tadi, ni pun masih renyai2 lagi. Syukur Alhamdulillah juga, pembedahan membuang 2 gigi geraham bongsu Along telah selamat semuanya. Kesakitan pun dah makin reda kalau nak dibandingkan masa baru2 hilang ubat bius smlm. Gigi geraham bongsu dia tu mmg complicated sket sbb tu bila nak dibuang dua2 sekaligus smlm tu dia perlu dibius keseluruhan (total bius). Prosedur mmg memakan masa yg agak panjang. Hati emak duk resah jer, kesian dia sorang2 masuk bilik OT tak ada yg menemani. Takperlah.. semua dah berlalu, syukur atas segalanya dan bersyukur juga diberikan teman2 yg memahami dan mendoakan utk keselamatan Along smlm. Terima kasih sekali lagi, semoga Allah juga yg membalas budi baik teman/adik/kakak semua..


Berbalik pd tayangan hari ni, sebenarnya ni menu semalam. Memang niat nak post ptg semalam lepas lunch tp bila dpt panggilan dari Along yg dia dah nak masuk bilik OT, dengar pulak dia sorang2 jer kat situ (semua kawan2 rapat dia ada kelas sbb tak lama lg nak exam) haihhh... hati K.Nor jd sedih dan sebak sgt. Hilang terus mood nak menghapdet, tu pun nasib baik dpt panggilan dr dia tu lepas lunch. Agaknya kalau sebelum lunch mmg tak tertelan nasi... hilang terus selera kut.. 

ehh.. melencong lagi.. patah balik.. hehe.. Masakan ayam ni, resipi terbaru dari Diana @ Melley Mey, memang baru sgt2 sbb pg smlm dia baru jer post kat fb dan kat blognya. Kebetulan K.Nor mmg duk mencari2 resipi ayam utk dimasak sbb smlm Naim dlm perjalanan balik. Org kata pucuk dicita ulam mendatang kan.. terus K.Nor copy resipi. Walaupun ada bahan2 yg tak ada stok kat dapur, kita ejjas la mana yg patut kan. Macam kicap cair tak ada, K.Nor letak kicap manis sedikit tp bancuh sket dgn air supaya tak hitam sgt. Tapi kalau diperhatikan masakan K.Nor mmg lebih gelap dr masakan Diana hehe.. Takperlah .. asal rasa maintain sedap. Betul, mmg sedap. Naim pun kata sedap. Cik Abg pun siap ratah lagi ayam tu. K.Nor buat satu adunan Sos BBQ Special tu dan guna kesemuanya sekali sbb nak biar lauk ni berkuah sket. Pastu K.Nor tambah dgn sedikit cili padi supaya lebih pedas.. lebih pedas lebih ummphh! ^__^


Mekasih Diana kerana sudi berkongsi dgn pelbagai resipi2 yg sedap terutamanya resipi ayam. K.Nor mintak izin nak share kat sini lak ya... TQ :)

AYAM GORENG BERSOS BBQ
resipi : Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ) 
sumber : Diana @ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor

Bahan²
1 ekor ayam ( 1.4 - 1.5 kg ) _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil
1 biji bawang bombay _ dihiris kasar
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 1/2 cawan Special BBQ Sauce*
5 bj cili padi ~ dipotong serong (yg ni K.Nor tambah)
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Daun sup atau daun ketumbar hiris untuk hiasan jika suka

Bahan² Perap
1 tsp kicap cair Loon Kee ~ k.nor letak sedikit kicap manis
1 tsp Maggi seasoning
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor tak letak
2 tsp daun basil kering cincang ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbsp tepung jagung
2 biji kuning telur
1 tbsp gula ~ k.nor letak 1 sudu teh aje
Garam secukup rasa

Cara²
Campurkan ayam bersama bahan² perap dan perap ayam selama 30 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
Kemudian masukkan ayam goreng dan Special BBQ Sos. Gaul rata dan masak seketika.
Tutupkan api dan angkat.
Taburkan hirisan daun sup / ketumbar jika suka.
Hidang bersama nasi putih panas


~ * ~


SOS BBQ SPECIAL
resipi : Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ) 
sumber : K.Nor

Bahan²
3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
5 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee ) ~ k.nor guna 1 sudu besar kicap manis
1/2 tsp serbuk rempah 5 ~ tak ada stok, k.nor ganti dgn cajun :)
1 tsp lada hitam kisar
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

Cara²
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.
Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.
Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.

11 comments:

  1. asslm kak Nor...
    wah awal2 lagi yer dh cuba resepi ni ...
    QH bru berangan nk cuba cuti hujung ni...
    mmg sedap yer resepi ni...ni yg buatkan xsabo juga nk mcuba ni...hehehe

    ReplyDelete
  2. kak nor....mas dah bawa nasi ni..he3

    ReplyDelete
  3. kuahnya sampak pekat dan sedapla kak nor..

    ReplyDelete
  4. Salam K.Nor...nampak kaw2 la dia punya kuah...aih..sedapnya mkn ngan nasi putih je..

    ReplyDelete
  5. Salam kakak cayang! alaaaaaa... baru belek2 resepi bila tgk part bwh sekali kena buat sendirik sosnyer terus terbantut ehehe.. tgh malasss byk2 byk2 ni kak :D eh? bwh tu ada roti sehat! tak pernah buat sendirik, nanti nk cuba jugak :D

    ReplyDelete
  6. Salam Nor..

    Allhamdullilah semua nyer di opermudah oleh NYE..

    Cepat nyer sampai didapur Nor..hehehe mama nie jer yg terkedek2 kdg2 tertggl keteapi :)

    Mmg nmpk sedap & sos nyer nmpk kilat. Dah salin resipi dari dapur Diana hanya menunggu masa jer utk di try ki3x

    ReplyDelete
  7. Terima kasih akak kerana sudi mencuba... Wah tgk ayam yg akak masak nie diana tergoda ler akak.. Tgk ada kuah2 n cili lg.. Lg ler nmpk sedap...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..

    QH >> try la buat.. mmg sedap tp kena tambah cili padi gak la utk kasi lebih rasa pedas dan semestinya lebih rasa sedap :)

    mas >> amboiii siap2 bawak nasi ya.. :)

    TB >> yep.. gravy tu mmg sedap :)

    rahel >> hehe mmg k.nor makan dgn nasi putih jer pun :)

    ijah >> alaa jah.. tak susah pun buat kuah dia tu.. sonang ajo.. buat ler.. kejap jer :)

    mama hawa >> amin.. mekasih ma.. try la ma.. mmg menjilat jari ni ma :)

    diana >> mekasih sudi share resipi yg best ni ya D :)

    ReplyDelete
  9. syira >> rempah 5 tu dlm malay, biasanya disebut chinese 5 spice. biasanya ada kat rak2 rempah di super/hypermarket

    ReplyDelete