f Secubit Garam: GULAI LEMAK KEPAH

N3 Terkini

Saturday, March 17, 2012

GULAI LEMAK KEPAH

ASSALAMUALAIKUM..

Salam di penghujung minggu dan terima kasih buat yg sudi bertandang ke SecubitGaram. Maaf ya, akhir2 ni tuan rumah kurang aktif masukkan post dan juga teramat kurang aktif membalas komen. Insyaallah K.Nor akan balas komen2 kat entri tu, cuma amik masa sket. Dan seperti yg pernah diberitau sebelum ni, mmg SecubitGaram tak akan jadi spt dulu2, hari2 boleh update, kadang tu sampai 2 - 3 post satu hari. Sekarang ni dgn seribu macam hal dan alasan yg tak dapat dielakkan, dpt masukkan 1 entri sehari dah kira cukup bagus. Tapi jgn mengharap gitu ya, mungkin selang sehari K.Nor masukkan entri. Takper lah, asalkan SecubitGaram tak stop sudah la kan.. Insyaallah selagi diberi kesempatan, akan K.Nor hidupkan SecubitGaram ni.


Berbalik pada menu hari ni, menu simple ajer ni tapi bila digandingkan dgn pelakon tambahan spt ikan aya goreng, sambal tempoyak mentah dan ulam2an.. mmg cukup menyelerakan. GULAI LEMAK KEPAH, resipi yg lebih kurang sama jer dgn GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN. Dan K.Nor juga selalu gunapakai resipi ni utk masak GULAI LEMAK KETAM, masakan yg sangat anak2 K.Nor suka.

Jom lah tengok resipi yg tak seberapa ni.  Selamat mencuba, kita jumpa lagi.. insyaallah.. *tuan rumah dlm perjalanan ke Pengkalan Chepa, Kelantan skrg ni. Nak hantar si hero bongsu ke sekolahnya.. Ni entri berjadual jer ya.. ^__^


GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 1/2 kg kepah ~ direndam dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in kunyit ~ ditumbuk
sedikit belacan ~ optional
1 sudu besar cili mesin
2 batang serai ~ diketuk
3 - 5 bj cili api ~ diketuk/belah dua
1 kpg asam gelugur
garam
sedikit gula ~ jika suka

Cara:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
Padamkan api. 
Hidangkan bersama sambal belacan/sambal tempoyak, ikan goreng/panggang dan ulam2an.

10 comments:

  1. Tak pa kak. Janji update. Heeeee. Selamat hujung minggu kak. Hati2 dijalan raya tu. (^_^)

    ReplyDelete
  2. assalam nor..dah hantar anak ye.akak kan hantar esok.
    nor akak dah cuba nasi kabsa..lembik sikit sebab tak kurangkan air..teringqat nor kata..ayam berair..insyaallah nanti dah tau nak adjust air camana.

    ReplyDelete
  3. take care kak. tak hilang pening lagi tu.. banyak kan rehat, nanti demam urat berulang lagi.. lauk gini tekak melayu kita ni mmg kegemaran.. ;-)

    ReplyDelete
  4. Hati2 d jalan raya..semoga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  5. sedap nie knor saya pun suka masakan camnie...tambah lagi ada sambal belachan...nasi bertambah lah.

    ReplyDelete
  6. sedapnyer...terbaik ni...saya suka

    ReplyDelete
  7. assalam kak nor, memang menyelerakan lauk akak ni terliurla. tak pe la kak 1 hari 1 n3 pun dah bagus kan..saya pun mana yg sempat jer la kalau dah bz nk buka blog sendiri pun tak sempat dah. ya la dlm hidup ni apa yg penting kita kena dahulukan kan..semoga SG terus berkogsi resepi lagi nanti:)

    ReplyDelete
  8. oooo, saya tak pernah cuba kepah masak lemak, lain kali mesti cuba, nampak sedap & menyelerakan..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    sue >> insyaallah.. selagi diberi kudrat dan diizinkan Allah.. :)

    k.erna >> w'salam.. dah kak.. biasalah sebelah pantai timur kan skolah start hari ahad :)

    oo lembik ya. nor mmg dah remind aritu kan.. sbb nor buat tu pun sedikit terlembik biasalah kalau kita letak ayam tu.. dgn lemaknya dgn air ayam tu pun keluar gak kan.. cuba lagi nanti kak erna, tp kurangkan sket airnya ya.. :)

    izah >> alhamdulillah.. dah ok dah mek.. tq :)

    sama la jah.. sedap kan lauk2 kampung ni :)

    mama ann >> amin.. mekasih ma :)

    noor >> hehe. k.nor dah angkat bendera putih kalau dgn sambal belacan, so k.nor buat sambal tempoyak mentah jer lawan dgn lauk ni :)

    izan >> mekasih :)

    ummiaisyah >> alhamdulillah mmg sedap :)

    nieza >> w'salam nieza.. tu la.. tambah lg baru2 ni kan cuti sekolah.. jd mmg masa sangat tak mengizinkan. tambah lg anak2 pun guna pc ni kan.. :)

    insyaallah.. selagi diizinkanNya akan akak hidupkan blog yg tak seberapa ni :)

    sari yusa >> try la.. tp jgn lupa pelakon tambahannya ya.. spt ikan goreng dan sambal belacan.. ada ulam2an lg syok :)

    ReplyDelete