f Secubit Garam: FRUTI JELLY ICE CREAM

N3 Terkini

Monday, March 5, 2012

FRUTI JELLY ICE CREAM

ASSALAMUALAIKUM...

Biasanya serbuk konyakku dibuat jelly atau puding jer kan. Pastu kita tambah pelbagai buah2an dlm nya utk lebih sedap lagi time makan tu,  kali ni K.Nor buat versi baru pulak. Ni atas permintaan anak2 yg nak makan stail eskrim pulak. Jadi K.Nor masukkan dlm bekas eskrim, letak buah2an spt biasa dan bekukan. Anak2 K.Nor cukup suka dgn rasa konyakku jelly yg bertukar menjadi eskrim ni.


Kalau nak guna serbuk konyakku yg dlm kotak yg dah ada gula dan perisa boleh ikut jer sukatan dikotak tu dan masukkan potongan buah2an dalamnya. Kalau nak guna serbuk konyakku yg dibeli kat kedai baking (yg repack) bolehlah ikut sukatan dibawah. Kalau suka lebih manis boleh lebihkan sukatan gula. Rasa dulu ikut citarasa masing2, kita yg buat dia kan... ^__^

FRUTI JELLY ICE CREAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10gm serbuk jelly konyakku (plain)
450ml air
7 - 9 sudu besar gula pasir
perisa/esen/paste ~ blueberi@strawberi@pandan(ikut kegemaran)
potongan buah strawberi/kiwi/ nenas dlm tin,/laici/nata d coco (ikut kegemaran)

Cara:
Masak air hingga mendidih dan masukkan gula serta serbuk konyakku.
Kacau hingga gula dan serbuk konyakku larut.
Padamkan api dan masukkan perisa yg disukai.
Boleh juga dibiarkan tanpa perisa (tapi lebih sedap jika ada perisa pada jelly)
Tuangkan sedikit jelly ke dalam mould/acuan aiskrim dan masukkan hirisan buah kedalamnya.
Tuang lagi jelly hingga hampir penuh.
Letakkan penutup mould aiskrim td.
Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dlm freezer.
Biarkan beku dan bolehlah dikeluarkan dr mould dan dimakan.

*Untuk memudahkan masa mengeluarkan aiskrim dr mould, lalukan mould td dibawah air paip seketika.
** boleh juga diletakkan dlm mould kecik2 jika tiada mould aiskrim.

22 comments:

Sally Rashid said...

kalau anak2 saya tengok ni kak nor..mahu dan dan suh saya buat...
budak2 suka..ibu teruja..hehe

Mas said...

kretippppp akak sorang ni.....
mehhhhh sikittt...

Qasey Honey said...

nmpk sggh sedap...nyum2

izahdaut said...

ni mcm eskrim jelly la kan. good idea.. mcm eskrim matcool la kak. kiki

Azura @ cik buaya said...

wah sedap nak cuba jugak :D

Gee® said...

Aduhai k.nor, dh lama tak makan eskrim...bak sini sket...

sabar kagawa japan said...

waaaa kretipnyee kak nor..nk cube jgk laaaa

YAYA AZURA said...

wah kak nor.. kreatif!
sedap eskrem..nak buat jugak la...

Chah said...

Ai like tang "kita yg buat dia kan"...tp masaelah problemnya nk buat tu tk reti...tu yg ari2 tadah muka kat sini...tenkiu kak nor yg mulus... Pen merah pen biru....;)

Wiz said...

This is such a wonderful idea kak! Thanks for sharing.

Cheq Sue said...

wah kak nor, idea yang bagus ni...nak dekat cuti sekolah kalau anak buah balik leh la cuba.. :)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak nor...
waah!! sukanya diana tgk... cantiiik!!! irfan lagiii ler suka tgk... hehehe.. siap kata irfan naaak mummy.. hehehe..

K.Nor said...

assalamualaikum..

sally >> mmg anak2 suka ni sally.. sedap :)

mas >> hihi.. mana ada kretip tu mas.. biasa jer :)

QH >> sgt sedap nak2 time panas :)

izah >> yep.. eskrim jelly la ni.. matkool kawan ku tu ke.. hehe

azura >> slmt mencuba :)

gee >> amik ler gee :)

sabar >> cuba jgn tak cuba :)

yaya >> rasanya kredit kena bg kat anak2 k.nor terutamanya along.. dia yg suggest dr awal ni :)

chah >> yer la tu tadah muka.. mcm la kita boleh nampak muka dia yg diblurkan tu.. acu gok tayang muka datin chah yg cun melecun tu.. nok tengok gok!! hihihih

pen merah pen biru.. ai love u too :)

wiz >> yr welcom wiz :)

cheq sue >> betul tu.. boleh la buat time anak2 ada nanti.. mesti dia org suka :)

diana >> w'salam.. hehe pandai irfan.. nanti suruh mummy buat ya.. :)

Anna Qawina said...

wah..kak nor..kalo guna serbuk agar2 jadik keras ke? hehee
acuan sekerim tu ada je ni haa..
kalo buat ni jadi macam padle pop tu yer..

K.Nor said...

anna >> kalau agar2 jd keras kejung sket la.. kalau guna konyakku jd eskrim yg gedik2 sket bila dah tak beku sgt .. sedap :)

ibh said...

Kak Norr..Nakkk...Kreatip betul la kakak ku ni..

Melly Octaviana said...

wow.. pasti anak anak suka yah.. lain kali melly pun mau buat..hehe

Rohah said...

Bagus idea akak ni..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I too like frozen jellies! This is way too tempting la kak..haih alangkah bagusnya kalau dapat capai a few now ;)

K.Nor said...

sue >> sueeee.. dah abis hehe

melly >> slmt mencuba melly :)

rohah >> sekadar melayan permintaan anak2 :)

love >> owhh.. kalau tau k.nor dah sangkut jelly ni kat yr door dua tiga ketul :)

Rima said...

Betul tu KNor.. Kita yg buat dia.. Ni if buat sure bapak Sonia yg suka hahaha

K.Nor said...

rima >> hehe.. buat jer la kalau sibapak sonia yg lebih suka.. hehe