f Secubit Garam: Mari Meroti...

N3 Terkini

Monday, January 25, 2010

Mari Meroti...

Salam buat semua...

Jom kita makan roti.. Cicah air kopi panas.. ermmm sedap!..



Kali ni mencuba resipi roti baru kat MyR yg dipostkan oleh Sakura>Emi yg menggunakan water roux dlm bahan2nya. Sekarang ni mmg K.Nor suka mencuba roti yg diletakkan water roux. Memang lembut dan gebus roti tu dan tak perlu lagi dah guna bread softener. Sekali buat water roux dpt banyak gak, simpan aje dlm peti ais sbb sekali guna cuma 2 sudu besar jer. Bukannya payah sgt nak buat water roux ni. Mudah jer.


Not bad roti ni ada rasa oren.. Emi, mintak izin ya, nk share pulak resipi tu kat sini.. TQ..



ORANGE BREAD by Sakura>Emi
  • 250gram tepung roti
  • 1 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar marjerin/butter/shortening
  • 1 sudu kecil parutan kulit limau
  • 2 sudu besar gula
  • 125ml susu segar
  • 25ml jus limau
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar water roux
  • bahan-bahan water roux: (resepi asal oleh mamafami) 25 gram tepung gandum dan 125 ml air
  1. Water Roux: Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Sejukkan sebelum guna. kalau nk buat water roux ni byk buat dlm nisbah tepung:air 1:5. Boleh bertahan 3 hari dalam peti ais
  2. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.
  3. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Ambil 45gm dah bentukkan roti hingga habis. Tutup dgn kain basah agar kekal lembab. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 20 – 25 minit.
  5. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.
  6. Simpan roti dalam plastik/bekas kedap udara agar kekal lembut.
  7. Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba.



Ni satu lg roti yg dibuat hari ni. Resipi asal Soft Honey Bun oleh Ros JintanManis tp K.Nor copy resipi kat rumah Ina Mama 3D. Roti ni dah dimake over sket so kena la tukar nama. K.Nor tak letak honey tp gantikan dgn pandan emulco (sbb Luqman suka sgt dgn roti pandan, kena la tukar perisa). So bila tak guna honey kena la letak gula utk memaniskan rasa roti ni.. Tak la tawar jer kan. Sapa2 yg nak tengok versi asal resipi Soft Honey Bun boleh tengok kat rumah Ina atau rumah Ros.. Mekacih utk adik 2 org ni ya....



SOFT PANDAN BUN

Bahan-bahan
  • 250g tepung roti
  • 11/2 sudu kecil dry yis
  • 2 sudu besar marjerin@butter@shortening
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu - hana lebihkan sket (k.nor gantikan dgn 3 sb gula castor)
  • 150ml susu segar @ air suam
  • 2 sudu besar water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sk pandan emulco & sedikit pewarna hijau (yg ni K.Nor tambah)
Cara-cara
Cara jika Menggunakan Tangan

1. Satukan tepung roti ,marjerin dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah.

2. Kemudian masukkan susu segar, madu, water roux, di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara BreadMaker

1.Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih menu dough dan tunggu sampai siap.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Uli 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam.

3. Bakar dalam oven pada suhu 180C ke 170C selama 22 – 25 minit. Gliss mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven dan sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari.

6 comments:

  1. assalamualaikum nor. amboi...sekali meroti..ambik kau!!! 2,3 jenis sekali harung. leh tak saya nak tapau sebuku dua? mmg sedap cicah dgn kopi-o tu!!!

    ReplyDelete
  2. jom kita makan roootiiiii!!!! nak buat tak reti kannnn!!hihi

    ReplyDelete
  3. Kak, bila jengah, nampak kata Water Rock ni... seriau lak. Kang kena buat. Ajor dah akak ajor dah. Payah kalau dapat anak murid lembab cam kita ni. Kita buat ikan ayor asam akak je laaa. hi hi hi.

    ReplyDelete
  4. ita >> w'salam.. ala satu adunan tu dpt 1 loyang tu jer. sekali hadap 4 beranak dah abis. yg buat 2 adunan sbb utk breakfast dan anak2 bawak bekal sekolah gak tuh..

    ain >> try la buat, lama2 reti la tuh.. :)

    gerau >> tak susah pun wat WR ni. bancuh tepung & air dan kacau jer atas api slow. kejap sgt dah jd pun. tak sampai 5 min. kalau lembab kasi lap kering2 aci tak? atau jemur tengah panas sket ke.. or hadap kat depan kipas ke... hihihi

    ReplyDelete
  5. kak nor, water roux ni boleh guna untuk semua roti ke?

    ReplyDelete
  6. wani >> k.nor rasa boleh aje, sbb fungsi dia utk melembutkan roti. tp kalau wani nk cuba jgn letak banyak2 dulu, letak dlm 1 sb jer utk testing ..

    ReplyDelete