f Secubit Garam: Rainbow Marble Pudding

N3 Terkini

Thursday, January 28, 2010

Rainbow Marble Pudding

Rainbow Marble Pudding, resipi asal dr MakLang (kalau tak silap la..) tp K.Nor kopipes dr blog Ummi Kuantan. Meh kita layan puding di kala petang hari ni ya..


MakLang & Ummi, mintak izin ya nak letak resipi tu kat sini utk dikongsikan bersama2 yg lain.. tq..

RAINBOW MARBLE PUDDING by MakLang

Bahan:-

1 paket agar2 serbuk (13 gm)
675 ml air225 gm gula pasir65 gm butter
4 biji telor saiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation (*ummi guna Ideal Nestle)
1 sudu makan tepung kastad
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilabeberapa titis pewarna merah dan kuning
~ k.nor tambah kaler hijau dan biru

Cara Memasak:-
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telor sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..

12 comments:

  1. nor, buat ler 7 warna2 pelangi.... mesti mengancam!!! puding ni mmg sedap...

    ReplyDelete
  2. cantiknya kak nor...molek aje kaler2 tu semua!!!

    ReplyDelete
  3. Salam kenal..akak best la blog ni..bnyak resipi boleh di kongsi..sy ni budak baru belajar. Nak try la resipi baru. Sy add link ye akak. tq.

    ReplyDelete
  4. ita >> fuh.. tak larat la nk main 7 kaler..tak sempat nk tuang dlm loyang, adunan dah pun nk beku. adunan puding ni cepat membeku, so tak leh main lambat2. buat 4 kaler pun yg nk akhir2 tu dah nak membeku pun, kena la cepat2

    ain >> molek ke? mekacih ya ain :)

    wardah >> salam buat warda.. terima kasih sudi bertandang ya.. bukan wardah jer nak belajar, k.nor pun banyak lagi yg nak belajar, banyak lagi yg tak tau. so kita sama2 belajar ya...

    ReplyDelete
  5. Salam Nor...cantiknya warna2 pelangi Nor....berselera nampak!

    ReplyDelete
  6. cantiknya..mesti sedapkan..mcam mana bolih jadi gitu..nak tunggu beku sikit ke..kalau masih panas mau ke dia asing warnanya..akak pernah buat..dia bercampur semua.yang nor buat ni..cantik la..

    ReplyDelete
  7. watie >> pelangi tak cukup kaler tu :)

    erna >> jgn tunggu sejuk. lepas padam api terus jer bancun kaler yg dikehendaki dan terus jer tuang satu persatu dlm loyang. kena buat cepat2 sbb puding ni cepat membeku.

    cara nk buat tu kena sengetkan loyang. letak satu penjuru loyang atas benda yg lebih tinggi spt buku. pastu tuang hampir2 hujung loyang dipenjuru bertentangan yg duk atas buku tu. tuang la layer demi layer. tuang slow2 supaya kaler dia tak bercampur. pastu tuang sampai abis baru betulkan kedudukan loyang. mmg kena buat cepat2 sbb adunan ni mmg cepat membeku.

    ReplyDelete
  8. KakNor...I see colors...I see beauty! hehehe, nakkkk!

    Kalau Love buat, jadi mcm2 plak! hehehe ;)

    ReplyDelete
  9. love >> kalau jd mcm2 tu jd marble la love.. pun cantik gak tu.. sorry dear, semua dah langsai :)

    ReplyDelete
  10. sedappnye nampak. budak2 mesti geram tgk puding colorful mcm ni ;)
    akk, kalau guna agar2 striptu, yg lebih kurang sama berat dia, boleh tak?
    wani dh serik kena tipu ngan agar2 serbuk ni. huhu ;(

    ReplyDelete
  11. emm wani beli powdered agar2 ni takdak brand.
    beli kt baking supplies.

    em, boleh ke replace ngan agar2 biasa tu kak?
    or, akk ada suggestion ttg brand yg ok untuk agar2 serbuk ni? boleh wani cari nanti ;)

    ReplyDelete
  12. wani >> k.nor mmg tak suka guna serbuk agar2 yg jual kat kedai baking. dia org jual banyak dlm satu paket. nak guna kena timbang balik.cerewet sket. biasanya k.nor guna cap bintang emas. sekali beli satu papan. senang, bila nak guna stock insyaallah sentiasa ada.

    kalau nak tukar dgn agar2 strip boleh kut. cuba cari yg berat dia dlm 26gm (senang utk bahagi 2 utk satu adunan) atau yg cap bulan tu yg warna merah tulisannya. yg tu 35gm sepeket (boleh bahagi 3).
    kalau nk mudah hancur cuba rendam dulu sampai lembut dan blend dgn menggunakan air yg diperlukan mengikut kehendak resipi. k.nor rasa cara ni boleh buatkan agar2 tu lebih cepat hancur. try la ya.. mudah2an menjadi

    ReplyDelete