f Secubit Garam: AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

N3 Terkini

Sunday, May 20, 2012

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN

ASSALAMUALAIKUM..

Dari resipi2 Ayam Panggang Rosemary yg dah pernah K.Nor cuba sebelum ni, K.Nor olah situ sini mengikut citarasa anak tekak, terhasilkan AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN. Not bad! Sedap gak kata Cik Abg dan Naim masa meratah ayam ni. 


Dengan aroma rosemary dan jugak rempah cajun tu, menambahkan kesedapan ayam panggang ni. K.Nor lebihkan satu bahagian dada utk buat sandwich keesokkan harinya tapi tak sempat, semua abis diratah 2 beranak tu :)

K.Nor lebih suka ratah kentang dan carrot tu ^__^

Jom semak resipi ayam panggang hasil olahan dari resipi AYAM PANGGANG ROSEMARY dan SLOW ROASTED ROSEMARY CHICKEN yg pernah K.Nor try sebelum ni...

AYAM PANGGANG ROSEMARY BERCAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4
1 sudu besar daun rosemary kering
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil lada serbuk
1 sudu kecil cajun
1 sudu besar kicap
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu kecil jus lemon
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
3 sudu besar butter
1 biji bawang besar ~ dipotong 4
ubi kentang, carrot dan tomato secukupnya

Cara
Ayam yg dah dipotong, dibersihkan dan toskan airnya.
Potong ubi kentang dan carrot, kemudian rebus setengah masak. Ketepikan.
Tumbuk daun rosemary, bawang putih, halia dan lada hitam dan masukkan ke dalam sebuah bekas.
Masukkan bahan2 lain seperti daun rosemary, lada serbuk, cajun, kicap, minyak zaitun, jus lemon, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati. 
Lumurkan kepada ayam hingga rata.
Gaulkan lebihan rempah kepada bawang besar, ubi kentang dan carrot tadi.
Masukkan dalam sebuah bekas dan tutup dgn plastik cling. Perap dalam peti ais selama 1 - 2 jam.
Panaskan oven 180 - 200C.
Susun atur ayam atas dulang/tray yg dialas dgn aluminium foil bersama bahan2 lain.
Taburkan sedikit daun rosemary kering keatas ayam.
Letakkan juga butter diserata bahagian atas ayam.
Bakar ayam selama 1/2 jam.
Keluarkan tray dan asingkan air/jus yg keluar dari ayam tadi ke dalam periuk kecil.
Letakkan pula tomato bersama ayam dan bahan2 lain.
Bakar lagi 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Keluarkan.
Sementara itu,  lebihan rempah yg digaul pada ayam dimasukkan sekali dalam periuk berisi air bakaran ayam tadi.
Panaskan sehingga sedikit pekat.
Susun atur ayam ke dalam pinggan bersama ubi kentang, carrot dan tomato .
Tuang air lebihan ayam yg dimasak tadi keatas ayam.
Sedia utk dihidangkan.


15 comments:

  1. K.Nor....kita x pernah beli rempah cajun tu, selalu tengok je kt super market. Lps ni nk mencuba sb tergoda dgn ayam k.nor tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak nor
    kita pun dh pernah buat ayam nie..tp x buh cajun..wahhh mesti best kan..:) nnt kita nk try jgk la:)

    ReplyDelete
  3. ayam panggang spesel nie..pasar malam xde jual..hheehe..nak tak nak kalau nak makn kena buat sendiri..kena gi cari daun rosemary dn cajun la nampak gayanya..

    ReplyDelete
  4. Salam Kaknor....hehe nampak ayam tengahari nie memang buat kita lapar sangat.Ayam LRC tu memang sedap di tembah lah dengan rempah cajun mesti lagi terangkat.

    ReplyDelete
  5. salam kak nor...
    Boleh cuba ni... sekarang ni tgh excited nak cuba semua resepi ayam panggang....sy minta izin amik resepi ni ya kak nor...

    ReplyDelete
  6. salam kak nor, baru follow blog kak nor nsgt teruja dgn resepi2 yg ada...hehehe...nmpk sedap..nnt one day nak try...hehe :)

    ReplyDelete
  7. Ayam ada, rempah cajun ada, virus m pun ada. masuk list je la dulu.
    Kak tadi saya buat basic dough lagi. memang sedap. tqtqtqtqtqtqtqvm

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak..
    nak tanya, akak guna oven ape ye? saya nk beli oven, tengah survey oven yang sesuai..

    ReplyDelete
  9. zana >> mcm2 masakan boleh dibuat dgn cajun ni zana.. kalau zana taip word cajun kat search box dlm blog ni, rasanya lebih dr 5 resipi yg dah k.nor buat dgn cajun :)

    zila >> cuba buh cajun, insyaallah lagi best :)

    yaya >> hehe.. mana ada org jual ayam panggang cik mary kat pasar malam, tambah lagi ada cajun ni.. try la ya..

    noor >> LRC? apa tu :)

    try la noor, letak cajun dlm ayam panggang mmg lg umphh..

    wana >> slmt mencuba wana.. :)

    nora >> w'salam.. mekasih dan slmt datang.. :)

    slmt mencuba ya..

    sam >> jgn malas2.. nanti perut memulas :)

    mekasih sam.. mmg lembut dan sedap roti yg dihasilkan kan..

    unknown >> tak ada nama ke? lain kali sila tinggalkan nama ya..

    oven ada pelbagai brand dan ada pelbagai fungsi.. terpulang pd jenis mana yg kita nak, api atas bawah yg boleh dikontrol, atas saja atau bawah saja.. ada yg jenis berkipas ada yg ada fungsi gril, yg boleh rotate utk panggang ayam.. sebaiknya gi kedai tu dan tanya jenis apa yg baik. kadang2 jenis yg cap ayam pun kalau kita pandai guna dan benda tu tak banyak ragam insyaallah elok dan long lasting oven tu.. kalau jenis tangan yg ganas, guna yg branded pun ada gak yg cpt rosak. kena kenali peel oven dulu baru dpt hasilkan produk baking yg elok..

    k.nor guna zanussi

    ReplyDelete
  10. trima kasih kak..
    maaf la...ni first time hantar comment kat blog :)
    xtau camna nak letak nama..
    saya siti fairuz

    ReplyDelete
  11. siti fairuz >> maaf ya mungkin k.nor terkasar sket tadi.. harap lain kali letak nama .. gitu pun tak per.. :)

    ReplyDelete
  12. salam kak nor..saya baru je berblog ni..n suka visit blog kak nor...nk tanya kicap yang kak nor guna tuk resepi ni kicap ape ye? kicap cair, kicap masin or manis..maaf ye kak nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. mekasih sudi bertandang ke SG ni ya.. :)

      selalunya k.nor guna kicap manis (jalen) melainkan kalau dlm resipi perlukan kicap masin baru k.nor guna kicap masin

      Delete