f Secubit Garam: SUPER FUDGY BROWNIES

N3 Terkini

Tuesday, May 1, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

ETERNITY FOOD REVIEW 2

ASSALAMUALAIKUM..

Selamat hari pekerja buat semua yg bekerja terutamanya surirumah sepenuh masa. Sudah pastinya hari ni kita tetap bekerja, tak diberi cuti pun kan spt pekerja2 lain yg makan gaji. Memang tak leh amik cuti pun, batang penyapu tetap nak kena pegang dan hayun, sponge kat sink dapur tetap nak kena tenyeh2 kat pinggan mangkuk. Kain baju tetap nak kena basuh, jemur dah lipat. Sememangnya surirumah tetap perlu bekerja walau di Hari Pekerja.. hehe.. agak2 kalau kita claim triple pay, 'majikan' kita bayar tak? Lumayan gak tu kalau betul2 diberi kan.. hehe

Untuk para pekerja tak kira lah bekerja dgn org lain ke, kerja sendiri ke... KERJA LAH DGN AMANAH DAN JUJUR. Dan paling penting kerjalah kerana ALLAH, insyaallah berkat segala apa usaha kita dan rezeki yg kita dapat utk menyara keluarga. Dengan rezeki yg berkat ni lah dapat mendidik anak2 agar menjadi anak yg soleh dan solehah, baik akhlak dan pergaulan.. serta menyejukkan hati kita sebagai ibubapa...


Berbalik pd entri hari ni, ingin K.Nor kongsikan satu lagi resipi yg telah dimuatkan dlm ETERNITY, MEI 2012 yg cover depannya si Arun anak Pak Ajis yg menjadi pujaan ramai kaum wanita akhir2 ni kan (ermmm.... tak termasuk K.Nor tau.. hehe). SUPER FUDGY BROWNIES ni pernah K.Nor post sekali sebelum ni, resipi hasil terjemahan dan olahan CT Delima ( tq ya.. ) yg semakin fofular tu, baru jer keluar majalah AROMA, tahniah CT :)  Kebetulan K.Nor ada buat brownies ni utk Aisyah bawak balik ke asrama masa tu, jadi K.Nor sempat lah posing sket brownies ni dan pilih ia sebagai salah satu resipi yg akan diberikan pada Eternity. Memang sedap brownies ni.. chewwy dan juga yummy! Nak buat pun mudah pulak tu. Pada sapa2 yg belum mencuba resipi brownies ni, jom la buat.. Insyaallah sedap :)





SUPER FUDGY BROWNIES
sumber : CT Delima
resipi olahan : K.Nor

Bahan-bahan:
120 gm mentega
220 gm coklat masakan
190 gm gula perang
130 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
3/4 cawan coklat chip
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee/mocha emulco

Bahan untuk ditabur:
kepingan badam dan coklat chip secukupnya

Cara-cara:
Alaskan loyang 10" x 10" dengan baking paper dan lebihkan bahagian tepi bagi memudahkan kita mengeluarkan brownies nanti.
Gris/sapukan baking paper dgn sedikit mentega. Ketepikan.
Panaskan oven dengan suhu 180C.
Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan coklat chip diayak bersama.
Asingkan coklat chip tadi ke dalam bekas yg lain.
Carikan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Padamkan api.
Kemudian masukkan gula perang dan kacau dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Masukkan pula esen vanila dan coffee/mocha emulco (boleh digantikan dengan serbuk kopi segera) dan kacau lagi.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata secara perlahan-lahan.
Seterusnya masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit.
Kacau hingga rata dan kemudian masukkan coklat chip.
Jangan kacau terlalu lama, sekadar coklat chip bercampur dan tiada nampak kesan tepung lagi.
Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan kepingan badam dan coklat chip.
Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 - 50 minit.
Keluarkan dari oven dan biarkan selama 30 minit, barulah diangkat keluar dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan sejuk dahulu barulah dipotong.
Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing atau boleh juga dimakan begitu saja.

15 comments:

  1. Hari tu nak makan betul brownies, tapi buat brownies simple jek. Ikut tekak suka yang brownies krepot2 gini. Err maksudnya yg merekah2 gitu. Hehe ni spam ke idak ni? Huhu

    ReplyDelete
  2. Ahahaa sukeeeee.. Nampak nampak nampak.. Akaka

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Nor.. wah bestnya! terkecur2 kat sini hah!

    Izah comel hehee.. yahoo akak pun suka komen tak kena spam lagi ekk dik hehhee.... majulah sukan demi negara LOL!

    ReplyDelete
  4. izah >> bronis pun kerepot gak ya jah.. mcm2 pesen!

    haa.. suka sgt la tu dah tk jd miss spam lg :)

    sha >> majulah spammer utk blogger kut sha hehee

    ReplyDelete
  5. Aslmkum kak nor.
    Lmbat sampai, ada lg x ni. Hari ni tekak nak mkn ceklat ja ni. Kebetulan akk pun post ceklat jg. So yummmy la kak. Bertuah aisyah dpt mummy mcm akk ni tau. Heeee

    ReplyDelete
  6. memang nampak sedap. Rasa nak cekut je seketul yang dalam gambar tu.

    ReplyDelete
  7. memang mudah tapi terbuat pun..suka tengok warna pink tu

    ReplyDelete
  8. adeh... lemah betul bila tgk brownies nii.. mula la rasa gatal2 je kat tekak ni.. huhu... sabo.. sabo.. kene teruskan diet dulu.

    ReplyDelete
  9. wuii menggodanyaa..rasa nk membronis lg jek..

    Ni spam ke idak ni kak..maklom laa tjangkit kutu spam dr ijah

    ReplyDelete
  10. wooh arun tuh hemsem banget tapi kalu dia berlakon mokwo taK SUKA TENGOK sebb banyak nya cerita cintan cintun.tapi tengok tv sedap tul kalu dpt seketul dua brownies

    ReplyDelete
  11. As'salam Nor

    ct pun suka brownies ni, nanti nak buat lagi sebab anak2 suka pulak yang ini. kalau kek coklat2 tak suka pulak..hehehe

    aron pun kita tak berapa minatlah, kita minat kat Che Mat kita sorang aje..hahaha.

    Thanks dear muahhh!

    ReplyDelete
  12. Suka buat, tapi tak berapa gemar nak makan... boleh? Lawalah Nor mekapkan brownies... ada love love gituuu...

    ReplyDelete
  13. salam kak... cantik sangat akak deco brownies ni... sayang nak makan... ;)

    ReplyDelete
  14. sedapnya tgk brownies ni..memang lawa bila ada lap u lap me tu..hehe

    ReplyDelete
  15. sue >> w'salam sue.. dah lama pinish ni sue..

    akak yg rasa lebih bertuah punya anak2 mcm anak2 akak nih :)

    ibundo >> acu try cekut k.pah.. dapat tak? hehe

    naz >> try la naz.. simple dan sedap :)

    tun >> gatal tun, try jolik dgn hujung jari hehe

    sue >> hahahhahaha.. miss spammer tu ada bela kutu ke sue? hehe

    mokwo >> mokwo, rasanya dr tengok arun tu baik tengok pokwo kan.. dpt gak pahala hehe

    ct >> w'salam ..

    agaknya budak2 ni dah muak kut sbb dah selalu sgt dgn kek coklat. kat rumah ni pun dah kurang layan dgn kek coklat nih..

    haaaa.. tu dia.. betul kan, baik kita minat laling kita dr minat org lain ehehe

    mamafami >> ehh.. sama la dgn nor, nor pun suka buat gak. lebih suka tengok org lain makan dr sendiri makan ..

    tq ma :)

    fnf >> alaaa.. simple jer tu, kalau org lain buat laaaaaaaagi la lawo deconya :)

    nieza >> penyeri kut lap2 tu kan nieza :)

    ReplyDelete