f Secubit Garam: SAMBAL DAGING UDANG KERING

N3 Terkini

Tuesday, May 15, 2012

SAMBAL DAGING UDANG KERING

ASSALAMUALAIKUM...

Jom layan SAMBAL DAGING UDANG KERING, resipi Diana@Skyblue Kitchen ni. SEDAP!! nak2 bila diratah gitu aje. Naim pun kata sedap ni, tak caya tanya dia ^___^


Izinkan K.Nor share resipi Sambal Daging ni kat sini ya D.. TQ ..  <pendek dah la bicara arini ya... kehilangan modal nak berkata2, kalau ikutkan hati nak buat worldless jer tadi tu :) >


SAMBAL DAGING UDANG KERING
resipi : Diana@ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan²
800 gm daging _ dihiris nipis
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah _ dicincang
3 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 batang serai _ dititik
2 biji cili merah _ dibuang bijinya dan hiris menyerong ~ k.nor guna capsicum merah dan hijau
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor skip
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
1 tsp garam
1 tsp gula
1 1/2 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk cili
1 1/2 tbsp tepung jagung
2 cubit soda bikarbonat
1/2 tsp kicap cair Loon Kee

Cara²
Perap daging bersama bahan perap selama 30 minit - 1 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging seketika ( jangan goreng daging terlalu lama sebab ia akan menyebabkan daging tersebut liat ). Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan serai dan tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging goreng dan gaul rata.
Tambahkan air, air asam jawa dan perencah pati ayam. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.
Setelah kuahnya pekat bolehlah masukkan bawang besar dan hirisan cili merah. Masak seketika.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.


16 comments:

  1. sedapnya...nmpak mcm pedas jer...fuhhh mesti sedap cmpur berasap nih...suka sgt masak kering2 cmni..

    ReplyDelete
  2. sedappnya tengokkk...
    nanti mas beli daging..
    nak try la resepi nie...
    masuk list dulu..he3

    ReplyDelete
  3. Aslmkm kak nor, sila hidang nasik pliss..
    Hee..cam nk buat tp serai n bhn2 sampingan lak xde..simpan dulula

    ReplyDelete
  4. hurmm...
    sekali pandang, nak dua kali.
    tiga kali pandang, macam nak cedok je.
    empat kali pandang masih berkira-kira.
    lima kali, pandang sipi-sipi.
    kali ketujoh, tadek enam sebab cicir kat sekolah tadika, kali ketujohhhh, kita hamik semangkok!!
    baru puas hati...sedap!

    ReplyDelete
  5. assalam k. nor...
    ni yg buat xsabor nak buat ni..
    mintak izin kopipes resepi sambil lap ayor lior :)

    ReplyDelete
  6. boleh try ni...nmpk sedap plak, mkn dgn nasi panas2 mst best ni.....

    ReplyDelete
  7. sedapnyer kak nor!..tapi sayang..wan dok makan daging..tapi boleh ganti dengan ayam kan ;)

    ReplyDelete
  8. kalau resepi dari diana ni memang percaya sgt ianya memanglah sedapp..! dah byk resepi diana yg dicuba.. hehe...

    ReplyDelete
  9. lalu je nii... tumpang tengok, daging2 ni tun mmg xberapa makan. huhu

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. . Klu org msk sue mkn ja. Tp skang ni x bp nak suka daging sgt. Nak masak jg kena tggu ada ramai org kat rmh ni, klu x nnti membazir ja. :))

    ReplyDelete
  11. nak try la esok..smpena hr guru..

    ReplyDelete
  12. K.Nor...kita org lama tak mkn daging, mendiet kononnya. Tapi mcm nak rasa jugak...hemmm...mcm kena buat je.

    ReplyDelete
  13. Sedap aje... Tak kisahlah, diet ke tidak.. Ogyep belasah jugak... Hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam Rindu Nor cayang!!!

    sedap nyer tgk daging nie lama betul tak mkn ...

    ReplyDelete
  15. Salam Kak Nor.. wahh terus kecur..

    kalau makan denan nasi panas ni memang sedap! kecurr kecurrr

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..

    adda >> nak kata pedas sgt2 tak jugak sbb lada capsicum tak pedas mana pun.. try la.. mmg sedap

    mas >> slmt menerai mas.. buat lebih2 pastu antor ke akak ya.. :)

    ana >> amboi sedapnyer mengorder.. gi godek sendiri, daging dah abis :)

    abbot >> haha.. 7x pandang tu.. siap angkut dgn mangkuk.. hehe

    sari >> silakan.. slmt mencuba :)

    mas >> mmg sedap mas.. wangi bau minyak bijan try la..

    wan >> boleh jer.. hiris ayam kecik2. guna bahagian isi jer kat dada tu.. try la

    ratna >> memang! k.nor pun suka cuba resipi D tu.. mmg sedap2 :)

    tun >> alaa.. lalu pun amik la bau sket :)

    sue >> k.nor buat 1/2 jer dr resipi tu pun hasilnya banyakkkkk :)

    myra >> dah buat belum? :)

    zana >> diet dah tak ada dlm kamus k.nor.. diet la cam nak mati pun, jarum timbang dah tak bergerak kekiri pun :(

    ogyep >> betul2.. makan dulu masa boleh makan ni, kang Allah dah tarik nikmat makan, baru la sedih tak leh nak makan lg dah kan :)

    mamahawa >> salam rindu kembali buat mama.. mana pergi ni asyik menghilang jer ma... :)

    try la ma, sedap :)

    sha >> w'salam.. betul tu sha.. mmg sedap.. ehh kalau makan dgn bubur nasi pun sedap gak sha kan :)

    ReplyDelete