f Secubit Garam: AGAR-AGAR NATA DE COCO

N3 Terkini

Monday, May 21, 2012

AGAR-AGAR NATA DE COCO

ASSALAMUALAIKUM...

Ku lihat ijauuuuuuuuuuuuuuuu... ijau kan.. (tu.. kat bawah tu.. hehe..) sejuk mata memandang kaler ijau ni.. Org kata nak bg fresh kan mata yg penat atau nak bg mata terang, kena amalkan tengok warna hijau seperti rumput hijau, sawah hijau, dedaun hijau.. apa aje la ya yg hijau2 tu.. insyaallah.. terang dan hilang penat mata kita tu.. Jgn lak gi pandang yg kaler merah ya... merah tu boleh sakitkan mata kalau pandang lama2.. pandang kejap pun dah naik silau mata.. ni bukan adegan sindir menyindir ya.. ni kenyataan.. acu pandang atau renung baju ke kain ke atau apa aje dlm masa lebih dr seminit.. Gerenti blur atau berpinar mata lepas tu kan.. hehe


Ok lah .. berbalik pd entri hari ni.. AGAR-AGAR NATA DE COCO, projek tergempar hasil godaan CMG kat fb ptg tadi. Bukak jer fb lepas seharian keluar dari awal pagi, (pukul 2 lebih baru balik rumah, duk main tengah panas kat tengah padang sampai dah sunburn muka ku.) tup2 terpandang AGAR-AGAR KELAPA PANDAN CMG yg sangat mengoda jiwa anak tekak. Ingatkan nak wat derk jer tp org kata nafsu org berpuasa ni mmg tak leh nak kontrol tambah lagi dgn perit anak tekak duk main tengah panas. Tengok kehijauan agar-agar CMG tu.. ish... akhirnya ku godek gak agar-agar utk berbuka puasa. Bila tengok resipi AGAR-AGAR KELAPA PANDAN semua bahan2 simple jer, terus zaaaaaasss ku masuk dapur. Memang lah tak ada kelapa pandan mcm CMG guna tu, kita guna jer la benda lain sebagai alternatif. Kiranya versi derhaka la ni ya.. Sebab tak ada kelapa pandan, K.Nor gantikan dgn nata d'coco yg ada 1/2 bekas dlm esbok, lebihan buat konyakku jelly baru2 ni. Jadi bila dah guna nata d'coco kena la tukar nama agar-agar tu kan, dah jadi AGAR-AGAR NATA DE COCO la.. Dah beritau CMG tadi masa tanya sukatan air yg K.Nor nak derhakakan resipi dia ni.. heeee.... Kalau nak tau, K.Nor sempat cuit CMG kat YM jap tadi sbb nak tau tekstur Agar-Agar Kepala Pandan dia tu camna, jenis pejal atau jenis gedik. CMG jawab agar2 dia tu jenis pejal. Disebabkan K.Nor dan ahli dlm rumah ni suka jenis atau versi gedik2 jadi K.Nor tambah lah sukatan air yg digunakan. CMG cadangkan tambah 50 - 60ml air tp sbb K.Nor buat 2 adunan (mmg dah tau agar2 versi kosong gini mmg kegemaran Naim, jd K.Nor buat 2 adunan terus.. disamping males nak sukat agar2 sebanyak 5gm hehe... Dan Naim mmg suka nata d'coco ni, tu yg K.Nor buat 2 adunan terus. Tapi kan.. masa masak agar2 tu, K.Nor tengok cam pekat gak lg adunan agar2 tu, so K.Nor tambah lagi sukatan air. Bila dah dibedah siasat masa berbuka tadi hasil agar2 versi edit tu masih kurang menepati kegedikan yg diingini, masih agak pejal. Rasanya lepas ni kala nak buat lagi K.Nor nak upkan lagi sukatan air supaya dapat menggedikkan lagi agar2 yg terhasil.. ermm panjang pulak kisah agar2 ni ya.. 

Ok lah.. Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak share resipi Agar-Agar Kelapa Pandan tu kat sini lak. Maaf la ya, sbb dah mengedit resipi asal serta cara membuatnya tu. Dek penat sgt dan tak larat dah nak main layer melayer mcm yg Che Mat buat. K.Nor main campak semua sekali dgn warna hijau. Mekasih sekali lg... Ehh.. lupa nak cakap, agar2 ni sedap! Cuma kalau lebih gedik lagi, insyaallah lebih sedap lagi.. agar2 gedik tak per, jgn tuan over gedik ^__^

AGAR-AGAR KELAPA PANDAN
resip asal : CMG@Tiffinbiru

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk agar2 (mat guna cap swallow)
60 gram isi kelapa muda
500 ml air kelapa muda
50 gram gula atau secukup rasa
1 helai daun pandan, simpul
3/4 camca teh pandan pes @ pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan serbuk agar2, gula, daun pandan dan air kelapa muda, kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kelapa muda dihiris halus memanjang dan bahagi kepada 4 bahagian sama banyak.
Keluarkan daun pandan dari agar2 tadi, bahagi kepada dua (250ml setiap satu). Satu bahagian biar warna asal dan satu lagi letak pes pandan atau pewarna hijau, kacau rata.
Sediakan bekas agar, letak 1 bahagian kelapa muda dalam bekas agar2. Tuang 1/4 bahagian warna hijau. Biar ia sedikit mengeras, toreh2kan permukaannya dengan pisau dan tuang 1/4 bahagian yang tanpa warna, biar mengeras dan toreh2 permukaanya. Tabur 1 bahagian lagi kelapa muda dan tuang warna hijau, dan lapisan terakhir warna putih. Lakukan kaedah sama untuk satu bahagian lagi (mat buat guna 2 bekas yang sama). Akan dapat 4 lapisan, hijau ada hirisan kelapa + putih jernih + hijau ada hirisan kelapa + putih jernih..
Biar mengeras sedikit dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan sebagai pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk...


Yg K.Nor buat dan olah (versi org kurang rajin nak melayer mcm yg Che Mat buat :)




AGAR-AGAR NATA D'COCO
resipi asal : CMGebu (Agar-Agar Kepala Pandan)
resipi olahan: K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
10gm serbuk agar2
1200ml air ( air biasa + jus nata d'coco)
gula secukupnya (sbb dah ada rasa manis dr jus nata, jadi kena ikut citarasa masing2)
nata d'coco secukupnya
1 helai daun pandan
sedikit paste pandan dan pewarna hijau

Cara2:
Masak air (air biasa + jus nata d'coco), serbuk agar2, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan paste pandan dan pewarna dan kacau hingga sebati.
Masukkan nata dan biarkan sebentar barulah dipadamkan api.
Basahkan acuan/mould yg akan digunakan.
Tuang adunan agar2 kedalam bekas dan biarkan sejuk.
Bila agar2 dah hilang panasnya barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan bila agar2 dah betul2 sejuk.

8 comments:

  1. Buka aja bloq terus nampak agar2 nata de coco ni..Terasa sejuk aja tekak yang sentiasa dahaga ni..Telan air liur dulu..Kelakar juga Nor ni..Tergelak mama baca..Memang betul..agar2 yang gedik2 tu sedap...hahahaha..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor.. wahh segerr mata memandang, kalau dapat jamah waduhhh terima kasihlah banyak2 hehehehee

    ReplyDelete
  3. aduhhh tergoda nengok agar-agar ni..tp betul kan Kak Noor..bila gedik-gedik ckit agar-agar tu memang sedap...

    ReplyDelete
  4. Agar-aagr is always my favourite. Boleh tahan sabar jelah tengok org buat. Hehehehe... Semalam CMG dah tayang kat blog dia.

    ReplyDelete
  5. adohlaaaaaa... kelakar pulak baca agar-agar gediks tu.. ekekeke..

    ReplyDelete
  6. Aslmkum Kak Nor Cayang..
    Ijoooo ja mata i tau..Heeee...

    ReplyDelete
  7. I see green.. I feel green.. hehehe. Sedapnya agar2 tu kak!!! :)

    ReplyDelete
  8. mama ann >> yer la ma, nak guna word apa tang agar2 yg lembut, tp bukan lembik.. yg lentuk liuk sket.. kang kalau lentuk liuk panjang sgt nak taip.. senang2 gedik la ma kan.. hehe

    try la ma, sejuk anak tekak. nak buat pun simple jer :)

    sha >> hijau sentiasa menyejukkan mata yg memandang kan sha :)

    adda >> betul tu.. k.nor mmg suka agar2 yg gedik2 kalau yg pejal tu kurang suka sket :)


    noni >> k.nor tengok show CMG kat fb terus ku tergoda :)

    ReplyDelete