ASSALAMUALAIKUM..
Kembali bersiaran dgn satu lagi masakan yg tampil dlm majalah online ETERNITY MEI 2012 baru2 ni, UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API. Masakan yg ringkas tp insyaallah menyelerakan. Dengan wangi daun kunyit dan rasa pedas yg membangkitkan selera serta rasa udang yg sememangnya keenakkannya tak dapat digambarkan, pasti kepuasan bagi yg sendang menjamu selera..
UDANG GORENG DAUN KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan:
350 gm udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 - 7 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
2 biji limau kasturi ~ diambil air
sedikit garam
sedikit gula
minyak secukupnya
Cara membuatnya:
Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau.
Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati.
Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Gaulkan udang bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang sehingga bertukar warna dan hampir masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 3sudu besar minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili api dan hirisan daun kunyit. Kacau.
Masukkan pula udang yg dah digoreng tadi, garam dan sedikit gula.
Kacau hingga sebati.
Biarkan masak sekejap dan masukkan perahan limau kasturi.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


sedapnya la udang..udang ni my peberet..kena plk pedas..lgi la..berpeluh sakan la mkn ngn nasi panas2..
ReplyDeleterasa lapar bila tengok udang ni..
ReplyDeletelapo
ReplyDeletetgk udang lapo..
tpi tgh cuti mkn udang
sbb naik gatal2..
kak nor cayang...
ReplyDeletecantikk udang tu beratur tunggu masa di ngapppp....
sedappnya tengokkk....
like pedas2 gini...
kalau tun wat meratah je ni.
ReplyDeleteBaikk punya lending udeng tu ye...sedap isap2 tang kepala tu.
ReplyDeleteP/s, lembab la tenet saya nk bukak eternity tu...kempunan nk nengok resepi k.nor tu...:(
ReplyDeleteWah! Lawanya udang kak Nor.. bersusun elok je, dia dengar tu arahan tuannya, he he hehh Amie pun masak udang juga hari ni kak, serunding udang...
ReplyDeletelawanya tgk udang tu dok berposing...terkiur jer tgk. kalau dapat ni maunya saya meratah gitu jer...hehe
ReplyDeletesimple dan nampak sedap..
ReplyDeleteSalam Nor cayang!!!
ReplyDeleteamboi2x cantik jer beratur... utk dibedal hahaha
kalau mama ratah2 jer best kan tapi tang cili api tuh tolak tepi ah!!
Salam kak Nor.
ReplyDeleteNampak sedap sgt...terbau wangi daun kunyit sampai sini la...huaaa laparrr.
woahhh udang tu macam memanggil daku.. tmrw i no need to send sonia so can terus masak .. err udang ni ker? hehe
ReplyDeleteasslm Kak Nor...wah myelerakan tgk lauk udang tu...mesti sedap sgt ni bile ade aroma daun kunyit dan pedas2 cili api tu...wah tliur jugak sudahnya
ReplyDeletesedapnyeeee tgk udang goreng tu...terliur tgk
ReplyDeleteUdang tu kan Kak Nor, cam tetakut mengerekot je, cam tetau la kita nak hamik satu masukkan lam mulut dengan jayanya...
ReplyDeletefov ni udang lagi la klu pedas2,simple pulak2...(Resepi Kehidupanku)
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteadda >> betul tu.. mmg sedap :)
sally >> nak offer pun dah lama abis nih :)
sidratul muntaha >> alergik ya..
mas >> ia duk kawad baring tu mas hehee
tun >> :)
chah >> cuba chah klik kat entri eternity tu, ada k.nor letak gambar2 dr mag tu
amie >> kalau dia tak dngr arahan tukang masak, nak dengar arahan sapa lg kan.. :)
nieza >> sapa la yg tak suka ratah udang kan nieza.. mmg sedap :)
k.norlie >> nor mmg suka masak yg simple jer sbb tak pandai masak yg grand2 sgt :)
mama >> nor pun tolak tepi gak cili, cuma amik rasa pedas kat sambal dan udang tu jer :)
norzie >> mmg wangi bila letak daun kunyit.. try la
rima >> wowww.. jauh ya org seberang tambak boleh dengar udang memanggil hehehe
QH >> sila buat.. sila buat baru tau keenakkannya :)
mamasyaza >> kena buat la kalau dha terliur tu.. baru dpt merasa :)
abbot >> kalau tak masak mana nak krekot, dah masak gerenti krekot la bot, melainkan pacak dgn lidi baru la tegak jer :)
ain >> simple, insyaallah menyelerakan
Cantiik udang tu posing... Meleleh air liur d buatnya... Nie buat ratah2 pun sedap nie kan akak nor.. :)
ReplyDelete