f Secubit Garam: TAUHU POKET

Wednesday, May 23, 2012

TAUHU POKET

ASSALAMUALAIKUM...

Ampun ya, tak leh nak pot pet panjang2.. Nak keluar ke sekolah anak dara nih.. Dia dah janji nak tunggu pukul 5ptg. So layan gambar jer ya... TAUHU POKET, resipi Che'Iza yg dulunya menetap di Perlis sekarang duk di Melaka nun. Skrg ni Iza masih dalam pantang, selepas selamat melahirkan anak yg ke 4 pada 1 Mei baru2 ni..


Tauhu Poket, yg sangat sedap, di ratah begitu aje... ^___^

TAIUHU POKET
sumber: K.Nor

Bahan-bahan ( 10 biji )
5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam

Cara-cara
Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....