f Secubit Garam: ALMOND LONDON with no almond

N3 Terkini

Thursday, August 1, 2013

ALMOND LONDON with no almond

ASSALAMUALAIKUM...

ALMOND LONDON with no almond.. Selayaknya nak bagi nama apa ya.. ermm... cer bagi idea.. hehe Tuan rumah kebuntuan ni.. Kalau ikutkan nak jer guna nama lain, tp sebab resipinya milik org lain, tak nak la pandai2 tukar nama resipi ni.. Kang jadi kes, naya K.Nor :)


Jadi kita stick jer la dgn nama ALMOND LONDON with no almond ya.. Sebab kat dalam tu tak diletakkan kacang badam yg sebijik2 tu gara2 hero bongsu tak minat kekacang. Dari dibazirkan badam (dah la harga badam bukannya murah pun) jadi K.Nor tak letak la badam dalam tu. K.Nor hanya tambah serbuk badam utk mengenakkan lagi kukis ni. Buat kukis ni bukannya utk raya atau serve masa raya, K.Nor buat ni utk anak2 bawak balik ke asrama terutamanya Luqman yg mmg sukakan kukis ni. (feedback dr Luqman, semua geng2 dia suka sbb kukis ni sedap dan rangup). 

K.Nor mmg melekat dah guna resipi ni. Resipi yg mudah dan senang, Almond London yg dihasilkan pun rangup jer, tak caya tanya Ayu Citarasa Rinduan. Kan Ayu.. hehe

ALMOND LONDON
resipi : Nizamadey MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam  ~ k.nor tambah 50 gm lagi
200g tepung jagung}
300g tepung gandum} ~ k.nor kurangkan 50 gm
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak  ~ k.nor skip
50g badam cincang untuk hiasan 
+/- 700g cokelat compound

Cara :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 
Masukkan esen vanila dan telur, pukul hingga sebati (guna spatula jer)
Masukkan serbuk badam. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi, gaul rata.
Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
Bakar pada suhu 180'C selama 20 - 25 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk atas redai.
Kemudian cairkan coklat dengan kaedah doubel-boil.
Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.
Taburkan badam cincang di atasnya. Biarkan ia kering dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

5 comments:

  1. memang best almond london ni...
    dah abiss sebalang dimakan hubby n anak2 mas...he3

    ReplyDelete
  2. Kegemaran...tp mmg x suka ada kcang

    ReplyDelete
  3. Betul2... Sgttt ranggup..thanks nizamadey ats pengkongsian y ssggt bermakna bt kita2, si suri rumah.

    Rasa xcaya pulak bila mkn. Rasanya sgt sedapp. Umai kata terro ibu.. En zalie kata pandai sayang.. Mak mertua kata sebiji mcm kat kedai. Kedai pun kurang enakk.. Wahhh!!! I likeee


    Kak nor, esok2 Ayu nk bt samalah tanpa almond. Hahaaaaa....tq berkongsi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum knor..wah dah setat wat kuih raya ek..mmg sdap almond london ni....kalau saya makan sebutir-sebutir masuk mulut...=)

    ReplyDelete
  5. samalah.. geng Loman tak suka ada badam dalamnya..! tkasih Nor..

    ReplyDelete