f Secubit Garam: QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN

N3 Terkini

Sunday, August 4, 2013

QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM...

Quick update ya..


Resipi dari dapur TiffinBiru.. Che Mat mmg ada banyak resipi quiche, pilih jer yg mana berkenan di anak mata dan check bahan2 yg ada kat dapur. Insyaallah, tak rugi mencuba.. Mekasih Che Mat, semoga berkat perkongsian yg kita semua lakukan ni..

Quiche Kari Ayam &  Creamy Angel Hair with Basil

QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN
resipi : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHAN PASTRI :
300 gram tepung gandum
115 gram mentega sejuk, didadu kecil
60 gram shortening @ lemak sayur
1/2 camca besar gula aising
1/3 camca teh garam halus
3 - 4 camca besar air ais

BAHAN-BAHAN INTI :
150 gram daging ayam (cm guna bahagian dada). didadu
10 kuntum cendawan butang segar, hiris
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar chili flakes
1 kiub pati ayam
1/3 bahagian red capsicum, didadu kecil
7 tangkai kucai, hiris halus (asingkan sedikit untuk hiasan)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besa air
Secubit gula dan garam (jika perlu)

BAHAN-BAHAN KASTARD :
3 biji telur*
4 camca besar parutan keju cheddar (cm guna mozarella)
4 camca besar susu sejat
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :
UNTUK PASTRY :- Satukan tepung, gula aising dan garam halus ke dalam mangkuk, gaul rata. Masukkan mentega dan lemak sayur, gaul ramas dengan hujung jari hingga mendapat tekstue seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dalam plastik dan sejukkan selama 30 minit.

UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali (cm guna non-stick pan). Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan chili flakes dan rempah kari, kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna.
Masukkan cendawan gaul rata dan tambah kiub ayam (hancurkan). Tambah capsicum dan masak hingga kering sedikit. Masukkan gula, kacau dan rasa, jika perlu, baru tambah sedikit garam. Akhir sekali masukkan hirisan daun kucai, kacau dan matikan api. Sejukkan.

UNTUK QUICHE KARI AYAM BERCENDAWAN :- Keluarkan doh dari peti sejuk, bagi doh kepada 3 bahagian, ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik bersih setebal 0.4 cm, dan biar lebih besar dari acuan. Tanggalkan plastik, berhati2 alihkan ke dalam acuan, kemaskan dan potong lebihan pastry. Buat kaedah sama untuk satu lagi.
Blind bake pastry tadi dalam oven pada suhu 190C selama 15 minit (untuk teknik 'blind-bake', anda boleh rujuk di sini). Keluarkan dari oven. Masukkan inti dalam kedua2 kulit quiche tadi. Sementara itu satukan semua bahan2 kastard dan kacau rata. Tuang ke dalam kulit quiche yang berisi inti tadi. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi dan sambung bakar selama 25 minit lagi hingga kastard mengeras dan permukaan quiche keperangan. Hidangkan suam...

* sebahagian dr parutan keju (k.nor guna keju cheddar), k.nor masukkan dlm adunan kastard manakala sebahagian lg k.nor tabur atas quiche sebelum dibakar.

nota kaki :
Quiche (/ˈkʃ/ keesh) is a savoury, open-faced pastry crust with a filling of savoury custard with cheesemeatfish or vegetables. Quiche can be served hot or cold. It is part of French cuisine, but is also popular in Britain, particularly as party food.


No comments:

Post a Comment