f Secubit Garam: DAGING MASAK KURMA

N3 Terkini

Friday, August 30, 2013

DAGING MASAK KURMA

ASSALAMUALAIKUM...


Bila lama tak update, kotak idea kering, tak tau nak pot pet apa. So kita terus ke resipi hari ni la ya.. ehh resipi minggu ni.. Almaklum ler.. dah seminggu sekali jer hapdet ni ^____^



DAGING MASAK KURMA

Bahan2:
400gm daging ~ dipotong
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1/2 in halia ~ dihiris
2 sudu besar rempah kurma ~ k.nor guna Adabi
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 cawan air
2/3 cawan santan fresh
3 bj ubi kentang 
1 biji tomato
3 - 5 bj cii hijau 
garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yg dihiris. Goreng hingga terbit bau.
Masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit yg dibancuh dgn sedikit air dan kacau.
Biarkan pecah minyak dan masukkan daging. Kacau rata.
Masak seketika, kemudian masukkan air.
Biarkan ia merenih sehingga mendidih dan masukkan ubi kentang.
Bila daging menjadi empuk dan kuah menjadi sedikit pekat, masukkan santan, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masak lagi lebih kurang 5 minit dan masukkan tomato (dipotong 6 atau 8) dan cili hijau yg dibelah 2 (tanpa putus).
Masak sehingga kepekatan kuah yg dikehendak dan bolehlah dihidangkan. 

*sekiranya kuah dah terlebih pekat, boleh tambah sedikit air panas.


17 comments:

  1. biasa masak ayam masak kurma...jarang masak daging...terliur la plak...lapar tunggu lunch ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try buat.. insyaallah sedap :)

      Delete
  2. salam kak..

    sedapnya..lama x makan daging masak kurma..

    ReplyDelete
  3. Kak Nor..Hantaq sikit kat sue. Hari ni malas masak..NGeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haippp.. apa malas2 nih.. g masuk dapur tu :)

      Delete
    2. macam sdap je.macam sdap je..bk try buat la...

      Delete
    3. macam sdap je.macam sdap je..bk try buat la...

      Delete
  4. Makan dengan nasi tomato ( http://cooking-engineer.blogspot.com/2011/12/nasi-tomato.html#axzz2dSpNWS6V ) pun sedap.

    ReplyDelete
  5. Hello there I am so grateful I found your blog, I have bookmarked it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the excellent work.

    ReplyDelete
  6. Sedap ni makan dengan nasi pelangi...wallaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk.. nasi pelangi tak pernah dengar, nasi permata biasa la :)

      Delete
  7. Assalammualaikum..klau nk sedap lagi akak tambah mentega kacang.5 sudu.selamat mencuba.

    ReplyDelete
  8. mmmm..mmg sedap......
    lagi sedap tambah kicap...

    ReplyDelete
  9. Saya dah cuba resepinya.... sedap.. alhamdulillah percubaan pertama..tq admin..

    ReplyDelete