f Secubit Garam: NASI GORENG KAMPUNG aje, tp versi marbeles punya :)

N3 Terkini

Friday, August 2, 2013

NASI GORENG KAMPUNG aje, tp versi marbeles punya :)


ASSALAMUALAIKUM....


syyyyyyhhhhhhhhhhhhhhhhh............. wordless Friday ^_________^

NASI GORENG KAMPUNG MABELES
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
3 cawan beras (cawan rice cooker)
air secukupnya

~ tanak nasi spt biasa.
~ lerai2kan dan  letakkan dlm dulang dan biarkan sejuk.

Bahan2 utk nasi goreng:
kangkung secukupnya ~ dipotong
1 1/2 cawan ikan bilis ~ digoreng garing
5 - 7 tangkai cili kering ~ dipotong/gunting serong
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
7 biji cili padi ~ boleh tambah jika ingin lebih pedas
2 biji telur ~ dikocok
garam
sedikit gula
minyak

Cara2:
Ambil sebahagian dari ikan bilis yg digoreng tadi dan tumbuk hingga hancur. Boleh juga jika nak guna pengisar kering.
Kisar bawang putih, bawang merah dan cili padi.
Panaskan minyak dan masukkan cili kering dan goreng hingga wangi.
Masukkan bahan2 yg dikisar tadi dan tumis hingga garing.
Kemudian masukkan telur dan biarkan mengeras sedikit baru lah dikacau.
Masukkan ikan bilis yg ditumbuk/kisar, garam dan sedikit gula. Kacau.
Masukkan kangkung, nasi dan sebahagian lg dr ikan bilis tadi.
Kacau hingga rata dan masaklah seketika.
Angkat dan hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan keropok ikan.


Alhamdulillah....

** motif wordless??? tuan rumah fenaaaaaaat.. nak g bingggg kejap ^____^









7 comments:

  1. cik nor nmpak sedap...boleh cuba ptg ni

    ReplyDelete
  2. boleh cuba untuk besok, selalu sangat ada lebihan nasi padahal masak tak banyak pun :-)

    ReplyDelete
  3. Dah cuba resepi ni. Sedap menjadi menjilat jari. Terima kasih!

    ReplyDelete
  4. cili kering x perlu blend kak eh ? (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu, goreng gitu jer dgn minyak utk dptkan rasa dan aroma yg wangi

      Delete