f Secubit Garam: SUP TULANG ALA SIAM

N3 Terkini

Thursday, August 22, 2013

SUP TULANG ALA SIAM

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi setelah cuti panjang.. Kalau ikutkan hati, nak terus sambung cuti gara2 blog tak leh nak update dr minggu lepas lg. Ntah ler, ada problem dgn blogger.com ni bila nak start buat entri. Dah try macam2 cara tp tak berhasil. Last2 biarkan aje sbb mood tuan rumah pun merudum aka melayang2 sejak lps raya ni. Dah la kembali berhanimun, kes anak2 dah kembali ke asrama masing2, hero sulong dah mulakan kerja kat spital Dungun.. tinggal ler berduet jer dgn cik abe. Mana la ada mood nak main masak2 lg bila hanya 2 mulut yg nak diisi. Masak pun ala kadar jer (biasa la tu kan hehe). Bila ditambah lg dgn blogger.com yg buat kerenah ni.. lagi ler tahap kerajinan nak update tu menjunam.. Tapi bila dibiar gitu jer dua tiga hari ni, td cuba la masuk nak menerai buka post/draf, ehhh.. elok la pulak dia.. dah keluar balik tempat ngarang (sebelum ni blank jer, yg ada cuma bahagian atas, tempat tajuk tu jer) So amik peluang la update setelah sekian lama bercuti ni.. Rasanya lepas ni, makin kurang la entri terkini dr SecubitGaram. Makin lesu dan makin lemau ler.. Dari 3 - 4x seminggu, mungkin jd 1x seminggu jer kut keluar entri baru. Pastu jd 2 minggu sekali, pastu sebulan sekali hapdet.. lama2 padam terus hehehehe... Tak per la.. dah banyak resipi2 yg dikongsikan dlm ni.. Mana yg berkunjung tu, pilih dan try la masak mana2 resipi yg berkenan di mata dan selera ya.. Semoga perkongsian selama ni memberi manafaat buat semua.. insyaallah...


Kali ni, K.Nor nak kongsikan satu resipi sup yg dibuat masa Ramadhan tempohari. Tak sempat nak update awal2 dek kebizian yg melanda. Resipi yg K.Nor ambil dr blog MesraSelera hasil tayangan amal Rohah kat fb. Sekali pandang terus jatuh hati nak mencuba.. Alhamdulillah.. tak sia2 mencuba sbb SEDAP! Menyelerakan sekali rasa SUP TULANG ALA SIAM ni.. dgn rasa pedas2 dan masamnya tu.. Memang power! Mekasih pada tuan asal resipi Faa dan juga Rohah yg dah berkongsi resipi ni ya.. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini utk rujukan K.Nor dan teman2 lain pulak.. 


SUP TULANG ALA SIAM
resepi;Faa
sumber : Rohah@MesraSelera
sumber : K.Nor@secubitGaram

Bahan-bahan;
1/2 kg tulang
5 ulas bawang merah [tumbuk]
3 ulas bawang putih [tumbuk]
1/2 inci halia [tumbuk]
1 paket rempah sup bunjut untuk sup tulang
1 sudu besar rempah sup serbuk [dikacau bersama sedikit air]
1 sudu sos ikan - saya guna 1 sb
2 biji ubi kentang -[potong 2] saya tak letak
4 biji cili padi [ketuk]
1/2 biji bawang besar kuning [hiris bulat-bulat]
1 biji perahan air limau nipis
1 biji tomato [dibelah 4]
1/2 batang saderi [hiris]
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara Menyediakan;
1.Rebuskan tulang bersama air selama 1/2 jam [saya rebus 1 1/2 jam] sehingga empuk, pastikan air menenggelamkan kesemua tulang.Apabila sudah empuk, ketepikan dahulu rebusan ini.
2.Tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan halia bersama dengan rempah sup bunjut sehingga garing dan naik bau.
3.Masukkan rempah sup serbuk dan sos ikan beserta kesemua air dan rebusan tulang tadi.
4.Tambahkan ubi kentang dan biarkan sehingga 30 minit.
5.Selepas 30 minit masukkan cili padi, hirisan bawang kuning, tomato, saderi dan perahan air limau nipis.
6.Tambahkan bahan perasa, garam dan sedikit gula.Gaul dan sesuaikan rasa.
7.Tutup api dan sedia untuk dihidang.Taburkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


# blog buat hal lagi.. penyakit on & off... adehhh... #


6 comments:

  1. Oooopps....sabar.. sabar... yer cik adik cayang...jgn cepat sgt nk tutup kitab... nanti ai rindu menu2 spesel org ganu tawww.... hehehe...

    ReplyDelete
  2. sy pun baru cadang nak buat sup ala siam ni kak nor.. ada stok daging je.. tp salin resepi kat blog mamasya.. ingat mlm ni nak buat... lawan ngan bihun pun sodap kan..

    re: tahun ni tak beraya kat Tganu kak.. sy raya umah MIL.. mak plak ikut adik beraya kat Alor Star Kedah sbb ada kenduri kakak ipar pd adik sy (anak arwah besan mak) kat sana.. bln 9 ni ada gak kenduri kawin anak sepupu kat Dungun.. tp rasanya mcm takleh nak blk gak sbb en. hubby blom boleh drive kereta sejak2 patah baru ni... masih sambung MC sampai 23/9. sy tak berani nak drive jauh2 sgt.. penatlah. baru ni blk raya pun sy sorang yg drive.. dr PJ ke Keratong (blk kg sy dulu sbb nak jumpa bomoh patah), pastu ke Raub (beraya). Dari Raub ke Keratong semula (nak jumpa lg bomoh patah) pastu baru blk PJ... adeeii.. letih dibuatnya.. hehe)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... penawarnya sup tulang ala siam tu ye k.nor... tergoda saya tengok... nak cubalah :D

    ReplyDelete
  4. Salam Nor cayang.... wooo.... siam mali....hehee.... ingat nak buat sup tulang gak esuk tapi Along selalu buat sempoi2 je.

    ReplyDelete
  5. sedaknyer k.nor..nok wat terus rasa harini.buat buka pose

    ReplyDelete
  6. wah.. dah lama dah cari resipi sup ala-ala siam ni..
    nak try lah.. kalau xde sos ikan tu xpe ke?
    xpernah plak masak guna sos ikan sebelum ni. Huhuhuhuhu..

    ReplyDelete