f Secubit Garam: ISTANA IDAMAN

Thursday, August 18, 2011

ISTANA IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM..

Hehehe.. Betul apa, tu lah istana idaman kalbu.. Syok kan, kalau dapat duk kat istana, dgn kemewahan serba lengkap, dgn dayang2 yg melakukan segalanya buat kita.. Pastu ada tukang masak, yg sedia setiap masa utk menyajikan segala keinginan nafsu nak makan apa..Tak payah penat2 buat kerja harian ( terutamanya melipat baju! haha kerja paaaaaaaaaaling 'disukai') huhhh angan2 mat jenin la tu.. Sebenarnya K.Nor takut andai diberi kemewahan yg melimpah ruah. Kemewahan sebegini mengasyikkan dan yg pastinya melalaikan dan kemewahan juga boleh mengundang pelbagai penyakit hati dan pastinya makin mewah kita makinlah kita diuji dgn pelbagai ujian mental dan fizikal. Cukuplah sekadar sederhana dlm segala hal. Biarlah tak kaya harta dunia asal kaya dgn kasih sayang terutamanya pada mereka yg berada paling dekat dgn diri kita. hehhee.. tazkirah di pagi Jumaat :)


Berbalik pd Istana Idaman, cantik kan.. Ni lah hasil projek main2 dgn anak2 petang semalam. Dalam duk memikir dessert apa yg nak dihidangkan utk berbuka puasa, teringat pada Rich Choc Pudding yg dah agak lama tak buat. Anak2 K.Nor mmg suka dgn Rich Choc Pudding ni. Dah banyak entri yg K.Nor post berkaitan dgn RCP ni, tu lah tanda dessert ni memang sentiasa mendapat tempat di hati dia org. Nak buat tu mudah aje, dan sememangnya bahan2 yg diperlukan sentiasa ada di dapur. Kebetulan ada lebihan fruit coktail dlm esbok jadi K.Nor pun hidangkan sekali RCP ni dgn fruit cocktail dan buat sedikit kuah kastard. Sedap sekali menikmati dessert ni bila ia betul2 sejuk. 

Special silicon mould import from Jordan
tq anak mak  ^__^ 


RICH CHOC PUDDING
resipi : Jun Yummilicous

Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
fruit cocktail secukupnya ~ tambahan

Bahan Kuah Kastard:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
2 - 3 sudu besar gula


Cara:
Utk puding:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Kuah Kastard:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.