f Secubit Garam: MEE KARI

Tuesday, August 16, 2011

MEE KARI

ASSALAMUALAIKUM..

Menu wajib di bulan puasa sudah tentunya mee pebret K.Nor sekeluarga iaitu Mee Kari. Memang sangat nikmat bila dapat berbuka puasa dgn Mee Kari tambah lagi bila semua bahan complete. Bagi K.Nor mee kari yg complete cukuplah dgn ada udang dan kerang.. itu dah sangat2 sedap. Sedap ni tak semestinya sama bagi anak tekak org lain kan.. hehe 


Jom layan Mee Kari.. Opsss... Tengok tu, dah siap posing bukan main lagi bila time nak hidangkan utk anak2 baru perasan terlupa nak masukkan kerang. Kena panaskan balik kejap kuah utk masukkan kerang. Jadi dalam gambar yg sempat ditembak ni tak ada kerang ya tapi yg realitinya mmg ada kerang.. Banyak pulak tu.. puas hati betul makan Mee Kari smlm.. Alhamdulillah....

MEE KARI
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

isi ayam, udang, isi kerang
fish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
3 sudu besar kicap
4 liter air
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayam
sawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gula
minyak

bahan dikisar:
3 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
1in halia

bahan sampingan:
mee kuning secukupnya
telur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong
taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipis


Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
Masak seketika.
Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kicap.
Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
Padamkan api.
Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)

* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)